Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 - HUB 2018, Himpunan Usahawan Bumiputra 2018, HUB 2018, Usahawan Bumiputra, Anjuran SME Corp. Malaysia, Usahawan Selebriti, Karnival Jom Niaga, Young CEO Summit, Fizo Omar, Hub 2018 Bersama Fizo Omar, Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 (HUB) 2018

Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 – HUB 2018

Jika anda seorang usahawan dan anda bercita-cita untuk menggembangkan lagi perniagaan anda, atau anda minat nak berniaga untuk tambah pendapatan keluarga tapi anda tak tahu nak berniaga apa dan nak mulakan dari mana, haa…apa kata anda sertai Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 -Hub 2018 yang merupakan satu program anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya SME Corp. Malaysia dengan sokongan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Program Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 – Hub 2018 yang berlangsung selama 2 hari iaitu dari tarikh 30 dan 31 Mac 2018, akan berlangsung di stadium Axiata Arena, Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan program pendekatan bagi menarik usahawan Bumiputera menerapkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam perniagaan terutamanya dengan kemunculan teknologi kewangan (Fintech).

Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 - HUB 2018, Himpunan Usahawan Bumiputra 2018, HUB 2018, Usahawan Bumiputra, Anjuran SME Corp. Malaysia, Usahawan Selebriti, Karnival Jom Niaga, Young CEO Summit, Fizo Omar, Hub 2018 Bersama Fizo Omar, Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 (HUB) 2018

Himpunan yang bakal mengumpulkan 14,000 PKS Bumiputera dari seluruh negara yang terdiri daripada ahli-ahli di bawah naungan pelbagai persatuan / dewan / pertubuhan / majlis berkaitan keusahawanan dan PKS. Merupakan himpuan usahawan yang terbesar di Malaysia.

Terdapat banyak ilmu yang bakal anda perolehi sekiranya anda sertai Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 – Hub 2018 ini nanti. Rebut peluang keemasaan ini! Inilah masa dan peluang anda untuk mendalami ilmu keusahawanan daripada mereka-mereka yang telah berjaya.

Aktiviti Menarik Sepanjang Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 – HUB 2018

Apa yang lebih menarik, pada hari himpunan Usahawan Bumiputra 2018 – HUB 2018 ini berlangsung, terdapat perbagai aktiviti menarik buat pengunjung yang datang, antaranya akan diadakan Kanival Jom Niaga, juga terdapat 50 foodtruck dengan pelbagai jualan menanti anda serta anda boleh bersembang santai bersama usahawan selebriti.

Ativiti yang dijalankan sepanjang 2 hari tersebut :

  • Sembang Usahawan Selebriti (30 Mac 2018, 3:00 petang)
  • Sembang Petang bersama YAB Perdana Menteri (30 Mac 2018, 4:30 petang)
  • Young CEO Summit (30 & 31 Mac 2018, 8:00 pagi – 6:00 petang)
  • Karnival Jom Niaga 2018 (30 & 31 Mac 2018, 9:00 pagi – 10:00 malam) – (Sepanjang Karnival, pelbagai aktiviti tarikan pengunjung turut diadakan)
  • Bengkel Digital MDEC
  • Food Truck (30 & 31 Mac 2018, 9:00 pagi – 10:00 malam)
  • Sembang Santai Usahawan Selebriti
  • Kapsul Kementerian (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Dalan Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
  • Majlis Penutup TUBE Mega 5.0 (31 Mac 2018, 3:00 petang)

Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 - HUB 2018, Himpunan Usahawan Bumiputra 2018, HUB 2018, Usahawan Bumiputra, Anjuran SME Corp. Malaysia, Usahawan Selebriti, Karnival Jom Niaga, Young CEO Summit, Fizo Omar, Hub 2018 Bersama Fizo Omar, Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 (HUB) 2018

Anda juga turut berpeluang temui barisan speaker dan usahawan selebriti lain yang telah berjaya antaranya ialah Fizo Omar, Datuk Prof Dr Muhaya, Abang Abu, Datuk Rosyam Nor, Fara Fauzana, Faizal Ismail, Caprice, Shuib, Siti Sarah, Faizal Tahir dan Izzue Islam dalam sesi Young CEO Summit.

Kemuncak acara Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 – Hub 2018 ini, akan diadakan sesi sembang petang bersama Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak. Jika anda nak rebut peluang bersembang petang bersama PM kita ni, bolehlah sertai beliau pada 30 hb Mac sekitar pukul 4 petang.

Young SEO Summit Bersama Fizo Omar

Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 - HUB 2018, Himpunan Usahawan Bumiputra 2018, HUB 2018, Usahawan Bumiputra, Anjuran SME Corp. Malaysia, Usahawan Selebriti, Karnival Jom Niaga, Young CEO Summit, Fizo Omar, Hub 2018 Bersama Fizo Omar, Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 (HUB) 2018

Antara speaker dalam sesi Young CEO Summit ni adalah Fizo Omar. Saya memang suka betul dengar talk beliau. Beliau antara salah seorang selebriti yang menjadi idola saya dan saya sentiasa ikuti perkembangan beliau dalam bidang keusahawanan. Jatuh bangun beliau dalam bidang perniagaan tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan perniagaan yang beliau minat. Saya cukup kagum dengan usaha beliau yang sentiasa komited dalam mengejar impian dalam bidang perniagaan.

Fizo Omar merupakan seorang selebriti yang terkenal dalam industri hiburan, beliau juga merupakan usahawan yang berfokus pada perniagaan media sosial. Bukan itu sahaja, beliau dengan penuh semangat membina empayar perniagaannya melalui penubuhan empat syarikatnya iaitu Fizo Omar Channel, Fizo Omar Consultancy, Fizo Omar Catering dan Fizo Omar Centre yang terletak di Bangi. ( Inilah contoh usahawan muda yang anak-anak muda diluar sana harus contohi).

Rugi tau kalau anda tak turut serta mendengar talk dari mereka-mereka yang telah berjaya ni. Ini juga merupakan satu motivasi dan juga salah satu semangat untuk kita berjaya bila kita diberi kata-kata semangat dari orang yang berjaya.

Antara pengisian Young CEO Summit 2018 terdiri dari :

  • Modul 1 : Millennial Mindset Mapping oleh Fizo Omar
  • Modul 2 : Mekanik Wang oleh Abang Abu
  • Modul 3 : Transformasi Minda oleh Prof Datuk Dr Muhaya
  • Modul 4 : Marketing & Branding oleh Fizo Omar

Young CEO Summit merupakan platform seminar usahawan daripada selebriti tersebut bagi menyampaikan strategi keusahawanan oleh pakar industri, mentor dan usahawan berjaya termasuk ilmu ‘street smart’ dan ‘book smart’ sebagai keseimbangan kualiti pengetahuan (IQ) kepada peserta Young CEO Summit dalam segala aspek. Menarik kan?

Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 - HUB 2018, Himpunan Usahawan Bumiputra 2018, HUB 2018, Usahawan Bumiputra, Anjuran SME Corp. Malaysia, Usahawan Selebriti, Karnival Jom Niaga, Young CEO Summit, Fizo Omar, Hub 2018 Bersama Fizo Omar, Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 (HUB) 2018

Karnival Jom Niaga 2018

Karnival Jom Niaga pula merupakan satu platform bagi PKS menjual produk dan perkhidmatan selain membolehkan usahawan mendapat maklumat, meneroka peluang perniagaan dan menjalin jaringan kerja baharu. Sasaran bagi Karnival Jom Niaga kali ini adalah seramai 20,000 orang pengunjung.

Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 - HUB 2018, Himpunan Usahawan Bumiputra 2018, HUB 2018, Usahawan Bumiputra, Anjuran SME Corp. Malaysia, Usahawan Selebriti, Karnival Jom Niaga, Young CEO Summit, Fizo Omar, Hub 2018 Bersama Fizo Omar, Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 (HUB) 2018

Terdapat banyak aktiviti-aktiviti dan juga gerai yang akan dijalankan sepanjang Karnival Jom Niaga 2018 sekitar Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 – Hub 2018 berlangsung. Aktiviti untuk kanak-kanak juga turut disediakan. Kalau bawak anak-anak, tak lah boring nanti anak-anak sebab mereka pun boleh lakukan aktiviti si sana.

Untuk kesenangan anda ke lokasi Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 – Hub 2018, jika anda malas untuk membawa kereta dan tak nak pikir pasal parking, anda boleh menaiki GRAB, RM5 diskaun menanti anda jika anda menggunakan PROMO CODE : GrabHUB2018. Anda juga turut mendapat e-wallet oleh Aplikasi Boost sebanyak RM20 sehari.

Untuk dapatkan maklumat aktiviti selama 2 hari tersebut anda boleh download apps HUB2018. Kemasukkan adalah PERCUMA, anda hanya perlu mendaftarkan terlebih dahulu sahaja. Untuk pendaftaran tempat anda di Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 – HUB 2018, anda boleh membuat pendaftaran di :

Link Pendaftaran : http://bit.ly/HUB2018REG

Email : hub2018@smecorp.gov.my

No Telefon : 03-27756269 / 03-27756208