Malam ni malas nak masak jadi jalan yang terbaik ialah makan diluar. Dalam kepala terbayang nasi daun pisang, nak yang sedap dan dekat dengan rumah,  saya pilih restauran Kanna Curry House yang terletak diarea saya jugak Petaling Jaya.

Memang famous jugak restauran ni, terutama nasi daun pisang , kari kambing , chicken varuval , sotong goreng dan macam-macam lagi lah.

KANNA CURRY HOUSE PETALING JAYA
Dinner untuk saya malam ini.

Waktu kemuncak orang ramai ialah masa lunch dan dinner. Parking jangan cakap memang sentiasa penuh masa-masa gini. Sekarang restauran dia dah berubah wajah. Yang baru ni nampak luas dan teratur. Memang selesa.

Ok berbalik pada dinner saya malam ni, mula-mula nak makan nasi daun pisang tapi bila sampai sana berubah pulak selera ni. Saya order Rawa tosai dengan bawang lebih. Fuhhh memang terangkatlah bila makan dengan kari ketam campur ikan. Bukan itu saja ya saya makan , saya order ayam seketul..hehehe

Makan di Kanna Curry House kalau tak makan ayam tak sah

Aeysha anak saya malam ni dia makan roti planta aja. Dia kalau datang kesini kalau tak nasi daun pisang dia akan mintak roti planta. Dua menu ni memang wajib untuk dia.

KANNA CURRY HOUSE PETALING JAYA
Aeysha dengan roti planta

Kalau nak ke Kanna Curry House ni tak susah , dia terletak di Section 17 Petaling Jaya bersebelahan dengan Hotel Lisa De Inn.

Alamat :
Kanna Curry House 
17/45 Petaling Jaya
Tags : Dinner di Kanna Curry House , Kanna Curry House Petaling Jaya , Petaling Jaya , Nasi Daun Pisang yang sedap di Petaling Jaya, Dinner.