Time nak tinggalkan anak2 bulus kat tempat orang ni lah yang amat berat sekali untuk aku laku kan. Sedihnya hati bila mereka stress berada di tempat yang mereka tak biasa. 
 
Tapi terpaksa le tinggalkan mereka kan..tak kan aku tak leh bercuti pulak dan tak kan aku kena bawak mereka pulak..hummmm. Alhamdulillah..tempat aku tinggalkan ni kira ok sangat-sangat. Ada bilik lagi untuk mereka tau, lagipun aku dah cakap aku tak nak mereka di cage kan. Mereka memang tak biasa kalau kena cage.
 
Minggu ni aku nak ke Johor selama 3 hari aje..tapi aku still hantar juga mereka kat sini, kat rumah tak ada siapa nak jaga. Next week lama sikit sebab masa tu aku nak bercuti selama seminggu pulak…aku dah book awal2 kat tempat ni jugak.Tak apa berhabis sikit untuk mereka asalkan mereka selesa.
 
Lihat lah ragam-ragam mereka kat bawah ni…Kesian sangat..
 
 
  
Ni masa nak hantar mereka..dalam carrier
 
 
Ni pulak time dah sampai kat rumah tu..Tuty dengan muka marah dia dan baby..merajuk tak nak pandang aku langsung
   
Last-last dah pujuk-pujuk sikit…baru lah mereka selesa, tapi masih was-was lagi.
Tags : Boarding, Buat Sementara, Mama, Bercuti, Ke Johor.