KAMPUNG DAUN, BANDUNG | RESTAURANT REVIEW

Setelah penat menempuhi perjalanan yang menggambil masa 1 jam

sebab kami ikut jalan kampung, jalan yang sama ke Tangkuban

Perahu, akhirnya kami sampai ke Restaurant Daun..tempat orang-

orang selalu sebut-sebutkan. Orang kata, kalau gi ke Bandung dan 

nak makan kena datang sini, Restaurant Kampung Daun. Apa bestnya 

di sini???

KAMPUNG DAUN RESTAURANT REVIEW

Berlatar belakang Signboard kampung daun, tapi gambar aku blur le

pulak, yang anak aku pulak posing cam tu..gara-gara belum ready

le ni.

 

Di pintu masuk Restaurant Kampung Daun.
Yesss…ini lah keIstimewaannya, Keindahan di dalam kawasan
restaurant ini. Sesiapa yang datang dan masuk aje akan
cakap…wahhh cantiknyaaaa. Aku ke sini time Dinner, kata orang
kalau ke sini bagus pergi malam sebab boleh tengok banyak lampu2
yang membuat kan tempat ini nampak menarik dan kelihatan
Romantic. Memang betul kata mereka, time malam kawasan ini di
penuhi lampu-lampu, pelita dan unggun api yang menghiasai suasana
malam di sana. Memang cantik sangat lah. Suasana yang sejuk buat
kita rasa nyaman sangat, jadi kalau datang malam jangan lupa bawa
baju sejuk ya

 

KAMPUNG DAUN RESTAURANT REVIEW

Sepanjang jalan mereka sediakan gerai-gerai kecil di laluan kita

masuk dan kelihatan beberapa orang berniaga di tepi jalan menjual

kuih-muih yang di buat di situ juga.

Jalan kecil ke pondok-pondok tempat kita menjamu selera. kiri
kanan jalan ni di sediakan pondok2 tempat orang makan.

Berposing depan unggun api, ada yang ada api dan ada yang tak ada
Inilah pondok tempat kita makan. comel kan!! Duduk bersila lagi
tu..terasa suasana di kampung pulak
Lurah bukit di bawah nya sungai yang berada depan pondok, dihiasi
lampu2 yang terang..

Ini lah di dalam pondok kami
Yang unik nya..nak panggil weiter kita kena ketuk kayu ni. Macam
zaman-zaman dulu…
Inilah kuih..mmmm tak tahu nama tapi ada kelapa and gula, boleh
tahan lah rasanya.
Kuih yang di beli di tepi2 kaki lima menghala ke pondok-pondok

Makan time…our driver pun join sekali…setiap kali kita makan

sure kita tarik dia sekali makan. Seronok ada dia, meriah dan dia

pandai bercerita. Dia ni orang padang, Actually dia bukan supir

tapi, dia manager kepada supir2 di company yang kita sewa kereta

ni..tapi di sebabkan kekurangan supir terpaksa dia bawak kita.

Orang dia memang baik..kalau nak ke Bandung nanti boleh lah call

dia ni.

Bercerita pasal makanan pulak, aku rasa orang datang ke sini di

sebab kan suasana tempat ni yang menarik dan nyaman serta melihat

permandangan yang cantik di sini.  Makanan diaorang just biasa2

aje..tak adalah menarik sangat. Harga dia memang boleh tahan

mahal (bagi aku lah) , walaupun mahal tapi aku tengok orang

memang ramai. Bila hari cuti supir cakap memang penuh tempat ni,

kalau nak datang kena buat booking dulu.

Yeaaa…keseronokan lepas makan..sempat bergambar.