Pernah dengar Jongkong Emas? Orang Penang tahulah agaknya sebab dari apa yang saya tahu kuih ni asalnya dari Penang. Juadah berbuka saya kali ini ialah  Jongkong Emas. Hari biasa susah betul saya nak dapat atau tengok orang jual kuih ni.
Kuih ini adalah salah satu kuih tradisional yang sukar kita nak dapat sekarang ni. Jadi bulan ramadhan ini sahaja lah peluang untuk saya dapat makan kuih ini.
JUADAH BERBUKA , JONGKONG EMAS
JUADAH BERBUKA DENGAN JONGKONG EMAS

Resepi kuih jongkong emas ni saya tak tahu tapi dari apa yang saya rasa ia terdiri dari gula merah , air pandan , air kapur dan tepung ubi. Dibungkus dan dikukus dalam daun pisang.

Saban tahun saya akan berkejar ke Taman Tun untuk mencari makcik yang jual kuih ni. Bila saya terasa nak berbuka dengan kuih ini saya akan pergi seawal pukul 4 petang sebab saya takut kuih tu akan habis. Makcik ni satu-satu nya yang menjual Jongkong Emas ni diPasar Ramadhan Taman Tun.

Rasa dia fuhhh..memang sedap sangat. Kalau anda nak merasa kesedapan Jongkong Emas ini , singgahlah di Pasar Ramadhan TTDI dan cari makcik ni.