Destinasi seterusnya misi Road To Agro Tourism Siri 2 anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) demi mempromosikan destinasi agro pelancongan domestik adalah ke Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands.
Kampung Taman Sedia merupakan perkampungan melayu yang cukup menarik untuk di jadikan tempat percutian yang terletak di antara Pekan Tanah Rata dan Brinchang.
Kedatangan kami telah di sambut oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah – Pembangunan Daerah, Haji Saifulazli b. Mohamad Nor bersama Ketua Kampung dan tetamu kehormat serta penduduk kampung Taman Sedia. Kami di jamu terlebih dahulu dengan hidangan makanan kampung yang begitu lazat dan menyelerakan, macam faham-faham aje kami semua sedang kelaparan…hehehe.
Ketua Penolong Pegawai Daerah – Pembangunan Daerah, Haji Saifulazli b. Mohamad Nor bersama Ketua Kampung memberi ucapan alu-a.luan
Suasana Desa Di Homestay Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands
Saya pasti sesiapa yang pernah datang ke Kampung Taman Sedia ni, pasti akan datang lagi ke sini. Kenapa saya cakap macam tu? Sebabnya, bila saya berada di sini, saya terasa tenang dan nyaman aje dengan cuaca yang sejuk dan udara yang segar. Penduduk kampung di sini juga ramah tamah.
Berkonsepkan inap desa memang menarik minat sesiapa sahaja yang datang ke Cameron Highland dan menginap di Kampung Taman Bahagia ini. Ia juga merupakan salah satu punca pendapatan penduduk di sini.
Terdapat banyak homestay yang di usahakan oleh penduduk tempatan. Haa…sesiapa yang datang ke Cameron Highlands, tercari-cari tempat penginapan yang bersuasana desa dengan udara sejuk dan nyaman, bolehlah stay di homestay disini. Banyak pilihan homestay yang boleh anda pilih mengikut keserasian dan kesesuaian anda.
Persekitaran pula memang terasa berada di kampung. Bila berjalan melihat persekitaran, terdapat banyak tanaman strawberry dan sayur-sayuran di kiri kanan jalan. Kiranya macam satu rumah mesti ada ruang untuk bercucuk tanam. Seronok sangat tengok. Terasa macam nak duduk terus dekat sini pulak…hahaha.
Inap Desa Kampung Taman Sedia
Bagi mereka yang menginap di homestay di sini, anda boleh mengambil package menginap sekali dengan aktiviti yang di adakan. Anda boleh ambil package memetik buah strawberry dan sayur-sayuran. Jika minat mendaki anda boleh memilih aktiviti mendaki, anda boleh mendaki Gunung Brincang dan menerokai hutan dengan melihat tumbuhan yang jarang di lihat. Bermacam-macam aktiviti yang anda boleh buat disini,. Memang tak boring. Jangan tak tahu, drama ARORA pun pernah lakukan pengembaraan disini tau!
Di sebabkan tarikan yang ada di Kampung Taman Sedia ini serta masyarakatnya yang masih menitik beratkan nilai-nilai murni yang tinggi, Kementerian Pelancongan Malaysia telah mengiktirafkan beberapa rumah yang terpilih untuk dijadikan homestay kepada pengunjung yang berkunjung ke Cameron Highlands. Saya juga turut berpeluang melawat beberapa homestay yang diusahakan disana.
Marina Chalet, Kampung Taman Sedia
Marina Chalet merupakan antara homestay yang terawal di Cameron highlands yang memperkenalkan konsep homestay sebegini. Berada dalam kawasan perkampungan masyarakat melayu yang masih mengekalkan tradisi ketimuran.
Penginapan yang dilengkapi dengan keperluan yang lengkap. Nak sewa bilik sahaja ada..nak sewa chalet besar pun ada. Memang lengkap segala kemudahan yang disediakan. Kebersihan terjaga dan yang penting pemandangan yang begitu cantik sekali.
Amat sesuai buat mereka yang datang sendiri atau bersama keluarga. Group-group pelajar juga syarikat yang ingin lakukan aktiviti di sini amat di alu-alukan. Harga amat berpatutan mengikut penginapan yang anda pilih.
https://www.facebook.com/Marina-Chalet-Cameron-Highlands-161977183859947/
Tiny Boutique Habitat, Kampung Taman Sedia
Lepas lawatan ke Marina Chalet, kami jalan-jalan kekawasan yang berdekat, ternampak pula satu chalet dari jauh dah menarik mata dan kaki saya untuk ke sana. Jejak aje kaki ke perkarangan homestay ini terasa macam berada di luar negara pulak.
Tiny Boutique Habitat masih baru dan dilancarkan pada April 2017. Sebanyak 6 unit homestay disediakan iaitu dua Premium Lodges dengan empat Superior Lodges. Semua unit di dalamnya adalah satu setengah tingkat yang mana terdapat loteng yang juga dikhaskan untuk bilik tidur. Anak-anak pasti suka kalau tidur di sini.
Setiap unit kelihatan seperti studio apartment tanpa dapur, makna tak boleh masak. Jangan risau sebab terdapat tukang masak yang berkemahiran dan tersedia ruang makan yang boleh muat 30 orang.
Di ruang tamu juga tersedia katil besar juga sofa, terdapat juga ruang bersantai di tepi tingkap, sambil minum kopi bolehlah menikmati pemandangan indah kawasan sekitaran yang ada di sana. Tersedia juga tuala, botol air , cerek panas, wifi dan tv.
Taman yang ada di kawasan luar juga menarik dan luas, anak-anak pasti suka bermain dan berkejaran di sana. Saya yang melihat pun dah suka dan bercadang untuk menginap di sini jika ke Cameron Highlands lagi.
Info lanjut mengenai Tiny Boutique Habitat, Kampung Taman Sedia anda boleh layari facebook : https://www.facebook.com/tbhcameronhighlands/
Terdapat banyak lagi homestay di sini, cuma masa terlalu mencemburui saya, tak sempatlah saya nak melawat yang lain-lain. Tapi tak apa…anda boleh aje google “Homestay Kampung Taman Sedia” jika anda ingin jalan-jalan dan menginap di Cameron Highland sambil menikmati keindahan dan suasana desa di sini, banyak lagi homestay yang menarik untuk di duduki.
Terima kasih kepada penduduk kampung Taman Sedia kerana melayan kami sebaiknya. Insaallah saya pasti akan kembali lagi ke sini.
Wahh boleh buat rujukan ni ada rancang nak cameron nanti nampak menarik tempat tu..
Terus terang ibu kata, lebih selesa duduk di homestay sebab boleh masak dan panaskan lauk dengan mudah
tak perlu risau nak jaga barang macam di hotel
Ibu Zaid menulis…Homestay Melaka Di Tempat Menarik Tarikan Pelancong!
Cantiknya suasana.. Bulan lepas patut gi cameron ada rombangan.. Sekali bas rombongan tak dtg. Ada masalah. Sedih betul tak dpt pergi cameron. Kalau tak boleh la singgah2 kawasan ni..
Wah cantinya suasana kat sana.udara pun mesti nyaman dan segar.bestnya kalau dapat pergi dengan family.
Comelnya Tiny Habitat tu. Rawlins ingatkan kat luar negara je tadi. Mesti best Kak Hanny jejalan gini kan. Suasana desa nan tenang dan nyaman kan.
Bestnya tengok aktiviti kak Hanny. jalan-jalan sana sini. Gambar & view cantik-cantik. Dah lama tak pergi cameron.
Wah bestnya mama dapat jalan jalan pusing pusing setiap negeri. Dapat tahu lokasi menarik, taman sedia memang best
Makan scone dengan jam strawberi sampai muak bulan 8 tahun 2017
Mama Hakim menulis…Cara memilih pencuci muka yang sesuai untuk kulit muka kita!
Lamanya tak pergi Cameron. Rindu pulak. Homestay Kg taman Sedia ni nampak menarik. Next time kalau nak pergi dengan family, boleh stay dekat sini la.
Lama tak pergi Cameron tapi tengok tempat ini cantik kampung tu pun bersih dan luas. Lepas ni boleh lah bawa family kalau nak datang sini senang sewa satu rumah jer hehehehe…
Tiny Boutique Habitat tu nampak best nya. Suka seni architecture dia yang ala2 English-style. Bilik di loteng bukan sahaja menjdi kegemaran kanak2. Malah org dah besar gajah seperti sy sendiri suka bilik loteng
Menariknya homestay kat sini, lain kali kalau datang lagi ke Cameron Highlands boleh lah bermalam kat sini..
Suasana mndamaikan, sejuk nyaman n mendamaikan
Memang sejuk dan mendamaikan…sejuk dia pun tak lah sejuk sampai ke tulang, sejuk sedap2 gitu,..hehe
Serious menarik homestay di cameron ni. Ika datang tido hotel je.kalau homestay boleh salami kehidupan mereka. Seronoknya hehhe
Betul Ika, cubalah nanti…mmg seronok
lama tak pi cameron highland! selalu nya tinggal dekat hotel je. next time kena try homestay ni jugak, different experience
YourFinanceDoctor
Yup betul..saya lbh suka duduk di homestay dr hotel kalau kemana mana
Cantiknya tempat ni. Kebetulan x lama nak pergi CH bolehlah datang sini.
Yup memang cantik sangat, sis pergi pun terpegun
wah.. bestnya homestay macam ni.. TB kalau pi cameron asik la dok apartment.. bosna betul.. nak jugak dok homestay atau rumah bawah macam ni.. huhu.. kan.. nampak selesa homestay yang kak pi ni.. buat TB rasa nak pi lagi je
TENGKUBUTANG menulis…SENARAI PEMENANG TENGKUBUTANG’S GIVEAWAY HAPPY BIRTHDAY HUBBY & HARRAZ
Cantik dan selesa nampaknya homestay-homestay dekat kampung taman sedia tu paling ana tertarik tiny boutique habitat tu sis. Comel dan rasa mcm di luar negara pula rumah tu. Pemandangan pun tenang dan indah. Boleh lah cuba stay di sini pula nanti.
kita sukakan suasana ni..tenang dan damai…cantik juga
Looks comfy enough for a homestay, really love the gardens outside the house, it’s so beautiful.
Jauhnya mama mengembara jalan jalan makan angin ya
Belum habis lagi siri jelajah ni
Mazni Azmi menulis…Pencuci muka Shaklee YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser!
Bestnya CH…tapi saya suka pi time org sekolah ja..pernah lalu kt marina tu..tapi yg tiny tu cun sgt..mcm kt oversea dah
Cuti sekolah yang lalu pun ada ke Cameroon Highland dan tinggal di homestay.
Bagus ada pelbagai pilihan, tapi digalakkan pergi sewaktu cuti hujung minggu dan bukan musim cuti sekolah.
Yup betul…kalau tak penat temph jam panjang
Nice Chalet and clean too. It seem can accommodate the whole family. Is time to pay a visit at Cameron.
Tempohari kami pergi cameron tinggal di desa anthurium, belakang desa ini taman sedia. Ada anak sungai yang cantik. Saya suka sangat
Azmi Abdul Rahman menulis…Cara tempah hotel online di Melaka! Harga murah & dapat diskaun tambahan.