Ramadhan Buffet 2019 - Jom Iftar Sesama Keluarga Dan Teman-Teman Di Bangi Golf Resort

Ramadhan Buffet 2019 – Jom Iftar Sesama Keluarga Dan Teman-Teman Di Bangi Golf Resort

Berbuka puasa bersama amat dianjurkan kerana banyak keberkatan yang terkandung didalamnya. “Berjemaahlah (bersama-sama) dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu.” (Hadis Shahih)

Ada seseorang datang kepada Rasulullah SAW dan berkat ” Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang”. Maka Rasulullah SAW berkata “Pastinya masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab “Benar, Ya Rasulullah!”. Rasullullah SAW berkata ” Berjemaahlah dalam menyantap makananmu.”

Banyak sungguh manfaat jika kita iftar sesama keluarga ataupun teman, selain dapat berkongsi hidangan ianya dapat mengeratkan jalinan silaturahim sesama keluarga dan teman-teman.

Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort

Iftar Sesama Keluarga Dan Teman-Teman Di Bangi Golf Resort

Mengambil keberkatan daripada kehadiran bulan #RamadhanBGR 2019 ini, maka sekali lagi Bangi Golf Resort (BGR) mengajak orang ramai mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk Iftar Sesama insan-insan yang disayangi.

Kita bukan sahaja beriftar bersama keluarga dan rakan-rakan, bahkan turut berpeluang beriftar sesama insan-insan yang kurang bernasib baik yang di jemput oleh pihak BGR untuk bersama-sama menikmati sajian enak yang disediakan oleh kumpulan chef yang cukup berpengalaman.

Menu Yang Menambat Selera Sepanjang Bulan Ramadhan

 Iftar Sesama Keluarga Dan Teman-Teman Dengan Menu Yang Menambat Selera

Jika anda #bukapuasa di BGR, selain berbuka puasa dengan sajian yang enak, anda juga dapat berkongsi pahala. Bagaimana tu? Ok, pada tahun ini, Restoran BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan al Mubarak ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) yang mana sumbangan tersebut di harap memperkasa lagi aktiviti pertubuhan khususnya yang berkaitan dengan bantuan kemanusiaan bagi golongan kurang bernasib baik.

Bukan itu sahaja ya, sepanjang bulan Ramadhan ini, pihak BGR juga turut bekerjasama dengan portal F8Buzz.com, yang mana akan mewujukan kotak sumbangan iftar sesama untuk orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada mereka yang kurang bernasib baik. Jarang rasanya ada restoran yang buat seperti yang di lakukan ini.

Apa yang pasti, selain pahala dan kebajikan yang diperoleh, dengan nilai wang yang dikeluarkan, selera berbuka puasa juga berjaya dipenuhi kerana Iftar Sesama di BGR menjanjikan buffet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian sajian enak dan berkualiti.

Menu Menambat Selera Sepanjang Bulan Ramadhan 

Iftar Sesama Dengan Menu Yang Menambat Selera Sepanjang Bulan Ramadhan

Berbuka puasa bersama dengan seleksi buffet lebih 200 jenis makanan yang disediakan, daripada hidangan tradisional Melayu yang pastinya membangkitkan kenangan masakan ibu di kampung, hingga ke bahagian Barat untuk lebih cita rasa moden.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, konsep ‘Kebun Dalam Bandar’, sememangnya sesuatu yang bermakna dan menjadi kebanggaan Restoran BGR, dengan mengenengahkan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya bagi masakan Melayu dan tradisional.

Iftar Sesama Dengan Menikmati Nasi Kerabu Di Nasi Kerabu Stall

Nasi Kerabu bersama ulam-ulam organik yang dipetik sendiri oleh chef-chef tidak harus dilepaskan, apatah lagi jika dimakan bersama serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabungan ulam-ulaman seperti bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom, kacang panjang, selain budu berserta hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Malah bunga Telang yang menghasilkan warna biru pada nasi juga datang dari kebun sendiri. Hebat kan!

Bagi menambah keterujaan, #BGRbuffetramadhan tahun ini, di bahagian ulam-ulaman dan kerabu, pengunjung restoran akan turut diberi peluang memetik sebahagian daripada ulam-ulaman tersebut terus dari pokoknya. Di seksyen ini juga jangan terlepas mencuba Laksa Singapura dan Ipoh Hor Fun yang menyelerakan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya pasti akan ke gerai kambing bakar terlebih dahulu. Aroma Kambing Bakar yang dipanggang sempurna di atas api memanggil manggil saya untuk terus ke sana..hehehe. Sup kambing mamak pula sudah semestinya menggamit selera pengunjung, selain satay ayam dan daging, manakala kueh teow goreng dan mee mamak akan di masak terus di hadapan anda.

Jangan lupa juga ya untuk mencuba nasi ayam di sini. Rugi kalau tak cuba, cara masakan ayam yang dipanggang dengan secukupnya bersama sos BBQ ala Oiental memberikan rasa empuk dan berjus, manakala nasinya gebu, berkilau dan penuh rasa untuk dinikmati bersama rasa sos kicap soya yang pekat dan sos cil buatan sendiri.

Iftar Sesama Keluarga Dan Teman Dengan nasi ayam sedap Di BGR

Buat peminat masakan India, boleh pergi kebahagian masakan india pula, tersedia Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri dan Daging Kambing Masak Hitam Mamak, untuk digandingkan bersama nasi kukus.

Iftar Sesama Dengan Ayam Varuval Di Bangi Golf Resort

Dari dapur  Barat pula, Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang dimasak segar sudah menjadi tempat yang wajib saya pergi. Setahun sekali dapat makan cara masakan sebegini hanya di BGR. Selain sajian pasta kegemaran keluarga Spaghetti, dan Penne dengan sos bolongnese ayam atau carbonara.

Tidak lengkap jika tak ada pemanis mulut ya tak? Deretan pencuci mulut yang cukup enak belaka antaranya, Churros Sepanyol dengan sos cokelat pekat, tiramisu Itali serta seleksi kuih muih melayu termasuklah kuih lapis, talam koko, talam cendol, kasui pandan, apam mekar, koci, seri muka pandan, kuih bakar hijau, pulut kuning rendang daging, pulut kuning serunding kelapa, pulut inti, puteri ayu dan lopez pulut. (boleh klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar selanjutnya)

This slideshow requires JavaScript.

Selain itu terdapat juga bandung laychee cheese cake, pina colada cheese cake, blueberry cream brulee cake, red velvet swiss roll, orange Jaffa Swiss Roll dan banyak lain pemanis mulut yang pastinya memikat selera anda.

Manakala untuk menghilangkan dahaga anda pula, Kordial Mangga, Kordial Anggur, Air Tebu, Soya Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, kopi dan teh turut disediakan bersama buah-buahan.

Elakkan Pembazir

Iftar Sesama Dengan Menu Yang Menambat Selera

Anda boleh makan sebanyak mana yang anda nak makan, makan lah sampai kenyang, tapi cuba elakkan pembaziran.

Konsep sifar pembaziran juga di adakan dalam usaha untuk mengelakkan pembaziran, restoran BGR juga akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation, menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada buffet Ramadan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Kini tak perlu risau untuk bersembanyang dalam suasana yang sempit atau kena menunggu giliran kerana surau kini lebih luas bagi menampung lebih ramai jemaah dan lebih selesa, manakala untuk mengelakan berbaris panjang, tandas daripada lima kubikel ditambah kepada 16 kubikel dengan kemudahan umpama tandas 5 bintang.

Parking pula senang sebab lebih 800 lot parkir percuma untuk pengunjung agar tidak berlaku kesesakan. Owhh ya, mana yang bawa anak-anak kecil, terdapat tempat permainan di sediakan, bolehlah kita berbuka puasa dengan tenang sementara anak-anak bermain bersama rakan-rakan.

Taman Permainan Turut Disediakan Jika Anda Iftar Sesama Keluarga Atau Teman

Bersembahan Yang Menghiburkan

Semasa saya ke Bangi Golf Resort baru-baru ini sempena majlis Pra Tonton Menu Ramadhan BGR, tetamu yang terdiri daripada wakil media dan penulis blog, telah dihiburkan dengan pertandingan membelah durian dan persembahan artis tempatan.

Perghhh…memang meriah sangat. Rasa macam kenduri kendara pulak waktu tu..dikelilingi sahabat yang dikenali dan tidak dikenali. Sekarang dah rasa meriah, apatah lagi kala bulan Ramadhan nanti. Yang pasti, durian pun ada tu..hehehe. Maka nikmat apakah yang anda ingin dustakan!

Bangi Golf Resort, Buffet Ramadhan 2019, Iftar Sesama, Ramadhan 2019, Berbuka Puasa Di Bangi Golf Resort, Ramadhan al Mubarak

Berbuka Puasa Dengan Durian Di Bangi Golf Resort

Antara yang menyumbang dalam memeriahkan Iftar Sesama pada majlis preview kali ini adalah :

Photobooth – Feteandfiesta
Instagram: @photobombkl
Durians – Durian Hill
Instagram: @durianhill_official
http://www.durian-hill.com

Bersama Anak Angkat Dalam Majlis Berbuka Puasa Di BGR

Iftar Sesama Tak Kira Bangsa Dan Agama ( Bersama Anak Angkat Yang Berbangsa Cina )

Harga untuk tempahan #iftarBGR dalam talian :-

Dewasa – RM59 nett

Kanak-kanak (3-11 tahun) – RM29 nett

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

1700818557

FACEBOOK | INSTAGRAM

Website : http://www.bgrrest.com