HAT YAI TRIP DAY 3 – CENTARA HOTEL DAN BORONG TRIUMPH | Hari ke-3 di Hat yai kena berpindah hotel sebab di Lee garden hotel hanya dapat buat booking untuk 2 hari sahaja, so terpaksalah kita berpindah ke hotel berdepan dengan Lee garden iaitu Centara hotel, nasib baik hari pertama dapat buat booking untuk semalam pada hari ke 3 ini.
HAT YAI TRIP , CENTARA HOTEL , TRIUMPH
CHECK-IN CENTARA HOTEL
HAT YAI TRIP , CENTARA HOTEL , TRIUMPH
BILIK DI CENTARA HOTEL
HAT YAI TRIP , CENTARA HOTEL , TRIUMPH
BILIK AIR DI CENTARA HOTEL BERSIH
So hari ni banyak mengemas barang untuk berpindah, check in di Centara Hotel pukul 2pm dan Cehck out pukul 12 dari Lee Garden.
Disebabkan check in dekat Centa ra Hotel pukul 2pm jadi kita hanya letak barang dan register dulu, kemudian kita berjalan di area dekat-dekat sahaja. Dekat-dekat dan jalan-jalan pun sempat lagi shopping beg dan ke ROBINSON.
HAT YAI TRIP , CENTARA HOTEL , TRIUMPH 
GERAI-GERAI DIKAKI LIMA
 HAT YAI TRIP , CENTARA HOTEL , TRIUMPH
 HAT YAI TRIP , CENTARA HOTEL , TRIUMPH
SEPANJANG JALAN PENUH DENGAN KEDAI-KEDAI
Robinson ni terletak dekat dengan station keretapi Hatyai, sesiapa yang naik keretapi dari KL-HATYAI bolehlah singgah sini dulu. Boleh shopping di sini sebab barang-barang dia boleh tahan murah jugak.
HAT YAI TRIP , CENTARA HOTEL , TRIUMPH
BARU DAPAT MERASA PHAT THAI DI HATYAI TAPI KURANG SEDAP TAK MACAM DI BANGKOK
Lepas makan Phat Thai untuk lunch kita check in di Centara Hotel. Bilik di Centara lebih cantik dan bersih dari Lee Garden, sebab tu lah dia mahal sikit.
Owhh nak tahu apa yang di beli di Robinson…teng…tenggggg
Kalau kita ke Thailand kita kenalah cari barang buatan mereka, sebab memang murahlah kan. Macam jugak kalau kita nak beli beg LV kita beli di Paris sure murah sebab buatan sana.So kena pandai-pandai kalau nak bershopping. Jadi akak Borong Triumph..hehehe..
HAT YAI TRIP , CENTARA HOTEL , TRIUMPH
UNTUK PEREMPUAN, JANGAN LUPA BELI INI SEBAB DI ROBINSON MURAH-MURAH,
APA LAGI AKAK BORONG LAH..( TRIUMPH MEMANG BUATAN THAILAND OK)
DOVE PUN MEMANG MURAH DI THAILAND
KEMESTIAN KALAU KE THAILAND (SLAH SATU BUATAN THAILAND JUGAK)
 
Lepas bershopping masuk bilik dan berehat serta pack barang-barang. Nak keluar sayang pulak sebab bayar hotel mahal-mahal kalau tak duduk terasa rugi..hehehe
Malam aje baru keluar dari bilik, kita pergi dinner dan berurut ( Foot massage )
Kata orang kalau tak cuba massage di Hatyai pasti rugi, jadi untuk tidak terasa rugi kita pun cuba lah Foot Massage disini.
HAT YAI TRIP , CENTARA HOTEL , TRIUMPH
AEYSHA PUN TAK MELEPASKAN PELUANG BERURUT
SUASANA DI TEMPAT MASSAGE
 
Malam ni dinner hanya di gerai-gerai kecik ditepi jalan (Night Market). Tapi disini lah makanan dia perbagai dan sedap. Yang penting murah. Jangan lupa cuba minum teh tarik mereka, memang sedap dan terkenal dikalangan orang-orang malaysia.
HAT YAI TRIP , CENTARA HOTEL , TRIUMPH
HAT YAI TRIP , CENTARA HOTEL , BORONG TRIUMPH
SUASANA MALAM YANG SENTIASA MERIAH DAN TAK SUNYI
 
 
TAGS : HAT YAI TRIP DAY 3, CENTARA HOTEL, BORONG TRIUMPH, BORONG DOVE, BARANG-BARANG BUATAN THAILAND, BERPINDAH HOTEL DARI LEE GARDEN KE CENTARA HOTEL, FOOT MASSAGE