Hotel Career Day Resorts World Genting Di Grand Millennium Hotel, Kuala Lumpur

Hotel Career Day Resorts World Genting Di Grand Millennium Hotel, Kuala Lumpur

Berita baik buat mereka yang sedang mencari kerja dan mempunyai impian bekerja dalam bidang perhotelan dan juga pemakanan, Resorts World Genting akan menganjurkan Hotel Career Day Resorts World Genting Di Grand Millennium Hotel, Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 13hb April 2017.

Resorts World Genting menganjurkan Hari Kerjaya Hotel (Hotel Career Day) untuk membuka peluang kerjaya dalam bidang perhotelan dan pemakanan pada mereka yang bercita-cita tinggi yang minat menyertai syarikat itu dalam meneruskan perjuangan dalam memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dalam kerjaya perniagaan yang merangkumi taman tema, hotel, restoran dan hiburan.

Hotel Career Day Anjuran Resorts World Genting

Hotel Career Day, mencari kerja, Resorts World Genting, Grand Millennium Hotel, Kuala Lumpur, kerjaya dalam bidang perhotelan, peluang kerjaya, kerjaya F & B, Hari Kerjaya Hotel

Jika anda mempunyai impian demi menjalani kehidupan yang lebih bermakna serta berimpian mengukir nama dalam persekitaran yang bertaraf dunia dan dikelilingi oleh mereka yang berbakat profesional, maka jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan menggunjungi Hotel Career Day Resorts World Genting Di Grand Millennium Hotel, Kuala Lumpur.

Malah banyak peluang kerjaya menanti anda dengan pembukaan cawangan baru di Resorts World Genting iaitu Sky Avenue termasuk 20th Century Fox World Theme Park (Outdoor), Indoor Theme Park dan Genting Highland Premium Outlet.

Buat mereka yang mempunyai pengalaman kerja yang relevan seperti pengurus restoran, tukang masak, sommelier, barista dan mixologist, mungkin berminat mengembangkan kerjaya ketahap yang seterusnya dengan menyertai Resorts World Genting.

Temui “Masters” Dalam Perbagai Bidang Untuk Inspirasi Anda Di Hotel Career Day!

Hotel Career Day, mencari kerja, Resorts World Genting, Grand Millennium Hotel, Kuala Lumpur, kerjaya dalam bidang perhotelan, peluang kerjaya, kerjaya F & B, Hari Kerjaya Hotel

Pihak Resorts World Genting juga akan menampilkan “Masters” dalam perbagai bidang iaitu Sommelier Kevin Yee, chef Culinary John Pathmanaban, Mixologist Pranill Saam, Barista dari Kafe Richard Emmanuel dan penolong Outlet Manager Supri Jinal, yang mana mereka akan menjawab segala persoalan yang anda kemukakan dan memberi sebab “bagaimana” dan “kenapa” memilih kerjaya F & B.

Konsep face to face bersama pakar yang berpengalaman ini adalah untuk memberi kesedaran serta mendidik mereka yang tidak mengetahui apa-apa dan memperkenalkan dunia Hotel dan F&B agar anda lebih memahami dengan lebih mendalam.

Anda juga berpeluang mendapat pencerahan dalam perbualan Business Chat dengan beberapa kakitangan F&B dan HR yang mana anda boleh membuat pertanyaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai laluan kerjaya anda di tempat peranginan ini.

Hotel Career Day Resorts World Genting Di Grand Millennium Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis 13 April, Millennium IV, V & VI di Level 2. Untuk keterangan lanjut, boleh layari website :

Job At Resorts World Genting 

ATAU

http://www.rwgenting.com/careers