Raya kan sebulan!!  Sana sini masih lagi buat open house untuk meraikan saudara mara dan sahabat handai. Masih lagi di dalam mood berhari raya, mana yang menjemput sebolehnya kalau saya ada masa saya tidak lepaskan peluang. Baru-baru ni hari Ahad 2hb Ogos 2015  jemputan ke rumah terbuka Mahamahu Raya tidak saya lepaskan.

Mahanahu Raya, Jemputan Ke rumah terbuka Mahamahu

Sambil beraya, inilah peluang saya bekenal mesra dan menggeratkan silatulrahim dengan blogger-blogger yang belum pernah saya kenal dan hanya kenal di alam maya sahaja.

Bersama dengan anak saya si Aeysha, pergilah kami ke lokasi yang diberi iaitu di Kak Ram Corner, Taman LTAT, Bukit Jalil hanya dengan berpandukan arahan dari waze. Alhamdulillah selamat sampai betul-betul depan Kak Ram Corner. Kedatangan saya disambut dengan senyuman dan sapaan yang ramah tamah oleh Mahamahu.

Masa saya datang, ramai pulak blogger-blogger yang saya kenal seperti Nannie Isa, Cik Lili Putih, Hazman Fadzil dan beberapa lagi blogger dah berangkat nak balik. Al maklum kedatangan saya dikira agak lewat. Nasib baik Roshidayu dan beberapa orang blogger yang saya kenal masih ada disana. Hilang jugak rasa malu saya ni.

11822792_928959653829296_4612549555899500177_n

Yang bestnya ke rumah terbuka Mahamahu Raya ni, siap ada photobooth ( The Harith Sweet Tooth) lagi. Kemudian sesiapa yang berselfie dan wefie yang terbaik akan menang kontest Instagram yang dibuat. Apa lagi, masing-masing yang datang sibuk le bergambar-gambar, termasuklah saya…hehehe. Open house raya korang ada macam ni?? Tak ado kan kan..

Mahamahu Raya, Berselfie di rumah terbuka Mahamahu

Sambil makan sempat berselfie, tengok makanan berselfie, apa sahaja yang rasa menarik masing-masing berselfie. Memang meriah betul suasana. Makanan yang disediakan pun meriah. Mengikut kata, kebanyakkan makanan adalah hasil airtangan mahamahu sendiri. Wahhhh…pandai anak bujang ni memasak, sedapppp. Sampai hari ni teringat mee hoon goreng yang sedap tu tau!

Kek-kek seperti Pavlova, kek Coklat dan Brownies Cake adalah tajaan Annor Saliza. Memang sedap kek yang dibuat, cuma saya tak sempat nak merasa pavlova kegemaran saya…huhuhu. Memang laku keras pavlova tersebut. Tak dapat rasa kat open house ni… saya akan order sendiri dari Anoor Saliza. Kalau anda semua nak order pun boleh sebab saya dah tau detail dia, detail dia seperti di bawah :-

Anoor Saliza Pengusaha Kek dan Chocolate
Instagam : www.instagram.com/anorsaliza
Facebook : www.facebook.com/hanoor.zahari

Whatapps : 012-798 3835
Kek-kek Tajaan Anoor Saliza, Mahamahu Raya
Kek Tajaan Anoor Saliza, Mahamahu Raya

Lepas dah isi perut dan kenyang, tibalah masa nak balik, tetiba si Kifly Mally dan kawan dia datang. Terus tak jadi angkat punggung sebab memang akak minat sangat dengan dia. Anak akak pun minat gak dengan telatah dia ni. Memang manis dan lawak sungguh orang dia. Sempatlah bergambar kenang-kenangan gan dia.

Gambar kenangan di Rumah Terbuka Mahamahu Raya

Alhamdulillah memang seronok sangat saya di rumah terbuka Mahamahu Raya ni. Terima kasih sangat-sangat ya dik sebab menjemput akak datang beraya. Lain kali jemput lagi kay.

Owhh ya, memang berbaloilah saya berselfie dan wefie pada hari tersebut sebab setelah keputusan keluar, saya antara 5 orang yang menang kontest instagram Mahamahu Raya. Yeaaaa….akak menang!!!

Gambar kemenang kontest instagram Mahamahu Raya

* Kalau you all nak berkenalan dengan Mahamahu seorang food blogger yang ramah tamah serta murah dengan senyuman ni, bolehlah layari website beliau iaitu www.mahamahu.com.