Hari ke 4 hari raya aidil fitri 2015 – hari ini barulah saya ada kelapangan untuk membuat entry blog ini. Bukan untuk bercerita panjang, tapi hanya sekadar berkongsi kegembiraan atau lebih elok saya katakan kejutan di Pagi Hari Raya Aidil Fitri 2015 buat saya.

Kejutan Di Pagi Hari Raya Aidil Fitri 2015, Beraya bersama anak-anak bujang, Bahagianya beraya bersama anak-anak, Hari Raya Aidil Fitri 2015

Bahagia bila dapat beraya bersama anak-anak

Sesiapa yang pernah baca status saya saban tahun ketika hari raya, pasti akan tahu betapa rindunya saya terhadap anak-anak bujang saya. Sering kali saya berdoa dan berharap mereka akan datang kepada saya untuk berhari raya dengan saya. Itulah yang saya selalu harapkan saban tahun selama 8 tahun saya terpisah dari mereka.

Alhamdulillah, Hari Raya Aidil Fitri 2015 ini doa saya dimakbulkan. Kejutan yang betul-betul menggembirakan saya.

Seperti biasa ketika saya dan seluruh keluarga berkumpul dan bermaaf-maafan di rumah emak, tiba-tiba anak bujang saya Asyraf dan Zhafry terpacul dimuka pintu. Tak boleh nak saya bayangkan kegembiraan saya ketika itu. Bahagia, sedih, nak peluk, nak melompat semua adalah. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu.

Kejutan Di Pagi Hari Raya Aidil Fitri 2015, Berhari Raya Bersama Anak-anak

Bersama dengan anak sulung

 

Kejutan Di Pagi Hari Raya Aidil Fitri 2015

Bersama Anak Ke 2

Akhirnya Hari Raya Aidil Fitri 2015 ini, anak-anak saya datang juga mencari saya dan beraya bersama saya.

Hari Raya 2015, Kejutan Di Pagi Hari Raya Aidil Fitri 2015

Bahagia dapat makan raya bersama anak-anak

Walaupun kedatangan mereka untuk beraya bersama saya hanya seketika, saya tetap bersyukur sangat-sangat. Selama 7 tahun saya hanya dapat beraya secara sembunyi-sembunyi dan sekejap beberapa minit sahaja, tapi kali ini tidak lagi.

Hari Raya tahun ini memang amat bermakna buat saya. Moga akan berterusan begini  dimasa akan datang..Insaallah.