Hari sabtu 25hb Mei pukul 10pm

Pukul 10.15pm baru bas bergerak. Aku dan anak aku yang tak pernah naik bas express untuk perjalanan jauh punyalah teruja sangat. Alhamdulillah ketakutan yang aku rasa selama ini tidak ada bila sahaja bas dah bergerak melalui highway.

Penumpang penuh. Kami duduk diatas, bas dua tingkat ok. Separuh penumpang adalah orang-orang alim ulamak yang berserban dan berjubah.

Mula-mula hati seriau jugak, tapi bila bas mula bergerak mereka-mereka ini mula membaca doa. Aku yang mendengar terasa lega sangat. Terasa tenang pulak aku bila mereka-mereka ni ada. Terasa pulak kita di Mekah, perjalanan dari Madinah ke Mekah, disajikan dengan ayat-ayat suci al-quran.

Driver bas ni pun bawak boleh tahan jugak. Hurmmm.

Dalam bas aku cuba dan berusaha untuk melelapkan mata, tapi masih tak boleh jugak nak tido.

Apa lagi, inilah kerja aku.Buat entry baru lagi untuk blog ni.Kalau still tak menggantuk aku akn ber fb atau chatting…

Sambil buat entry ni…sempat aku meninjau suasana malam di luar. Melihat hutan-hutan getah dan kampung yang ada ditepi-tepi jalan ini.

Ya Allah betapa nikmatnya melihat suasana sebegini. Tenang, aman dan damai. Bertuah sungguh bumi Malaysia. Bertuah sungguh mereka yang ada kampung halaman yang jauh di perantauan. (Kesian aku…kampung hanya di Kuala Lumpur aje..)

Tiba-tiba aku rasakan dunia aku gelap gelita…kabus menyeluputi pemandangan aku, aku cuba gosok dan gosok mata aku, arghhh masih juga pemandangan aku begitu. Badan aku tak boleh bergerak, berat sangat aku rasakan. Apa yang dah terjadi????