Lama dah rasanya tak menulis pasal makan-makan ni. Rindu pulak rasanya nak menulis pasal makan dan masukkan gambar-gambar makan kat blog ni. Ingat nak berdiet, nak cuba tak makan nasi..tapi dah tekak ni tekak melayu memang nasi jugak yang dicari. So kali ni habis diet saya dok makan nasi..hehehe, saya makan di Kedai Makanan Kelantan Di MZ Darulnaim Kg Baru, walau diet kecundang tapi saya puashati sebab makanan di MZ restoran ni memang sedap.

Kedai Makanan Kelantan Di MZ Darulnaim Kg Baru

Saya pasti ramai yang dah tahu dimana letaknya Kedai Makanan Kelantan Di MZ Darulnaim Kg Baru ni sebab kedai ni memang famous dikalangan penggemar makanan Kelantan , saya pun selalu jugak datang makan disini kalau saya ada diarea Kg Baru.

Kalau datang masa tengahari memang selalu penuh. Hari ahad pun orang tetap ramai datang kesini.

Saya kalau datang makan di kedai ni tak sah kalau saya tak ambik ikan masak singgang , fuhh memang sedap sangat , lepas tu pekena pulak dengan budu dan ulam memang power lah.

Kedai Makanan Kelantan Di MZ Darulnaim Kg Baru , Kedai Makanan Kelantan , Masakan Kelantan

Sebahagian lauk pauk yang ada di MZ Darulnaim

 

Kedai Makanan Kelantan Di MZ Darulnaim Kg Baru , Kedai Makanan Kelantan

Ikan masak singgang yang menjadi kegemaran saya dari dulu lagi

 

Kedai Makanan Kelantan Di MZ Darulnaim Kg Baru , Kedai Makanan Kelantan

Satu kemestian , budu campur tempoyak

 

Kedai Makanan Kelantan Di MZ Darulnaim Kg Baru , Kedai Makanan Kelantan

Ulam-ulaman

Gulai ayam , sotong gulai dan banyak lagi jenis gulai yang sedap-sedap ada disini. Terdapat juga ikan salai dan daging salai. Juadah yang memang perbagai. Aeysha kalau datang sini tak sah kalau tak ambik gulai ayam. Kalau boleh nak rasa macam-macam tapi malu le pulak nak ambik banyak-banyak.

Kedai Makanan Kelantan Di MZ Darulnaim Kg Baru , Kedai Makanan Kelantan

Gulai ayam dan solok lada.

Kedai Makanan Kelantan Di MZ Darulnaim Kg Baru , Kedai makanan kelantan

Sotong gulai yang menarik perhatian saya

Kedai Makanan Kelantan MZ Darulnaim Kg Baru , Kedai Makanan Kelantan

Masak lemak ikan masin

 

Owhh ya , disini juga ada menjual kuih muih traditional Kelantan dan air botol cap ayam yang memang terkenal di Kelantan. Saya memang dah lama tak minum air botol ni. Susah nak cari di Kuala Lumpur ni , lepas ni senanglah sebab saya dah tahu di Kedai Makanan Kelantan Di MZ Darulnaim Kg Baru dah ada jual minuman ni.

 

Kedai Makanan Kelantan MZ Darulnaim Kg Baru , Kedai Makanan MZ Darulnaim

Air botol cap ayam yang terkenal diKelantan juga ada dijual disini.

 

Kedai Makanan Kelantan MZ Darulnaim Kg Baru , Kedai Makanan Kelantan

Keropok , serunding dan kuih muih moden serta traditional juga turut dijual disini

 

Kalau sesiapa yang pening kepala nak cari dekat mana masakan Kelantan yang sedap , saya suggestkan anda datang ke Kedai Makanan Kelantan Di MZ Darulnaim Kg Baru ini. Memang makanan di kedai MZ Darulnaim ini terkenal dengan masakan Kelantan yang sedap-sedap.

Kedai Makanan MZ Darulnaim ini terletak di Lorong Haji Hussien 2 , Kampung Baru , Kuala Lumpur , berhadapan dengan Kuala Lumpur International Hotel.