Holstein Milk Company, Pengeluar Susu Segar, Jenama Farm Fresh

Melawat Holstein Milk Company Pengeluar Susu Segar Jenama Farm Fresh

Melawat Holstein Milk Company Pengeluar Jenama Farm Fresh | Pernah dengar Holstein Milk Company? Haaa..mesti tak ramai yang yang tahu kan? Kalau saya gitau jenama “Farm Fresh” sure ramai yang jerit “tahu, tahu..saya suka minum susu kurma…saya suka minum yang fresh..hehehe, betul kan kan!!!

Holstein Milk Company, Farm Fresh, Milk, Pengeluar Susu Segar, Malaysia, Ladang Lembu, Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah, MOORASIK PARK, agrotourism, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), program mempromosikan pelancongan desa, Pelancongan Desa, KEJORA

Sebelum meneruskan perjalanan ke Wetlands Kampung Belukar Durian untuk program mempromosikan pelancongan desa yang di adakan selama 3 hari 2 malam sempena Karnival Pelancongan Desa Wilayah Kejora, Zon Sedili, Johor, saya bersama team Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), media dan bloggers, kami sempat singgah terlebih dahulu di Holstein Milk Company, Muadzam Shah.

Setibanya kami ke Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC), kami di sambut oleh Encik Azmi Zainal dengan ramah sekali. Kedatangan kami langkah kaki kanan kerana dah masuk waktu makan tengahari, maka kami di jamu terlebih dahulu dengan lauk pauk yang lazat sebelum mendengar taklimat yang di sampaikan oleh Encik Azmi Zainal selaku pengarah operasi.

Holstein Milk Company, Muadzam Shah

Holstein Milk Company, Muadzam Shah

Untuk pengetahuan anda semua, Holstein Milk Company merupakan pengeluar susu segarnya sendiri dengan jenama Farm Fresh Milk bagi memastikan susu segar boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Kekal sebagai sebuah syarikat ternusu yang memasarkan susu segar terus dari ladang.

Holstein Milk Company, Muadzam Shah, Farm Fresh

Merupakan salah satu syarikat tenusu bersepadu di Malaysia yang mengeluarkan produk tenusu premium. Meliputi luas rantaian nilai tenusu keseluruhan. Oleh itu, ia mampu menangkap margin yang lebih tinggi daripada model bersepadu mengendalikan 2 ladang tenusu (di Johor dan Pahang), 1 loji pemprosesan (di Johor) dan 2 buah pejabat jualan (di Johor dan Selangor) Pengurusan berpengalaman dan berkebolehan untuk memastikan pelaksanaan operasi dan pengembangan perniagaan yang tepat Eksklusif akses kepada baka unggul yang mempunyai hasil.

En Amin juga turut berkata, “Dengan penubuhan MSCRIC yang merupakan kompleks latihan untuk melatih usahawan ternusu, peladangan dan juga dan juga graduan universiti untuk mereka lebih advance lagi dalam bidang ternakan ternusu.

Tambahnya lagi, antara produk yang paling popular buat masa sekarang ini adalah susu kurma dan juga susu segar. Manakala fokus utama adalah melantik agen-agen khas di rumah yang dikenali sebagai Home Dealer Program yang terdiri daaripada surirumah, pengganggur atau siapa sahaja yang berminat untuk menambah sumber pendapatan mereka”, tambah beliau lagi.

Usaha kerajaan untuk memacu sektor perniagaagn tani dan meningkatkan sumbangan industri ternusu sekali gus merancakkan sosio ekonomi luarbandar dengan peluang pekerjaan dan keusahawanan dengan hasil yang dinikmati peladang dan usahawan tani.

Holstein Milk Company, Farm Fresh, Milk, Pengeluar Susu Segar, Malaysia, Ladang Lembu, Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah, MOORASIK PARK, agrotourism, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), program mempromosikan pelancongan desa, Pelancongan Desa, KEJORA

Bukan itu sahaja, Holstein Milk Company juga merancang mengembangkan lagi perniagaan untuk tarikan agrotourism serta menyediakan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan dengan pembinaan MOORASIK PARK.

Dengan tertubuhnya nanti Cottage Cheese House Desaru Sunrise Boulevard, akan menyediakan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan serta menjadi daya tarikan utama pelancong domestik dan antarabangsa ke Desaru sebagai sebahagian daripada kempen Visit Malaysia demi menyokong buah buahan tempatan, sayur-sayuran, produk tenusu dan lain-lain lagi.

Lawatan Ke Kompleks Tenusu Muadzam Shah

Holstein Milk Company, Farm Fresh, Milk, Pengeluar Susu Segar, Malaysia, Ladang Lembu, Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah, MOORASIK PARK, agrotourism, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), program mempromosikan pelancongan desa, Pelancongan Desa, KEJORA

Holstein Milk Company, Farm Fresh, Milk, Pengeluar Susu Segar, Malaysia, Ladang Lembu, Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah, MOORASIK PARK, agrotourism, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), program mempromosikan pelancongan desa, Pelancongan Desa, KEJORA

Kami juga turut di bawa meninjau sekitar ladang lembu dan melihat bagaimana penjagaan lembu-lembu serta baka-baka lembu yang ada di sana demi menghasilkan susu-susu segar yang bagus dan berkualiti.

Kebersihan di ladang ini juga memang di ambil kira. Pelawat yang datang di wajibkan membersihkan tapak kasut terlebih dahulu sebelum masuk ke kawasan ladang untuk elakkan lembu-lembu di jangkiti penyakit yang di bawa dari luar.

Berpeluang melihat lembu-lembu yang ada di Malaysia merupakan satu pengalaman yang cukup berharga buat saya. Dari lembu yang cukup dewasa hinggalah kepada lembu yang baru sahaja di lahirkan. Cuma kami tidak dapat merasa memerah susu lembu dengan tangan sendiri sebab nak perah susu lembu ni pun ada time, bukan main suka-suka aje perah.

Holstein Milk Company, Farm Fresh, Milk, Pengeluar Susu Segar, Malaysia, Ladang Lembu, Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah, MOORASIK PARK, agrotourism, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), program mempromosikan pelancongan desa, Pelancongan Desa, KEJORA

Holstein Milk Company, Farm Fresh, Milk, Pengeluar Susu Segar, Malaysia, Ladang Lembu, Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah, MOORASIK PARK, agrotourism, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), program mempromosikan pelancongan desa, Pelancongan Desa, KEJORA

Holstein Milk Company, Muadzam Shah, Farm Fresh

Kami juga berpeluang merasa susu jenama Farm Fresh dari yang berperisa asli hinggalah yang berperisa kurma. Serius memang sedap, segar dan berkrim walaupun tanpa campuran tepung atau krimer. Anak-anak kecil pun suka tau minum susu ni.

Holstein Milk Company, Pengeluar Susu Segar, Jenama Farm Fresh

Yeayy…akak menang n dapat hadiah susu segar dari ladang..:D

Terdapat juga dalam bentuk yogurt, tapi saya terlupa pulak nak merasa sebab sibuk minum susu perisa kurma. Dah lah dapat minum percuma di sana, dapat pulak hadiah susu pulak disebabkan menang dalam pertandingan yang dibuat..kenyang susu saya hari tu..hehehe.

Holstein Milk Company, Farm Fresh, Milk, Pengeluar Susu Segar, Malaysia, Ladang Lembu, Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah, MOORASIK PARK, agrotourism, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), program mempromosikan pelancongan desa, Pelancongan Desa, KEJORA

Sekitar ladang serta pemandangan di ladang yang luas sayup-sayup mata memandang terasa seperti berada di New Zealand pulak, udara pun segar dan cuaca pun taklah panas terik sangat. Patutlah lembu-lembu di sini gemuk-gemuk dan sihat.

Holstein Milk Company, Farm Fresh, Milk, Pengeluar Susu Segar, Malaysia, Ladang Lembu, Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah, MOORASIK PARK, agrotourism, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), program mempromosikan pelancongan desa, Pelancongan Desa, KEJORA

Untuk info lebih lanjut lagi tentang Holestin Company/Farm Fresh anda boleh layari :

Contact: 1-800-88-1228

Laman Utama

MTC. KEJORA. AGROTOURISM…MAKE TOURISM CHAMPION