Hari ke 2 di Hat Yai sepatutnya kita ke Songkla tapi sebab kepanasan melampau disana so berubah plan. Hanya berjalan-jalan di sekitar tempat pengginapan , Kim Yong Market dan ke Tesco. Terasa rugi jugak tak ke Songkla tapi nak buat macam mana, kepala berdenyut sangat sebab panas.

HAT YAI TRIP - KIM YONG MARKET, TESCO
Panadol dan koyok dah jadi kemestian disini..

 

Jadinya hari ini hari bershopping. Teruja sangat.Lepas breakfast terus aje keluar dari hotel untuk bershopping. Turun aje bawah, mata tertumpu pada gerai jual t-shirt. Kaki terus melangkah kesana. Pilih punya pilih akhirnya melebihi 10 helai. Hurmmm

HAT YAI TRIP - KIM YONG MARKET, TESCO
Membeli belah t-shirt
HAT YAI TRIP - KIM YONG MARKET , TESCO
Macam peniaga t-shirt pulak kan
HAT YAI TRIP - KIM YONG MARKET , TESCO
sebahagian t-shirt yang dibeli
HAT YAI TRIP - KIM YONG MARKET , TESCO
Tulisan di t-shirt ni yang buat menarik hati
Owner yang jual t-shirt tu punya lah ramah sebab kita beli banyak kot, sampaikan dia sanggup pulak tunjukkan kedai jual beg (kedai kawan dia). Boleh le dapat murah..hehehe. Disini tersangkut pulak dengan 2 beg.

Ini lah owner kedai t-shirt
HAY YAI TRIP - KIM YONG MARKET , TESCO
Beg ni beli untuk my mum ok


Owh sebelum apa-apa singgah dulu beli tiket bas balik di Konsortium. Sepatutnya beli awal-awal masa nak datang tapi kita ikut suka kita aje nak beli bila.(Jangan ikut cara ni tau, kalau bas tak ada hari yang kita nak balik niaya aje) Alhamdulillah tiket bas untuk hari Rabu ada…Yahoooo

 
Lepas hantar barang-barang kebilik hotel, kita ke Kim Yong Market. Kim Yong Market ni ialah sebuah pasar pagi disana. Kalau nak beli kacang, handbeg , kain, keropok, buah-buahan dan cenderahati datang lah kesini. Barang-barang dekat sini murah-murah kalau kita pandai tawar menawar.

Di Pasar Kim Yong
HAT YAI TRIP - KIM YONG MARKET , TESCO
Sedang memilih barang-barang kering
Di Kim Yong Market, beli lagi handbeg , kacang-kacang serta ketam kecik-kecik dan ikan bilis. Rasa hati memang nak berjalan lagi tapi sebab panas sangat langsung dipendekkan masa disana. Sedih kan?

Sempat rembat beg lagi kat sini
Peniaga menjual buah-buahan.Memang Fresh sangat
HAT YAI TRIP - KIM YONG MARKET , TESCO
Kaya dengan buah-buahan di Hat Yai ni

Lunch pulak kita pergi ke Restaurant orang kelantan yang tak jauh dari hotel Lee garden. Makananan dia biasa-biasa aje. 

Lepas Lunch kita sepakat ke Tesco. Tesco ni 20minit masa perjalanan dia jadi kena naik tut-tut. Kenapa kita ke Tesco sedangkan di Malaysia ada Tesco?

Haaa…sebab kita nak cari PORKY. Chocklat ni memang murah di Hat Yai, di Malaysia nama dia ROCKY. Apa lagi, memang borong le. Ramai jugak Malaysia borong benda ni.

HAT YAI TRIP - KIM YONG MARKET , TESCO
Ini lah dibeli di Tesco “POCKY”
Baju dan seluar Aeysha ni pun beli di Tesco Hatyai
 
Dinner di Restaurant yang paling best. Setakat ni kat sana, tempat ni lah kalau makan memang sedap sangat. Walaupun pedas dia melampau tapi memang menyelerakan.
HAT YAI TRIP - KIM YONG MARKET , TESCO
 
Ini lah Restaurant Dia. Di Menu tu ada alamat Restaurant ni.
 
Makanan di sini memang sedap.

Ini sahaja perjalanan akak pada hari ke 2 Di Hat yai. Insaallah besok akak buat pulak entry Day 3 disana

 
 
Tags : Hat Yai Trip Day 2, Kim Yong Market, Tesco di Hat Yai, Hat Yai Trip Day 2 Ke Kim Yong Market Dan Tesco