Hari Raya 2016 yang penuh bermakna buat saya tahun ini. Walaupun persiapan ala kadar, walaupun tidak di sambut beria-ia tapi saya teruja dan gembira sangat.

Dapat beraya bersama anak teruna saya memang saban tahun saya nanti-nantikan. Selama 9 tahun juga, bila tiba Hari Raya, pasti saya gundah gulana. Fikir bagaimana saya nak beraya bersama 2 anak teruna saya. Ya!! saya akui memang saya tak pernah lepaskan peluang beraya bersama mereka saban tahun, tapi terpaksa curi-curi untuk bersama mereka.

HARI RAYA 2016 YANG PENUH BERMAKNA

Saya ingat lagi, tahun pertama raya setelah kami berpisah, saya pergi jenguk anak-anak. Bila waktu itu ayah mereka tahu saya datang, terus dia call saya dan maki-maki saya dan tak benarkan saya jejak rumah itu lagi serta tak benarkan saya menjenguk anak disana.

Pernah anak-anak meminta keizinan meminta untuk berjumpa saya, apa yang mereka dapat hanyalah kemarahan, di beri amaran agar tidak berjumpa saya. Kesian anak-anak sebab nak berjumpa dan beraya bersama mak kandung sendiri pun susah.

Bermula dari hari itu, saya hanya dapat beraya bersama anak-anak di kedai mamak berdekatan dengan rumah mereka sahaja..sedih sungguh waktu tu. Ada ketika bila ayah mereka tiada di rumah saya curi-curi masuk dengan pertolongan pembantu rumah, bila dah curi-curi masuk rumah orang..perasaan takut tu ada jugaklah, jumpa sekejap peluk-peluk kemudian balik. Bayangkan betapa kelam kabutnya saya untuk beraya dengan anak-anak saya.

Tahun lepas, anak-anak yang datang ke rumah nenek mereka secara curi-curi untuk beraya bersama saya. Pertama kali dalam masa 9 tahun mereka dapat beraya bersama saya, nenek serta saudara mara. Waktu tu happy gila saya sebab anak-anak sendiri yang datang mencari saya untuk beraya.

Hari Raya 2016 Yang Penuh Bermakna

HARI RAYA 2016 YANG PENUH BERMAKNA

Tahun ini merupakan tahun yang ke 10 saya di pisahkan dari anak-anak, tapi tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan kebahagiaan. Raya kali ini merupakan Hari Raya 2016 yang penuh bermakna buat saya dan anak-anak teruna saya sebab entah mengapa tiba-tiba ayah mereka memberi kebenaran saya beraya bersama anak-anak tanpa sembunyi-sembunyi lagi.

Kemaafan Di Pinta Sebelum Raya

2 hari sebelum raya, ayah mereka ada call saya. Meminta maaf dan memberi kebenaran saya berHari Raya bersama anak-anak. Dia memberi kelonggaran untuk saya datang ke rumah dia dan beraya bersama anak-anak tanpa sembunyi-sembunyi.

Wowww…suprise sungguh kan? Tapi saya malas nak cerita panjang tentang kemaafan yang beliau pinta di sini. Ya lah, dah 10 tahun kot, 10 tahun bukan waktu yang sedikit buat saya, jadinya bukan semudah itu untuk memaafkan setelah apa yang terjadi dan bukan mudah untuk melupakan segala keperitan yang dialami. Apa yang penting buat saya sekarang, kelonggaran untuk berjumpa anak itu yang lebih diutamakan buat saya.

Ya Allah…gembira sungguh saya mendapat keizinan tersebut. Bermakna saya tidak lagi berasa takut dan sembunyi-sembunyi untuk berjumpa anak.

Actually anak saya pun dah besar panjang, dah memahami serta mereka juga boleh sahaja sembunyi-sembunyi untuk berjumpa saya. Tak perlu keizinan hanya untuk berjumpa ibu kandung sendiri, cuma anak-anak saya telah di didik untuk menghormati orang tua, tak naklah mereka membelakangkan ayah mereka, perlu meminta keizinan terlebih dahulu untuk berbuat apa-apa.

Saya pun tak naklah mereka asyik menipu ayah mereka. Saya nak mereka tetap hormat ayah mereka begitu juga saya nak mereka menghormati saya sebagai ibunya.

Bila ada keizinan begini, bermakna anak-anak bila-bila masa sahaja boleh mendapatka keizinan ayah mereka untuk berjumpa saya. Syukur Alhamdulillah.

Mudah-mudahan ikatan kami anak-beranak tidak lagi dipisahkan. Tiada lagi rules, tiada lagi sekatan atau macam-macam peraturan. Bukan sedikit penderitaan yang ditanggung bila terpisah dengan anak yang dikandung sedarah sedaging ni, hanya yang alami sahaja mengetahui betapa siksanya jiwa dan raga.