Selesai di Floating Market balik semula ke hotel. Memang penat sebab cuaca disini panas sangat. Balik bilik terus mandi dan bersiap untuk dinner pulak.
 
Tak jauh perjalanan untuk Dinner, cuma disebelah hotel kita menginap sahaja. Ada night market sepanjang jalan, jadi sebelum pilih tempat untuk makan sempat lagi pergi bershopping..hehehe (biasalah perempuan kan) 
 
Suasana malam hari di Hat Yai memang terasa kemeriahannya. Bagi orang perempuan, tak adalah semeriah lelaki kalau datang ke sini ( faham-faham aje lah ya “Syurga Dunia Buat Lelaki” ),  bagi orang perempuan ni tahu shopping aje sebab barang-barang disana memang membuat kita rambang mata sangat. Dengan handbegnya, dengan baju-bajunya..aduhhh memang kalau bawak banyak duit sure tak ingat dunia lah.
Setiap lorong-lorong kedai penuh dengan jualan
dalam mall di Lee garden Hotel
Kena beli selipar baru sebab tak selesa jalan pakai kasut katanya
 
Sesi bertangkap-tangkap gambar dalam shopping komplek..hehehe
MALAM HARI DI HAT YAI
Suasana Night Market depan Lee Garden Hotel
MALAM HARI DI HAT YAI
Banyak gerai-gerai macam ni di Night Market
MALAM HARI DI HAT YAI
Seronok sangat dapat merasa makan digerai-gerai sebegini
MALAM HARI DI HAT YAI
Leng Chee Khang yang penuh dengan bahan-bahan (sedap)
MALAM HARI DI HAT YAI
Seafood Omelette (penuh dengan taugeh dan seafood)
MALAM HARI DI HAT YAI
Dinner untuk malam ni ditepi jalan night market…terbaik
MALAM HARI DI HAT YAI
Lihatlah orang yang dah kepenatan..kesiannnn
MALAM HARI DI HAT YAI
Inilah baju yang sempat di rembat untuk malam ni di Night market
Ini sahaja untuk Day 1 di Hat Yai. Memang terasa kepenatan kerana sampai-sampai sahaja penuh dengan aktiviti yang harus dibuat, tapi penat-penat pun memang puashati sangat.
Tags : Hat Yai Trip Day 1, Malam Hari Di Hat Yai, Malam Hari Di Hat Yai Memang Meriah, Suasana Malam Hari Di Hat Yai, Malam Hari Syurga Dunia Buat Kaum Lelaki, Night Market Di Hat Yai