Karnival Cinta Masjid 2018, Masjid Amru Ibni Al'As, Bandar Baru Sentul, KCM 2018, Peranan Masjid Sebagai Sebuah Institusi Penyebaran Ilmu, Karnival Cinta Masjid

Jom Ramai-Ramai Ke Karnival Cinta Masjid 2018 Di Masjid Amru Ibni Al’As, Bandar Baru Sentul

Bagi memastikan Masjid sebagai rumah ALLAH S.W.T paling di gemari dan di cintai oleh lapisan masyarakat maka pihak Masjid Amru Ibni Al’As telah mengambil inisiatif menganjurkan dan mengendalikan program Karnival Cinta Masjid 2018.

Ini merupakan tahun ke-3 Karnival Cinta Masjid yang akan berlangsung pada 2 dan 3 Februari 2018 di Masjid Amru Ibni Al’As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Objektif Karnival Cinta Masjid 2018

Objektif utama Karnival Cinta Masjid 2018 ialah untul mendidik masyarakat untuk sama-sama memahami peranan sebenar masjid sebagai sebuah institusi penyebaran ilmu dan maklumat yang masih relevan pada zaman moden ini. Peranan ini dianjurkan semenjak zaman Rasulullah dan Khulafa Ar Rasyidin lagi dan dilihat semakin menjauh daripada fahaman masyarakat sekarang.

Oleh itu, KCM 2018 ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang mesej yang ingin disampaikan serta turut dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia.

Pada sidang media yang diadakan baru-baru ini, Pengerusi Masjid Amru Ibni Al’As, Datuk Razak Hussain turut berkata, ” Karnival ini juga diadakan bertujuan untuk mengumpul dana membaik pulih Masjid Amru Ibni Al’As yang telah beroperasi sejak 15 tahun lamanya. Pihaknya berharap dapat mengumpul dana sebanyak RM300,000 untuk tujuan mengecat kubah masjid, mengecat dinding masjid serta menukar permaidani untuk memastikan keselesaan tetamu masjid yang datang.”

Program Karnival Cinta Masjid 2018

Karnival Cinta Masjid 2018, Masjid Amru Ibni Al'As, Bandar Baru Sentul, KCM 2018, Peranan Masjid Sebagai Sebuah Institusi Penyebaran Ilmu, Karnival Cinta Masjid

Program Karnival Cinta Masjid 2018 ini bakal dimulakan dengan perarakan Maulidul Rasul yang dikendalikan oleh ahli kariah Masjid Amru Ibni Al’As dan seterusnya akan menyusul beberapa pertandingan serta aktiviti lain yang berunsur riadah, tidak lupa juga bakal disajikan dengan aktiviti khas daripada Kidzania Kuala Lumpur.

Antara aktiviti yang ada adalah seperti :

  • Street Soccer
  • Pertandingan memasak
  • Pertandingan mewarna

Aktiviti berunsur Riadah seperti :

  • Berkuda
  • Memanah

Pengunjung juga bakal menyaksikan barisan artis ternama tanahair yang bakal menghiburkan rohani anda pada Karnival Cinta Masjid 2018 nanti. Ada Yasin Sulaiman, Tam Spider, Andy Flop Poppy, Afad(Raihan) & Friends, Azmi Saat (Caliph Buskers) dan juga Anas Tahir

Karnival Cinta Masjid 2018, Masjid Amru Ibni Al'As, Bandar Baru Sentul, KCM 2018, Peranan Masjid Sebagai Sebuah Institusi Penyebaran Ilmu, Karnival Cinta Masjid

Bagi sesi ilmiah tidak di lupakan, terdapat beberapa program telah diatur untuk dikongsikan kepada pengunjung seperti :

  • Kelas bahasa Arab.
  • Pengenalan asas Tarannum.
  • Pameran khat.
  • Kaligrafi Islamik.
  • dan lain-lain lagi.

Malam kemuncak Karnival Cinta Masjid 2018 bakal diakhiri dengan sebuah perbincangan ilmiah menerusi forum yang bertajuk “Peranan Masjid Sebagai Sebuah Institusi Penyebaran Ilmu“.

Forum ini akan dikepalai oleh Datuk Rosyam Nor sebagai moderator dan ahli panel yang terlibat ialah Imam Muda Asyraf dan Ustaz Ebit Lew.

Karnival Cinta Masjid 2018, Masjid Amru Ibni Al'As, Bandar Baru Sentul, KCM 2018, Peranan Masjid Sebagai Sebuah Institusi Penyebaran Ilmu, Karnival Cinta Masjid

Jika anda rasa anda punyai idea bagaimana untuk mengangkat semula institusi masjid sebagaimana pada zaman Rasulullah dan Khulafah Ar-Rasyidin, anda sangat dialu-alukan untuk memberi idea bernas anda pada sesi Q&A yang bakal dibuat pada hari tersebut. Boleh lah sama-sama bincangkan isu tersebut pada hari yang ditetapkan iaitu 3 Februari 2018, jam 8 malam.

Program ini dikendalikan oleh Masjid Amru Ibni Al’As dengan kerjasama daripada AR by Azirun Ramly Sdn Bhd. Antara pihak yang turut memberi kerjasama dalam menjayakan program ini ialah IM4U, Kidzania Kuala Lumpur, Siti Khadijah dan Al Amin Drinking Water.

Jom sama-sama kita imarahkan masjid sebagai sebuah institusi penyebaran ilmu dan maklumat yang masih lagi relevan pada zaman moden ni. Ajak kawan-kawan dan keluarga sekali ke Karnival Cinta Masjid 2018!

Bagi mereka yang ingin turut sama menyumbang dalam bentuk kewangan

bolehlah berbuat demikian di :

Nama Bank – Bank Islam
No Akaun -14014010096091
Nama Akaun – Masjid Bandar Baru Sentul