Bersambung kita dari entry yang lepas, boleh klik link ni ->[Percutian Ke Bohol Philippines]. Tak sabar nak jalan-jalan dan lakukan aktikiviti di Bohol ni, so hari ke 2 kami sepakat lakukan aktiviti Island Hopping di Bohol Philippines ini pula. Hanya aktiviti bermain air dan berendam.

Hari Ke 2 – Island Hopping Di Bohol Philippines

Terdapat 3 aktiviti yang seharusnya kita buat. Dah bayar untuk aktiviti ni sebanyak RM200/:. Ambik private tour sebab saya malas nak bercampur dengan orang lain, so hanya kami ber 3 sahaja dalam satu boat. Boat yang kita naiki ni di panggil Pump Boat, macam bentuk ketam pun ada..hehehe

Island Hopping Di Bohol Philippines, Pump Boat Philipines

Actually kami sepatutnya melihat Dolphin terlebih dahulu tapi rezeki kami tak ada, batang hidung dolphin pun tak kelihatan so tak nak buang masa dan malas nak menunggu kami terus buat aktiviti di Balicasag. Kami snorkeling di fish sanctuary, melihat turtle dan giant clam.

Balicasag , Snorkeling Di Balicasag

Snorkeling Di Balicasag, Snorkeling

Giant Clam Di Balicasag, Bohol Philippines

Penyu di Balicasag, Bohol Philippines

Tapi saya tak lama snorkling di sini. Air tak berapa jernih, orang pun ramai di kawasan yang dikhaskan, berpusu-pusu orang, saya jadi rimas. Saya rasa krabi lagi best untuk snorkling, air memang betul-betul jernih.

Virgin Island

Kemudian kami ke Virgin Island. Disini saya memang terpegun sangat-sangat. Island yang kecil dan memanjang tanpa pokok-pokok besar tumbuh. Bila air pasang, island ni tak ada, menarik sangat.

Terdapat beberapa peniaga-peniaga tempatan membuka warung kecil ketika air surut untuk menjual makanan, ada seafood, ada pisang goreng dijual disana, dan yang penting tiada daging atau ayam..hehehe. Kami berpeluang merasa abalone dan white clam yang di masak terus di depan kita.

Abalone Di Virgin Island, Virgin Island

Abalone

Abalone Di Virgin Island, Virgin Island

Makan Abalone Goreng Sweet N Sour

Bila air pasang peniaga akan tutup warung dan menanti sehingga air surut semula. Begitulah mereka berniaga untuk menarik pelancung dan menampung rezeki.

Virgin Island Philippines

Makan dan minum air kelapa di tengah-tengah lautan Virgin Island

Virgin Island Philippines

Warung yang ada di tengah-tengah lautan

Dapat makan di tengah-tengah lautan di Virgin Island adalah satu pengalaman yang seronok sangat yang tak boleh saya lupakan. Walaupun sebenarnya white clam dan abalone tu macam tak boleh je tekak saya nak telan tapi saya makan je sebab sos yang mereka buat sedap..hehehe.

Virgin Island Philippines

Kelihatan air dah nak pasang tapi masih ada lagi yang membeli di tengah lautan

Virgin Island Philippines

Di Virgin Island

Lama juga kami di Virgin Island, sehingga air dah pasang dan naik ke paras lutut baru kami beransur pulang.

Waktu perjalanan kami nak balik, gelombang punyalah kuat, memang menakutkan dan buat saya kecut perut aje. Terpaksa berpeluk gan anak, takut tercampak dari boat tu..hehehe.

Menaiki Pump Boat Bohol Philippines

Menempuh ombak yang kuat di tengah lautan

Kami tak dapat turun di mana tempat mula-mula kami di ambil. Gelombang terlalu kuat, guide yang bawa kami kata mereka tak nak tanggung risiko kalau ada apa-apa kecederan. Kami terpaksa berhenti jauh dari tempat mula-mula kami naik. Dari sana nak ke Villa kami terpaksa berjalan kaki sejauh 1 km.

Yang bestnya sepanjang jalan kami dapat melihat pemandangan yang cantik dan lalui sebahagian private area yang sebenarnya kami tak boleh masuk, contohnya hotel Bohol Beach Club, kalau sesiapa nak masuk kawasan dan mandi manda di area tu kena bayar tak silap saya dalam RM20 ke RM30. Kalau stay kat Resort ni dalam RM500 semalam..ummm..tak dapat duduk tapi dapat jalan kat kawasan dia pun jadilah..hehehe.

Bohol Beach Club, Pemandangan di Bohol Beach Club

Bohol Beach Club

Pantai Di Bohol , Bohol Beach Club

Bohol Beach Club

Best sangat berjalan dipersisiran pantai sehingga tak terasa penat berjalan jauh. Kawasan private area ni pasir pantai dia putih bersih dan di jaga rapi. Mana yang kawasan open, banyak rumpai laut dan batu-batu tajam. Nampak tak perbezaan dia!

Hari ke dua ni kami hanya buat aktiviti di laut sahaja. Itu pun dari pagi sampai petang kami berjemur di tengah laut. Naik berkilat dah badan dan muka masing-masing.

Sampai-sampai je ke villa, masing-masing terus pengsan. Nasib baik ada booking tukang urut yang datang urut kita di Villa. Terasa sedap sikit badan. Ingat orang Philipines tak pandai ngurut, kisahnya sedap jugak urutan dia.

Aktiviti Island Hopping Di Bohol Philippines ini merupakan satu aktiviti yang harus di buat kalau datang ke sini. Kalau tak buat rasanya tak lengkap kalau datang ke sini. Kalau datang dengan group lagi murah kalau buat aktiviti ini.