Juice Works, Kuasa Untuk Memilih, Terletak Di Tangan Setiap Ibu, Juice Works Malaysia, Jus Buah-buahan Dan Sayuran, Pemakanan sihat, Minuman Sihat Yang Segar, Juice Works Pilihan Terbaik

Juice Works – Kuasa Untuk Memilih Terletak Di Tangan Setiap Ibu

Janganlah anda memandang rendah terhadap keputusan yang diputuskan oleh ibu-ibu untuk anak-anak mereka, ia bukan sahaja boleh membentuk peribadi anak-anak akan tetapi juga cara permakanan mereka.

Tanyalah mana-mana ibu bapa, mereka akan memberitahu anda senarai makanan panjang yang anak-anak mereka tak nak makan. Jika anda bukan salah seorang daripada mereka, kira anda sangat beruntung. Tapi buat ibu-ibu yang mempunyai anak-anak sebegitu memang menjadi cabaran besar untuk meminta anak-anak makan sayur-sayuran atau buah-buahan.

Juice Works, Kuasa Untuk Memilih, Terletak Di Tangan Setiap Ibu, Juice Works Malaysia, Jus Buah-buahan Dan Sayuran, Pemakanan sihat, Minuman Sihat Yang Segar, Juice Works Pilihan Terbaik

Kredit Image : Google

Di dalam kajian yang dijalankan oleh Michigan State University College of Nursing, kanak-kanak kecil didapati kurang menyukai makan buah-buahan dan sayur-sayuran jika ibu mereka juga tidak mengamalkan pemakanan tersebut.

Dengan kata lain, tabiat pemakanan selain daripada gaya kehidupan ibu bapa juga memainkan peranan dan kesan yang besar terhadap cara pemakanan anak-anak sama ada yang sihat atau tidak.

Juice Works – Kuasa Untuk Memilih Terletak Di Tangan Setiap Ibu

Juice Works, Kuasa Untuk Memilih, Terletak Di Tangan Setiap Ibu, Juice Works Malaysia, Jus Buah-buahan Dan Sayuran, Pemakanan sihat, Minuman Sihat Yang Segar, Juice Works Pilihan Terbaik

Kredit Image : Juice Works

Malangnya, di dalam era yang mempunyai banyak pilihan makanan segera serta jadual ibu bapa yang sibuk, memilih dan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya sering dilupakan.

Oleh itu, jalan terbaik buat ibu-ibu di luar sana yang berkeinginan untuk menggalakkan anak-anak mengamalkan pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian, salah satu caranya adalah dengan mengabungkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berkualiti dan buatkan sedikit jus di rumah setiap hari.

Juice Works, Kuasa Untuk Memilih, Terletak Di Tangan Setiap Ibu, Juice Works Malaysia, Jus Buah-buahan Dan Sayuran, Pemakanan sihat, Minuman Sihat Yang Segar, Juice Works Pilihan Terbaik

Tetapi jika anda masih tidak mempunyai masa untuk membeli buah-buhan dan sayuran-sayuran dan tidak mempunyai cukup masa untuk membuat jus sendiri, anda tak perlu risau kerana anda boleh dapatkan jus buah dengan pelbagai kombinasi yang lazat daripada pakar jus di Juice Works untuk anak.

Dengan adanya Juice Works, anda masih boleh mengamalkan cara peminuman yang sihat buat anda seisi keluarga, inilah pilihan lain selain daripada membuat sendiri. Kuasa untuk memilih terletak di tangan setiap ibu.

Juice Works, Kuasa Untuk Memilih, Terletak Di Tangan Setiap Ibu, Juice Works Malaysia, Jus Buah-buahan Dan Sayuran, Pemakanan sihat, Minuman Sihat Yang Segar, Juice Works Pilihan Terbaik

Jadi ibu-ibu yang tidak mempunyai masa secukupnya, jangan lah merasa bersalah jika andak tidak dapat meluangkan masa untuk membuat jus dan memberi minuman serta makanan berkhasiat buat untuk anak-anak anda, dengan adanya Juice Works, anda masih boleh mengamalkan cara peminuman yang sihat  dan anda boleh melakukannya bersama-sama dengan keluarga yang disayangi!

Untuk pengetahuan anda semua, sedari anak dalam kandungan lagi ibu-ibu membuat pilihan pemakanan yang lebih baik. Para penyelidik daripada penyelidikan CNRS di Perancis telah memberikan bukti pada tahun 2012 yang telah di kaji selama sedekat, menunjukkan bahawa citarasa kita telah ditetapkan sejak awal kehidupan iaitu dari peringkat awal kehamilan lagi.

Para saintis percaya bahawa bayi yang berada di dalam rahim dapat merasa dengan menghirup cecair amniotik di dalam badan ibu mereka. Setiap makanan yang diambil oleh ibu ketika itu akan turut diambil oleh janin apabila otak janin itu dibentuk, oleh itu, demi kebaikkan anak anda. Sebab itu saya tekan kan kuasa untuk memilih terletak di tangan setiap ibu. Pilihlah dengan bijak untuk anak-anak anda!

MENGENAI JUICE WORKS Malaysia

Juice Works, Kuasa Untuk Memilih, Terletak Di Tangan Setiap Ibu, Juice Works Malaysia, Jus Buah-buahan Dan Sayuran, Pemakanan sihat, Minuman Sihat Yang Segar, Juice Works Pilihan Terbaik

Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar yang dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelangang yang mana hanya menggunakan ramuan dari bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kisok tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.

Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam penyediaan menu hebat lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan akan kembali melawatnya lagi.

Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.

Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 29 lokasi di seluruh negara dan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.

Terima kasih kepada Juice Works yang memberi pilihan jus segar yang dibuat dari buah-buahana dan sayur-sayuran yang benar-benar penuh dengan nutrien untuk tubuh anak-anak yang sedang berkembang.

Untuk info lanjut mengenai Juice Works boleh Klik Halaman Ini