Mesti ada yang perasan lately ni saya jarang update blog ini. Kenapa ya? Adakah saya sedang menghadapi masaalah? Adakah saya dah bosan berblogging? Hurmmm….sebenarnya tak ada kena mengena dengan semua tu. Semuanya adalah kerena salah saya.
JARANG UPDATE BLOG
Apa dia ya???
Inilah yang sebenarnya….
Tahu tak Candy Crush Saga? Pasti ramai yang tahu kan. Ia adalah satu permainan yang sedang hangat sekarang ni. Tak kira tua atau muda dah mula menyukai game ni.
Puzzle Adventure yang mengasyikkan, itu yang saya bagi nama kat game ni. Download percuma, sebab tu ramai yang main permainan ni. Kalau nak bayar pun sebab kita nak kan nyawa untuk cepatkan pergerakan kita ke Level seterusnya. Kalau tak nak, tak apa.
Kalau ada kawan-kawan kita dari Facebook yang ikut serta dalam game ni, kita boleh meminta mereka nyawa daripada kita nak membeli. Kalau tak ada kawan nak bagi, kita kena tunggu lah dalam beberapa minit mengikut cepat atau lambat kita mati dalam permainan itu.
JARANG UPDATE BLOG
Sedaya upaya saya tahankan diri jangan terjebak dalam game ni, tapi akhirnya saya kalah.
Bahayanya game ni, bila kita dah mula bermain, nak berhenti memang susah sangat.
Memang betul. Kini saya dah jadi gian dengan game ni. Sampai saya lupa nak update entry blog. Ini baru aje beberapa hari saya join.Saya harap saya boleh control diri saya dari ketagih game ini…hehehe.
jadi inilah sebab musabab kenapa saya jarang update blog sehari dua ini.
Tags : Jarang Update blog, Kenapa dah jarang update blog? , update blog dah jarang