Jangan Bersedih wahai hati…tenanglah wahai hati.

Wahai hati…wahai diri….Jangan mengeluh , bersyukurlah wahai diri ini dengan apa yang ada , terimalah apa yang diturunkan dengan hati yang terbuka.

Jangan Bersedih Wahai Hati , Hati Yang Sedih

Setiap manusia ada duka , ada derita..begitu juga diri ini. Dimata manusia aku tersenyum tapi hati ini tiada siapa yang tahu. Airmata ku usap sendiri untuk menutupi kedukaan dihati…

Begitulah lumrah ini , kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yang diturunkan buat kita. Setelah terjadi hanya kita sahaja yang menggetahui.

Buat sesiapa yang buat diri dan hati ini bersedih , terimakasih atas segalanya. Ingatlah Tuhan itu maha mengetahui dan maha menggasihi.

Buat diri , ingat lah ” Jangan Bersedih Wahai Hati “..tidak ada siapa yang akan mengingatkan melainkan diri kita sendiri.

Panduan Haji Umrah

Jangan Bersedih wahai hati , jangan bersedih wahai diri..lihatlah disekelilingmu…bersyukurlah wahai hati atas apa yang ada pada mu..nikmatilah kurniaan Tuhan yang diberikan.

*Hanya peringatan buat diri sendiri. Kalau nak sama-sama ingat pun boleh jugak..:), dengar aje video ini.