Tak lama lagi sambutan AidilAdha bakal menjelang tiba, pasti ramai umat islam akan melakukan ibadah Qurban dan Aqiqah. Amalan ini dilakukan oleh umat Islam seluruh dunia setiap tahun apabila datangnya AidilAdha.

Qurban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya AidilAdha dan hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah, dengan tujuan untuk beribadah atau menghampirkan diri kepada Allah SWT.

Ibadah Qurban Dan Aqiqah 2014

Hikmah ibadah Qurban disyariatkan sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT diatas segala nikmat yang diberikan kepada kita dari tahun ke tahun. Ia bertujuan menjadi kifarat bagi pelakunya samada disebabkan melakukan kesilapan atau kecuaian dalam menunaikan kewajipan yang dituntut.

Disamping itu ia juga dapat memberi kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.

Hukum melaksanakan Ibadah Qurban ialah sunat Muakkad (ibadah sunat yang sangat-sangat dituntut keatas umat islam yang berkemampuan, namun begitu ia dihukumkan wajib apabila seseorang bernazar.

Ibadah Qurban Dan Akikah

Ibadah Qurban Dan Aqiqah 2014

Mereka yang dituntut melakukan ibadah Qurban adalah :-

  1. Seorang Islam yang masih hidup. Tidak boleh melakukan untuk si mati jika tidak meninggalkan wasiat.
  2. Seorang yang merdeka.
  3. Seorang yang mencapai umur baligh dan berakal.
  4. Mampu melakukan Qurban, dari segi wang ringgit untuk membeli ternakan Qurban.
  5. Bermukmin iaitu menetap disesuatu kawasan.

Disini saya ingin memanjangkan dan berkongsi maklumat untuk saudara sesama islam untuk sama-sama menyertai program ibadah qurban dengan pihak eQurban. Bersama-samalah kita menghulurkan bantuan kepada saudara Islam kita yang lebih memerlukan. Sekurang-kurangnya inilah cara untuk kita berkongsi apa yang kita ada didunia ini.

  • Pihak eQurban akan mengeluarkan sijil aku janji sebagai wakil melaksanakan ibadah qurban tersebut kepada semua peserta dan menghantar ganbar-gambar berkaitan yang menunjukan ibadah tersebut telah dilaksanakan.

Setiap tahun pihak eQurban akan sama-sama menjalankan program Qurban Kemboja dan tahun ini alhamdulillah eQurban membuka peluang kepada kita semua melakukan ibadah Qurban di Mekah pula. Syukur kerana peluang yang ditawarkan ini.

Ibadah Qurban Dan Aqiqah 2014

Untuk anda yang ingin melakukan ibadah Qurban bolehlah lakukan dari sekarang sebelum tarikh tutup tempahan Qurban 2014 iaitu pada 30 September 2014 ini.

screenshot-equrban com 2014-09-22 23-30-18Sekarang anda boleh membuat tempahan secara online dengan eQurban :-

  • Mudah dan cepat – semua urusan tempahan dan bayaran boleh dibuat dilaman ini.
  • Sijil penggesahan – Pihak eQurban menyediakan sijil pengesahan untuk setiap tempahan yang dibuat.
  • Tuntutan Agama –  Pihak eQurban cuba memudahkan urusan tuan/puan dalam melaksanakan urusan ini.

 

ANDA HANYA PERLU KLIK GAMBAR DIBAWAH INI

UNTUK MELAKUKAN TEMPAHAN eQURBAN

 

Mudah-mudahan pada tahun ini kemeriahan seperti tahun sebelumnya akan kekal dinikmati.