Kerala India Part – 1

Saya ke Kerala , India pada 20hb November 2013 dengan menaiki AirAsia. Flight pada pukul 8.55pm jadi kita berangkat pada pukul 6.30pm. Disini ada kelam kabut sikit sebab kita tak terfikir pasal kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur ni teruk apabila hujan. Apa lagi kawan yang menghantar ke airport LCCT terpaksa bawak kereta selaju 160…bayangkan macam mana kereta kita terbang.

Hari pertama Ke Kerala India

Sempat berposing dalam kereta ke Lcct untuk ke Kerala India

*Kesimpulannya di sini kena keluar awal untuk menggelakkan kesesakan lalu lintas.

Sesampainya kita di Lcct terpaksa ke counter check-in dengan pecutan 100meter. Sesak jugak lah nafas dibuatnya. Nasib baik kita dah buat online check-in jadi tak lah kelam kabut sangat. Alhamdulillah kita selamat naik kapalterbang AirAsia dengan jayanya..hehehe.

Hari Pertama Ke Kerala India

Di Counter AirAsia untuk Check-in ke Kerala India

Hari Pertama Ke Kerala India

Sebab nak cepat check-in untuk Kerala India ni , muka masing-masing jadi tension

Di atas kapal terbang baru lah terasa penat yang amat, tapi kita kena makan dulu baru pikir nak tidur.

Makanan di atas kapalterbang AirAsia semua dah maklum kena beli di atas kapalterbang atau beli melalui online semasa booking tiket, tapi saya ke Kerala India hanya beli diatas kapalterbang sahaja. Makanan yang saya beli ialah nasi lemak , mee goreng untuk anak dan roested chicken untuk saya. Makanan tetap sama mengikut negara yang kita pergi.

hari Pertama ke Kerala India

Menu dalam flight AirAsia untuk ke Kerala India

Hari Pertama ke Kerala India

Mee Goreng makanan dalam flight AirAsia untuk aeysha

Hari Pertama Ke Kerala India

Roasted Chicken untuk saya dalam flight AirAsia

Hari Pertama Ke Kerala India

Nasi Lemak menu terlaris dalam flight AirAsia

 

Lepas makan apa lagi kita semua tidur setelah ambil pil muntah. Saya terpaksa ambil pil ni untuk mengelakkan sakit telinga sebab tekanan bila kapalterbang nak berangkat dan landing. Kalau saya tak ambil pill ni , serasa nak pecah gegendang telinga saya dibuatnya. Sesiapa yang alami kesakitan telinga macam saya bila naik kapalterbang sila lah ambil pill ni sebab memang membantu.

Hari Pertama Ke Kerala India

Sebelum tidur dalam flight AirAsia ke Kerala India yang mengambil masa 4 jam

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kerala India mengambil masa 4 jam. Kita dijangka akan sampai pada pukul 10 lebih masa India.

Sampai-sampai sahaja dan selepas ambil luggage , kita pun carilah driver yang kena ambil kita untuk ke hotel. Tunggu punya tunggu , hampa. Tapi kita dah tahu macam mana kalau nak ambil taxi di sana ( sebab dah prepared awal-awal..almaklumlah takut kejadian macam ni terjadi ) , di airport sana tak boleh tahan taxi sebarangan kerana memang tak ada taxi untuk di tahan. Kita kena beli tiket taxi di dalam airport walaupun hotel yang kita duduk tak lah jauh mana.

Dan satu lagi, orang taxi disana akan cuba minta kita bayar sedikit wang untuk mereka walaupun kita dah beli tiket. Kita kena berhati-hati sedikit dengan kepandaian mereka ini.

Hari Pertama Ke Kerala India

Akhirnya kita selamat sampai di airport Cochin Kerala India

Hari Pertama Ke Kerala India

Menunggu driver yang tak kunjung tiba di airport Cochin Kerala India

Kita duduk di Courtyard Marriot Hotel, Kerala India . Merasa duduk hotel mahal di India tapi untuk semalam sahaja. Cuma kita jangan samakan dengan Marriot Hotel di Kuala Lumpur kerana  hotel di sini kalau 5bintang kita akan dapat seperti hotel 3 bintang setengah. Macam mana pun saya puas hati duduk di Courtyard Marriot Hotel kerana kebersihan bilik tetap ada.

Hari Pertama ke Kerala India

Kita Duduk semalam di Cortyard Marriot Hotel Di Kerala India

 

Hari Pertama Di kerala India

Bilik Tidur Courtyard Marriot kemas dan bersih

Hari Pertama di Kerala India

Tanda yang bersih di Courtyard Marriot hotel

Check-in di hotel Courtyard Marriot dalam pukul 11 lebih, jadi merasalah kita tidur untuk beberapa jam di hotel Marriot semalam sebelum kita check-out keesokkan hari ke 2 untuk ke Munna Kerala pula.

Hari Pertama di Kerala India

sempat posing kat bilik courtyard marriod

Selesai sudah perjalanan saya untuk hari pertama di Kerala India. Tak banyak cerita dan tips yang boleh saya kongsikan kerana sampai untuk hari pertama pun dah malam jadi tak boleh nak bergerak kemana-mana untuk hari pertama ini. Alhamdulillah perjalanan untuk hari pertama di Kerala India berjalan dengan lancar walaupun tergesa-gesa.