IJM Land Raikan Riuh Raya 2017 Dengan Persembahan Akim & Majistret Dan Stacy | 13 june 2017 telah diadakan majlis berbuka puasa dan sidang media yang di anjurkan oleh IJM Land di Ice Gallery, Pantai Sentral Park. Turut hadir dan bersama-sama berbuka puasa adalah selebriti terkenal iaitu Akim & Majistret, Stacy serta Adam Ao.

IJM Land, IJM Land Berhad, IJM Land Seremban 2, Riuh Raya 2017, Akim & Majistret, Stacy, IJM Land Seremban 2 Sales Gallery, Hari Raya 2017,  Seremban 2, Rumah Terbuka,  Sidang Media, Ice Gallery

IJM Land Raikan Riuh Raya 2017 Dengan Persembahan Akim & Majistret Dan Stacy

Sidang media diadakan untuk mengumumkan program Khas Hari Raya iaitu “Riuh Raya 2017” yang akan diadakan pada 15 Julai 2017 (sabtu) di IJM Land Seremban 2 Sales Gallery pada pukul 3pm hingga 6pm sempena Hari Raya 2017.

IJM Land, IJM Land Berhad, IJM Land Seremban 2, Riuh Raya 2017, Akim & Majistret, Stacy, IJM Land Seremban 2 Sales Gallery, Hari Raya 2017,  Seremban 2, Rumah Terbuka,  Sidang Media, Ice Gallery

Seperti majlis-majlis yang dianjurkan IJM Land sebelum ini, “Riuh Raya 2017” kali ini turut mengadakan rumah terbuka serta jamuan Hari Raya dan turut mengadakan perbagai akiviti yang menarik dengan menawarkan persembahan secara langsung dari selebriti terkemuka Malaysia.

Riuh Raya 2017 Di IJM Land Seremban 2

IJM Land, IJM Land Berhad, IJM Land Seremban 2, Riuh Raya 2017, Akim & Majistret, Stacy, IJM Land Seremban 2 Sales Gallery, Hari Raya 2017,  Seremban 2, Rumah Terbuka,  Sidang Media, Ice Gallery

Pada hari berlangsungnya Riuh Raya 2017, pengunjung yang datang boleh melakukan perbagai aktiviti yang menarik yang diadakan serta boleh menikmati juadah buffet yang disediakan oleh IJM Land terutamanya makanan yang menjadi kegemaran ketika Hari Raya seperti ketupat, rendang dan lain-lain lagi.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh megabdikan gambar kenang-kenangan bersama keluarga, rakan-rakan atau jiran tetangga yang datang di photo booth yang disediakan serta boleh turut serta dalam permainan “Spin The Wheel” dan memenangi perbagai hadiah yang menarik.

Buat kanak-kanak yang turut hadir pada hari tersebut, pastinya akan berasa lebih gembira kerana mereka akan diberi Duit Raya yang disediakan oleh IJM Land, so anda jangan datang sendirian tau..pastikan bawa anak-anak sekali..hehehe.

IJM Land Raikan Riuh Raya 2017 Dengan Persembahan Akim & Majistret Dan Stacy

IJM Land, IJM Land Berhad, IJM Land Seremban 2, Riuh Raya 2017, Akim & Majistret, Stacy, IJM Land Seremban 2 Sales Gallery, Hari Raya 2017,  Seremban 2, Rumah Terbuka,  Sidang Media, Ice Gallery

Untuk lebih memeriahkan majlis rumah terbuka tersebut, pengunjung pastinya tidak sabar untuk menikmati persembahan secara langsung dari selebriti kegemaran Malaysia iaitu Akim & Majistret dan juga Stacy yang telah bersetuju untuk membuat persembahan pada majlis Riuh Raya 2017, jadi jangan lupa block date tersebut tau, kalau tak melepas nanti nak tengok persembahan mereka.

Turut serta selebriti Adam AO dan Zulin sebagai amcees untuk Riuh Raya 2017, 2 emcee yang akan mengamatkan suasana anda dan menjadikan majlis ini majlis yang tidak boleh ditolak oleh masyarakat Seremban untuk turut serta. Mesti havoc majlis kali ini! KL ke Seremban macam tak jauh je…rasa macam nak terjah jugak ke sana nanti..hehehe.

Mendekati komuniti Seremban dan membina hubungan yang lebih rapat antara satu sama lain merupakan tujuan IJM Land dan berharap dengan adanya perayaan dan program sebegini akan menjadi satu platform yang baik untuk semua orang berkumpul bersama serta berkongsi kegembiraan meraikan sambutan yang meriah bersama-sama tanpa ada jurang.

IJM Land, IJM Land Berhad, IJM Land Seremban 2, Riuh Raya 2017, Akim & Majistret, Stacy, IJM Land Seremban 2 Sales Gallery, Hari Raya 2017,  Seremban 2, Rumah Terbuka,  Sidang Media, Ice Gallery

Menurut kata Dato’ Hoo Kim See, Senior General Manager Central Region of IJM Land Berhad, sewaktu majlis berbuka puasa diadakan,

Kita telah banyak menghabiskan sebahagian masa kita bekerja keras untuk mengejar impian kita. Majlis sebegini dapat memberi kita peluang untuk berehat, mengambil langkah kebelakang daripada kehidupan yang sibuk dan menyatukan kembali dengan keluarga tercinta dan saudara mara yang kita yang lain.

Kami berharap dengan menganjurkan “Riuh Raya 2017”, kita boleh memberi keseronokan dan kegembiaraan buat yang mereka yang tersayang.

Kami juga amat berterima kasih diatas kesanggupan selebriti kesayangan ramai untuk menyertai majlis ini dan berharap masarakat setempat juga sama-sama bergembira dalam majlis tersebut, tambah Dato’ Hoo.

Pada acara kemuncak Riuh Raya 2017, IJM Land akan menawarkan rebet khas sehingga RM10,000 untuk pembelian hartanah terpilih yang dibuat semasa Riuh Raya 2017.

Pengunjung yang berminat dengan hartanah IJM Land jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan rumah impian pada hari tersebut dan turut sama-sama menikmati sambutan Hari Raya disana.

Pihak IJM Land juga turut mengalu-alukan kedatangan penduduk kejiranan untuk singgah dan sama-sama ber Hari Raya dan merasai keseronokkan, menikmati keenakkan makanan bersama sahabat serta menyaksikan persembahan yang hebat dari selebriti yang terkenal.

IJM Land, IJM Land Berhad, IJM Land Seremban 2, Riuh Raya 2017, Akim & Majistret, Stacy, IJM Land Seremban 2 Sales Gallery, Hari Raya 2017,  Seremban 2, Rumah Terbuka,  Sidang Media, Ice Gallery

Untuk info lanjut tentang IJM Land’s Riuh Raya 2017, boleh hubungi IJM Land Seremban 2 Sales Office di talian 1800 222 456.