Japan Beauty Week 2017 | Kalau sebut jenama Kanebo, Kose, Shiseido dan beberapa jenama kecantikkan buatan Jepun, pasti ramai yang dah kenal dan ramai juga yang telah menggunakan jenama tersebut. Kini industri kecantikan dan penjagaan diri telah berkembang dari tahun ke tahun, menjadikan ia sebagai status “kalis kemelesetan”. Asia kini merupakan salah satu sumber inovasi product penjagaan kulit dan kecantikkan. Jepun merupakan antara negara yang menerajui industri kecantikkan ini.

Negara Jepun adalah negara yang menerajui industri kecantikan ini, dengan cacatan tertinggi perbelanjaan per capita dan angka jualan mereka ke atas penjagaan kulit dan produk kecantikan.

Japan Beauty Week 2017 | Memperkenalkan Product Kecantikkan Dan Penjagaan Kulit Dari Negara Jepun

Japan Beauty Week 2017, Japan Beauty Week

Walaupun kebanyakkan kita telah sedai maklum yang pengguna Asia lebih menggemari kosmetik jenama barat, tapi trend penggunaan product Asia telah menjadi semakin popular dan telah berkembang di seluruh dunia. Jualan kosmetic dianggarkan melebihi AS $ 150 bilion menjelang 2017. (Data dari firma risikan pasaran, Euromonitor International).

Buat pertama kalinya saya berkesempatan turut serta dalam majlis Japan Beauty Week 2017  yang telah diadakan 3 tahun berturut-turut, dianjurkan oleh Persatuan Industri Kosmetik Jepun (JCIA) dan disokong oleh Kedutaan Jepun di Malaysia yang mana bertujuan menggalakkan inovasi teknologi pembuatan kosmetik Jepun termasuk pengenalan kecantikkan dalaman.
Japan Beauty Week, Japan Beauty Week 2017
Peluang keemasan yang julung-julung kali saya terima ini memang tidak saya lepaskan kerana saya memang meminati product kecantikkan dan penjagaan diri, lebih-lebih lagi jika product buatan Asia.

H.E Dr. Makio Miyagawa (Duta Besar Jepun)

Japan Beauty Week 2017, Japan Beauty Week

Sesampai sahaja saya di kediaman ekslusif Duta Jepun dan selepas mendaftarkan diri, perkara pertama saya lakukan mestilah saya survey barangan-barangan kecantikkan dan penjagaan diri yang di display di ruang tamu kediaman tersebut.

Pada majlis itu, beberapa jenama kosmetik Jepun yang terkenal seperti, Kanebo Cosmetics Malaysia Sdn Bhd, Kao (M)Sdn Bhd, Kose (Malaysia) Sdn Bhd, Nippon Menard (M) Sdn Bhd, Shiseido Malaysia Sdn Bhd dan Sunstar Singapore Pte Ltd telah mempamerkan produk terbaru mereka dan menyediakan konsultasi tentang penjagaan kecantikan.

Japan Beauty Week 2017, Japan Beauty Week

Japan Beauty Week 2017, Japan Beauty Week

Japan Beauty Week, Japan Beauty Week 2017

Japan Beauty Week 2017, Japan Beauty Week

Japan Beauty Week, Japan Beauty Week 2017

Dari satu product ke satu product saya pergi dan mendengar penerangan yang terperinci tentang product terbaru mereka. Kebanyakkan product yang ada memang telah terkenal dan digemari oleh rakyat Malaysia.

Kemudian acara tersebut bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Duta Besar Jepun, H.E Dr. Makio Miyagawa diikuti oleh dan ucapan ringkas daripada Encik Tetsuya Kambe dari JCIA.
Japan Beauty Week, Japan Beauty Week 2017

“Ia memang diketahui ramai bahawa di sebalik teknologi terbaru yang digunakan dalam industri-industri di Jepun, kami mengamalkan tradisi lama dalam menghormati alam semula jadi, dedikasi dalam menguasai sesuatu beidang, serta inovasi dalam teknologi; ini adalahsalah satu sebab produck Jepun diiktiraf secara meluad sebagai yang paling maju di seluruh dunia, “kata Kambe

 Contoh teknologi canggih yang berkaitan dengan produk penjagaan kulit telah diperkenalkan di Japan Beauty Week 2017 ini. Inovasi produk penjagaan dan kecantikan akan terus memenuhi keperluan dunia yang sentiasa berubah.
Acara ini berakhir dengan majlis makan malam yang dianjurkan oleh JCIA co-hos (Japan Cosmetics Industry Association) oleh Kedutaan Jepun untuk menggalakkan pembangunan perniagaan dan rangkaian.
Majlis turut diserikan dengan penampilan istimewa personaliti TV terkenal Jepun, Cik Akari Nakamuta di Japan Beauty Week 2017. Beliau berusia 25 tahun yang berasal daripada Fukuoka Prefecture, Jepun.
Japan Beauty Week, Japan Beauty Week 2017
Cik Akari telah membintangi filem “Shinjuku Swan 2” yang diarahkan oleh Shion Sono, seorang pengarah pemenang anugerah. Selain daripada berlakon, beliau juga terlibat dalam pengiklanan dan persembahan teater. Rugi pulak tak dapat bergambar bersama dia, comel je orangnya.
Majlis yang diadakan memang cukup santai tapi meriah. Walaupun saya hanya bersendirian ke Japan Beauty Week 2017 ini tapi banyak ilmu yang saya dapat tentang product barangan Jepun ini.
Buat peminat barangan Jepun, jangan lupa ke counter-counter barangan jenama yang anda minat!!!