Pernah tak anda bayangkan satu hari anda balik kerumah sewa anda tiba-tiba anda dapati kawan anda telah mati dalam rumah dengan keadaan yang menggerikan? Apa anda nak buat masa itu?

Kalau saya ada dalam keadaan itu, saya rasa saya pasti akan terpaku dahulu lepas tu pengsan. Mungkin bila sedar dari pengsan barulah saya akan menjerit macam orang gila keluar dari rumah mintak tolong.

Saya ni lemah semangat sikit…huhuhu.

Mudah-mudahan tak lah terjadi dalam kehidupan saya.

Kenapa saya tetiba bercerita pasal kisah ni?

Ini semua gara-gara sebuah Filem yang bertajuk Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa yang bakal ditayangkan di pawagam pada 14 Ogos nanti..

Kalau Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Poster Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Nak tahu lebih lanjut lagi berkenaan cerita ini, anda boleh tonton trailer dari youtube dibawah ini..

Filem ini dibarisi oleh kumpulan Bocey, Yassin dan Epy Kodiang. Jadi anda faham-fahamlah cerita ni macam mana ya. Pasti meletup punya..

Entry ni dibuat untuk sertai contest dan dibuat last minit, tak tahulah sempat ke tidak. Contest ni dibuat oleh Bro Framestone.