Yeaaaa...impian ke Macau akhirnya tercapai jua, terharu sungguh tau. Sebenarnya dulu saya pernah buat entry tentang impian saya untuk ke Macau. Waktu itu Nuffnang ada buat contest dan kalau menang dapat lah ke Macau, saya apa lagi join lah kontest tersebut (Dream Trip To Macau), tapi malangnya saya tak menang..huhuhu. Bukan rezeki saya tapi saya tanamkan azam satu hari saya pasti akan jejakkan kaki saya ke Macau.

Impian Ke Macau Akhirnya Tercapai, Macau, Impian Ke Macau, My Dream Trip To Macau, Galaxy Macau

AKHIRNYA IMPIAN KE MACAU TERCAPAI

Baru-baru ini impian ke Macau akhirnya tercapai jua. Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada AirAsia kerana mengadakan tambang murah yang membuatkan impian saya ke Macau tercapai. Tiket yang tak sampai RM500 pergi balik saya beli setahun yang lepas, itulah cara saya untuk dapatkan tambang murah, kena booked awal-awal.

Impian Ke Macau Akhirnya Tercapai, AirAsia Ke Macau, Tambang Murah Ke Macau, Macau

Disana juga kami tidak gunakan khimat agen, kami hanya buat segala urusan sendiri. Dari memilih hotel hinggalah kemana-mana kami buat sendiri. Kami hanya naik taxi atau gunakan khidmat bus percuma, tak pun jalan kaki untuk kemana-mana, memang menjimatkan..hehehe.

HARI PERTAMA DI MACAU

Kami menginap di London Hotel, terletak ditengah-tengah bandar Macau. Senang nak bergerak kemana-mana. Hotel ni tak lah besar mana, tapi sesuailah untuk kami tidur dengan selesa, maklumlah banyak masa kami asyik berjalan aje.

London Hotel Macau, Percutian Ke Macau, Macau

Bilik London Hotel Macau, Macau, Percutian Ke Macau

Bilik London Hotel Macau

Selepas campak beg dalam bilik, apa yang kami pertama buat di Macau ini adalah mencari Macanese food halal. Tengok pada map dari hotel ke restaurant tersebut tak lah jauh mana, tapi sebab kami baru so berpusing-pusing jugaklah kami dibuatnya. Akhirnya saya dapat rasa makanan asli Macau.

Lou Lang Islam Restaurant Di Macau, Restaurant Halal Di Macau

Makanan Halal Di Macau

 

Macanese Food Di Macau

Perut dah di isi, tibalah masa kami menghabiskan masa hari pertama kami di Macau ini. Jadi kami sepakat pergi ketempat yang dekat-dekat dahulu. Tempat yang pertama yang semestinya harus di kunjungi ialah SENADO SQUARE.

Actully dari London Hotel Macau ke Senado Square tidak lah jauh, cuma hari pertama kami tak tahu sangat selok-belok jalan disana so kami kena naik bukit turun bukit, masuk lorong sana lorong sini untuk sampai ke tempat tersebut. Goyang jugak lah lutut..hehehe. Tapi semua itu pengalaman untuk kami. Jika kami tak ikut jalan jauh tak lah kami dapat melihat benda-benda yang menarik sepanjang perjalanan kami.

Jalan Ke Senado Square, Macau, Percutian Ke Macau

Berposing Di Macau, Percutian Ke Macau, Macau

 

Bangunan Theater Dom Pedro V Macau, Percutian Ke Macau

Bangunan Theater Dom Pedro V

 

Penat berjalan dan berposing di sepanjang jalan, akhirnya sampai juga kami di Senado Square. Selain dari Saint Paulo Ruin Church, Senado Square merupakan tempat membeli belah yang terkenal disana. Saya tak bershopping sangat sebab bagi saya barang-barang yang dijual disana tetap mahal.

Ketika kami disana, kelihatan mereka telah membuat perhiasan untuk menyambut Krismas.

Senado Square Macau

Di Senado Square, perhiasan untuk menyambut Krismas.

Senado Square Macau, Percutian Ke Macau

Lorong-lorong di Senado Square

Lorong-lorong di Senado Square yang sentiasa penuh dengan orang bershopping.

 

Senado Square, Percutian Ke Macau

Salah satu lorong di Senado Square yang cantik

 

Senado Square Macau, Percutian Ke Macau

Setelah penat berjalan di Senado Square

Seronok jugak jalan-jalan dalam sejuk ni, cuma pernafasan jadi pendek dan cepat penat. Dah penat jalan dan cuci mata disekitar Senado Square akhirnya kami sampai ke kawasan peninggalan sejarah yang terkenal disana iaitu Saint Paulo Ruin Church.

Ok sampai disini sahaja dahulu untuk entry kali ini. Saya akan sambung tentang Saint Paulo Ruin Church dan entry-entry yang lain tentang Macau selepas ini. Banyak gambar-gambar dan cerita yang menarik. Tunggu ok!!

[SAMBUNGAN]