Johor, Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017, Lembaga Johor Tenggaram(KEJORA), Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Majlis Perasmian, Tourism Johor, Wilayah Kejora

Majlis Perasmian Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017

Alhamdulillah, syukur sangat kerana sekali lagi saya di jemput dan diberi peluang oleh Majlis Perlancongan Malaysia (MTC) untuk turut serta dalam program mempromosikan pelancongan desa yang di adakan selama 3 hari 2 malam sempena Karnival Pelancongan Desa Wilayah Kejora, Zon Sedili, Johor.

Tujuan karnival diadakan bertujuan menjadikan platform bagi mempromosikan keunikan budaya masyarakat warisan dan sumber semulajadi yang terdapat di Kampung Pelancongan KEJORA.

Pada 24 Dec 2017 saya bersama-sama lebih kurang 40 orang wakil yang terdiri daripada sekumpulan media cetak, media elektronik dan juga rakan blogger bersama penduduk kampung telah berkumpul di Pekan Tanjung Sedili untuk turut serta memeriahkan Majlis Perasmian Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017 dan memberi sokongan padu dalam mempromosikan industri pelancongan negara kita ini.

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL PELANCONGAN DESA ZON SEDILI 2017

Johor, Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017, Lembaga Johor Tenggaram(KEJORA), Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Majlis Perasmian, Tourism Johor, Wilayah Kejora

Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017 ini merupakan anjuran Lembaga Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Tourism Johor dan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC).

Kemeriahan cukup terasa dengan perbagai aktiviti yang di adakan sepanjang karnival berlangsung. Juga terdapat gerai-gerai menjual makanan dan perbagai produk tempatan di tapak karnival. Sempat juga saya beli barang di sana sedikit..hehehe.

Turut hadir, YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, tetamu kehormat Majlis Perasmian Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017 serta Encik Hamzah B.Hj Isa, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA, Encik Muhammad Amirul, Timbalan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Johor dan Puan Afzan Bt.Azhar selaku Penolong Pengerusi Daerah Kota Tinggi. Turut hadir Tuan Hj. Ibrahim B Yahya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sedili serta tetamu-tetamu kehormat.

Johor, Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017, Lembaga Johor Tenggaram(KEJORA), Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Majlis Perasmian, Tourism Johor, Wilayah Kejora

YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid turut berkata,

Tujuan Karnival pelancongan Desa Zon Sedili 2017 ini diadakan dalam usaha MTC dan juga KEJORA dalam mempertingkatkan sektor pelancongan desa serta mempromosikan Zon Sedili yang merupakan salah satu destinasi pelancongan utama negeri Johor, yang mana terdapat banyak penempatan felda untuk homestay, pelancongan, sejarah dan lain-lain lagi yang telah digerakkan oleh KEJORA dan MTC.

Sektor Pelancongan juga turut memberi manfaat kepada masyarakat negeri Johor yang mempunyai 3.6 juta penduduk serta penyumbang ekonomi ke 4 terbesar di Malaysia. Juga memberi manfaat kepada penduduk setempat khususnya masyarakat Tanjung Sedili yang merupakan Kampung Contoh Ke 2 terbaik negeri Johor,” ujurnya lagi dalam majlis tersebut.

Johor, Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017, Lembaga Johor Tenggaram(KEJORA), Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Majlis Perasmian, Tourism Johor, Wilayah Kejora

“Dengan adanya program sebegini yang dilaksanakan di kampung-kampung daerah KEJORA serta amalan kerjasama masyarakat penduduk kampung turut mampu menyatukan kampung kampung khusus di kawasan Sedili. Keunikkan budaya masyarakat kampung juga mampu menarik minat pelancong untuk datang ke Johor”, tambah Encik Muhammad Amirul, Timbalan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Johor yang turut diberi penghargaan merasmikan Karnival pelancongan Desa Zon Sedili 2017

Sekitar Sambutan Majlis Perasmian Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili Tahun 2017

Posted by Hanny Abdullah on Saturday, December 23, 2017

 

Johor, Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017, Lembaga Johor Tenggaram(KEJORA), Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Majlis Perasmian, Tourism Johor, Wilayah Kejora

Johor, Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017, Lembaga Johor Tenggaram(KEJORA), Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Majlis Perasmian, Tourism Johor, Wilayah Kejora

Johor, Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017, Lembaga Johor Tenggaram(KEJORA), Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Majlis Perasmian, Tourism Johor, Wilayah Kejora

Memang meriah sambutan yang di beri oleh masyarakat setempat dan luar dalam memeriahkan lagi Majlis Perasmian Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017 yang kami hadiri. Orang Johor memang sporting dan ramah mesra. Terima kasih atas layanan yang di beri.

Kedatangan kami sepanjang 3 hari 2 malam kami di sana, perbagai pengisian program dalam mempromosikan produk ekopelancongan seperti keunikkan ekosistem tanah lembab (wetland), kepentingan sungai dan penghayatan keatas alam sekitar. Kami juga telah diberi pendedahan menghayati warisan dan budaya masyarakat setempat serta aktiviti ekonomi penduduknya.

Antara program sepanjang kami disana adalah seperti :

  1. Melawat Wetlands Kampung Belukar
  2. Menyusuri Sungai Sedili
  3. Meneroka Hutan Paya Bakau / Pusat ternakan Belangkas
  4. Mencari Lokan di Pantai Manis
  5. Bicara Ilmu
  6. Dan beberapa aktiviti lain yang memang menarik dilakukan.

Johor, Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017, Lembaga Johor Tenggaram(KEJORA), Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Majlis Perasmian, Tourism Johor, Wilayah Kejora

Nantikan entry saya selanjutnya dengan penggembaraan saya disana dan cerita yang lebih detail dalam mempromosikan pelancongan desa Wilayah Kejora, Zon Sedili anjuran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Tourism Johor dan Malaysia Tourism Council (MTC).

 

MTC. KEJORA. AGROTOURISM…MAKE TOURISM CHAMPION