Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan, Jalan-Jalan Cari Makan, JJCM, JJCM Makan Awards, Program Kembara Makanan, Pencinta Makanan, Media Prima Digital, Aplikasi JJCM

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan Tampil Dengan JJCM Makan Awards

Pejam celik-pejam celik dah 16 tahun rancangan Jalan Jalan Cari Makan telah bersiaran di station tv 3 dan kini dikendalikan Nazrudin Habibur Rahman atau lebih mesra dikenali sebagai Abg Naz. Sepanjang penyiarannya, antara nama personaliti yang pernah menduduki kerusi pengacara rancangan itu adalah Maria Tunku Sabri, Iqram Dinzly, Serina Redzuwan, Shiha Zikir, Iqbal Mazlan dan Qi Razali.

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan Tampil Dengan JJCM Makan Awards

Sekian lama bersiaran, belum sekali dianjurkan satu anugerah untuk memberi pengitirafan kepada pengusaha-pengusaha makanan yang bertungkus lumus memerah otak menghasilkan resepi yang asli serta mampu menambat selera warga Malaysia.

Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan memperkenalkan “JJCM Makan Awards” buat julung-julung kalinya. Penganjuran anugerah ini bertujuan memberi peluang buat rakyat Malaysia khususnya komuniti peminat makanan alam maya mengiktiraf tempat makan kegemaran mereka di sekitar Lembah Klang.

Sebanyak 7 kategori diwujudkan merangkumi 8 menu kegemaran rakyat Malaysia sepanjang zaman. Mengangkat elemen popular dan terbaik dalam menentukan pemenang, JJCM Makan Awards menggunakan format  pemarkahan 50 % undian rakyat Malaysia dan 50 % lagi penjurian profesional yang terdiri daripada figura tersohor dunia kulinari tempatan yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Pencalonan awal menyaksikan beberapa lokasi disenarai pendek hasil daripada cadangan pengguna aplikasi Jalan Jalan Cari Makan. 7 kategori tersebut adalah Nasi Lemak Popular, Rojak Popular, Kuey Teow Basah Popular, Sate Popular, Cendol & Rojak Popular, Ikan Bakar Popular dan Burger Kaki Lima Popular.

Pengundian akan mula dibuka hari ini , 1 November dan berakhir pada 24 November 2017 menerusi laman sesawang www.jalanjalancarimakan.com.my .

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan, Jalan-Jalan Cari Makan, JJCM, JJCM Makan Awards, Program Kembara Makanan, Pencinta Makanan, Media Prima Digital, Aplikasi JJCM

Buat pencinta makanan, apa tunggu lagi, jom ramai-ramai kita ke laman website jalan-jalan cari makan dan anda boleh mengundi restoran kegemaran anda sebanyak 10 kali undian sehari, bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Syarat dan Peraturan Undian

  1. Anda hanya boleh memilih SATU (1) calon tempat makan BAGI SETIAP KATEGORI MAKANAN dengan menekan butang berbentuk hati.
  2. Anda dibenarkan mengundi SATU undian bagi setiap kategori makanan setiap hari
  3. Undian anda menyumbang kepada 50% jumlah pemarkahan sementara 50% lagi adalah berdasarkan penjurian profesional.
  4. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau/dan rayuan tidak akan dilayan.
  5. Undian dibuat menerusi laman sesawang, www.jalanjalancarimakan.com.my.
  6. Tarikh tutup undian pada 24 November 2017, jam 11.59 malam.

 JJCM Makan Awards Anjuran Media Prima Digital

“Makanan dan rakyat Malaysia berpisah tiada dan kerana itulah kami di Media Prima Digital menganjurkan JJCM Makan Awards ini di mana kami mahu memberi peluang penggemar dunia gastronomi tempatan menentukan lokasi kegemaran mereka.

Selain itu, tidak boleh dinafikan program Jalan Jalan Cari Makan telah menjadi sebahagian daripada pengaruh besar komuniti peminat makanan tanahair dan sudah tiba masanya kami berkongsi minat dan keghairahan pengembaraan makanan kami bersama rakyat Malaysia”, jelas Li Ee Kee, pengurus produk aplikasi JJCM.

Pemenang bagi setiap kategori bakal membawa pulang trofi eksklusif JJCM Makan Awards dan hadiah wang tunai. Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis kemuncak pada bulan Disember nanti.

Aplikasi JJCM yang telah pun mula menemui pengguna akhir tahun 2015 dan sehingga kini, ia mencatat lebih 250 ribu muat turun. Setiap pengguna yang mendaftar akaun mereka di aplikasi ini boleh  memuat naik sebarang komen dan cadangan mengenai tempat makan yang mereka kunjungi. Daripada pencinta makanan, untuk pencinta makanan.

Mengambil kira konsep inilah maka aplikasi JJCM mewujudkan ruangan komen dan cadangan ini bagi membawakan interaksi antara pengguna selain membolehkan pengguna lain melihat apakah ulasan pengguna lain mengenai sesuatu tempat makan tersebut.

Fungsi carian berdekatan pula membolehkan pengguna melihat senarai restoran yang berhampiran dengan kedudukan GPS mereka. Seperti contohnya, sekiranya mereka berada di Damansara, fungsi ini akan memaparkan senarai tempat makan pilihan JJCM yang berada dalam radius Damansara.

Aplikasi JJCM juga tidak terhad kepada tempat makan yang dikunjungi produksi rancangan Jalan Jalan Cari Makan sahaja. Pasukan editorial aplikasi JJCM juga pergi ke tempat-tempat makan lain yang dicadangkan orang ramai. Menerusi paparan artikel-artikel menarik di ruangan editorial, pengguna aplikasi JJCM boleh mendapatkan lebih informasi mengenai restoran-restoran lain juga senarai artikel yang merangkumi pelbagai jenis dan topik berkaitan makanan.

Pasukan editorial JJCM juga akan ke seluruh negara bagi mencari makanan-makanan unik dan menarik untuk dicadangkan kepada pengguna apllikasi JJCM. Buat julung-julung kalinya, sebuah program kembara makanan aplikasi JJCM telah pun diadakan di negeri Terengganu April lalu di mana pasukan editorial aplikasi JJCM bersama beberapa rakan media dan bloggers terplih menjelajah ke serata Terengganu bagi mencuba pelbagai jenis hidangan moden serta tradisional menarik di negeri pantai timur itu.

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan, Jalan-Jalan Cari Makan, JJCM, JJCM Makan Awards, Program Kembara Makanan, Pencinta Makanan, Media Prima Digital, Aplikasi JJCM

Aplikasi JJCM boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store bagi pengguna iOS manakala pengguna Android pula di Play Store.