Baru-baru ni aku join Kontest Panduan Blogger Hasrulhassan, dan semalam aku dapat email tanda terimakasih dariHasrulHassan buat peserta terawal (eee..bangga tau sebab berani mencuba), walaupun aku masih merangkak tapi aku juga ada cita-cita untuk belajar ilmu berblogging ni. Tercari-cari sana sini akhirnya aku terjumpa blog HasrulHassan.com , so disini lah aku dapat perbagai maklumat dan belajar bermacam-macam hal menggenai dunia blogging ni.

Bila aku dapat tahu beliau nak buat Kontest Panduan Blogger, terus aku daftar untuk ikut serta. Walaupun aku tahu ramai otai-otai yang join dan pasti soalan-soalan yang di beri memeningkan otak aku tapi aku tak kira, aku join jugak. Sebab apa?? Sebab soalan yang diberi pasti aku akan mencari-cari jawapannya…so daripada tak tahu, jadi tahu..hehehe

Dibawah ni email yang diterima, jangan lepaskan peluang untuk baca apa yang di perkatakan.Semua ini adalah ilmu buat kita yang masih merangkak ini. (huhhh panjang sangat intro akak kan…)

As-Salam dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada anda kerana menjadi antara 50 terawal (sebenarnya lebih) sebagai peserta dalam Kontes Panduan Blogger. Seperti yang sedia maklum, kontes ini adalah bertujuan untuk memberikan lebih banyak pengetahuan dan informasi yang perlu bagi seorang blogger mendalami ilmu blogging.
Dunia blog Malaysia bukan seperti dahulu, ia kini punyai suara dalam masyarakat kita. Malah, kebanyakkan rakyat Malaysia yang celik IT lebih mempercayai apa yang dikatakan oleh seorang blogger daripada apa yang mereka baca dan dapat menerusi mediamassa arus perdana. Transformasi media sosial terutamanya blog telah membawa satu perubahan besar terhadap cara masyarakat kini berfikir. Dulu, mungkin dunia maya hanyalah satu tempat yang asing bagi kebanyakkan orang, tetapi kini hampir semua yang ada akses internet paling tidak pasti akan mempunyai blog, punyai Facebook, Twitter, Instagram, Keek dan pelbagai lagi.
Anda sebagai salah seorang penggiat atau pemberi informasi dalam dunia maya adalah bertanggungjawab untuk menyampaikan apa yang perlu disampaikan, dan paling utama memastikan apa yang anda sampaikan menerusi blog itu adalah benar, tepat dan paling penting sekali adalah bebas daripada fitnah. Dunia sekarang tidak macam dahulu, fitnah berleluasa di mana-mana, dan dunia blog adalah antara yang tidak terkecuali.
Sebagai blogger yang mahu memberikan terbaik kepada pembaca blog, kita seboleh mungkin tidak mahu terbabit dalam aksi adu domba, penyebaran fitnah, pengaiban sesama manusia dan pelbagai perkara yang akan memudaratkan kita satu masa kelak. Dan pastinya ia akan memberikan kesan kepada anak cucu kita!
Ya, kita mungkin bukan di kalangan orang yang ada hati yang busuk dan jahat. Tetapi, golongan yang suka menabur fitnah, melagakan masyarakat, mengaibkan orang tetap wujud walaupun guruh gempita di langit atau kilat sabung menyabung membelah langit. Mereka ini juga seperti anda, ada blog, ada twitter, ada facebook .. dan mereka menggunakannya atas alasan mahu menegakkan kebenaran.
Untuk itu, Panduan Blogger Blogspot Malaysia – www.hasrulhassan.com ini dijenamakan untuk membantu para blogger yang baik hati, jujur, patuh pada agama, ikhlas, bertanggungjawab seperti anda untuk menghasilkan blog terbaik, samada dari segi SEO (Search Engine Optimization), trafik blog, dan pelbagai lagi trik, petua, kaedah dan panduan supaya apa yang benar, apa yang betul, apa yang baik dan terpuji tersebar luas dalam alam maya. Kita tentu tidak mahu nanti, anak-anak masa depan kelak mempercayai perkara yang tidak benar, tidak elok menerusi internet hanya disebabkan kita – sebagai seorang blogger tidak berusaha menempatkan blog dalam kalangan blog terbaik, yang sering menjadi pilihan nombor satu apabila ada insan mahu mencari maklumat apabila klik carian (search).
Inilah motif, tujuan saya, Hasrul Hassan menganjurkan kontes ini.
Inilah satu usaha yang saya lakukan agar dunia blog bersih dan bebas daripada perkara yang akan merosakkan masyarakat dan masa depan anak cucu kita.
Pesanan Nabi Muhammad S.A.W sentiasa harus kita tetapkan dalam hati, agar sesama kita saling mengingati dan menasihati. Bukan kerana kita ini adalah orang yang lebih baik, tetapi sebagai salah satu menjalankan amanah yang telah diberikan menerusi agama yang kita anuti dan kita sahkan setiap kali kita menunaikan sholat. Allah SWT Maha Adil, dan DIA akan membalas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Untuk itu, pertingkatkan ilmu anda dalam dunia blog Malaysia, jadikan segala ilmu pengetahuan, pengalaman yang dikongsi dalam Panduan Blogger Blogspot Malaysia sebagai satu alat untuk anda hasilkan blog yang terbaik, bertanggungjawab dan paling penting sekali, menyebarkan kebaikan kepada manusia.
Ilmu yang kita ada hanyalah pinjaman, pengalaman yang diberikan kepada kita adalah satu anugerah Allah SWT. Anda dipilih untuk mempunyai blog agar melaluinya anda boleh imarahkan ilmu dan memberikan manfaat pada orang lain. Seelok-elok manusia ialah yang dapat memberikan manfaat, walaupun anda bukan seorang ustaz atau guru, atau seorang pensyarah … tetapi menerusi apa yang anda tahu, apa yang anda telah lalui, anda boleh kongsi dengan sebaik mungkin dalam blog anda.
Inilah hasrat saya, inilah tujuan saya wujudkan dan promosi habis-habisan blog Panduan Blogger ini. Saya ada tanggungjawab itu, kerana segala kejayaan yang saya dapat menerusi blog ini adalah atas kehendakNYA.
Terima kasih wahai rakan blogger kerana kesudian membaca email ini. Anda memang baik hati kerana sanggup dan memberikan respon pantas untuk menjadi peserta terawal kontes. Itu adalah tanda iltizam dan semangat anda yang saya sangat kagumi. Saya tabik pada anda, kerana antara ramai, andalah yang sanggup mengambil peluang.
Salam ukhwah daripada saya,
Hasrul Hassan – www.hasrulhassan.com, Nibong Tebal, Penang.