Opsss jangan salah sangka ya!! Ini kisah ibu dan anak yang berjumpa hanya di sekolah melepaskan rindu.

Hari ni baru berkesempatan untuk saya berjumpa dengan anak no 2 di Sekolah dia. Baru tahu dia class apa so dah tahu apa lagi saya terjah je lah ke sekolah. Alhamdulillah nasib baik dia ada.

Hanya Di Sekolah Melepaskan Rindu , Sekolah , Rindu

Jumpa disekolah melepaskan rindu, gambaq tangkap sendiri so tak clear sgt..huhuhu

Almaklum lah masa cuti sekolah saya tak boleh berjumpa dia , macam mana nak jumpa kalau tak dibenarkan berjumpa. Tapi di sekolah tidak ada siapa boleh melarang atau menyekat saya untuk berjumpa dengan anak. Cuma tak boleh lah selalu nanti mengganggu pulak pelajaran anak.

Bila dapat berjumpa sekali sekala , dalam waktu yang terbatas kami akan berbual bermacam-macam topik. Kami akan berpeluk erat , tangan sentiasa berpegangan , kami akan usik mengusik..hehehe. Alhamdulillah kini dia dah boleh terima kenyataan, dah besar dah dia..dah boleh berfikir dan terima semua kenyataan ini dengan hati yang terbuka.

Hanya Di Sekolah Melepaskan Rindu , Sekolah , Rindu

Melihat dia ketawa membuat hati ini berbunga ria..syukur

Tahun ni dah masuk tingkatan 3 dah dia , alhamdulillah. Moga dia berjaya dalam pelajaran dan dalam kehidupan dia. Saya akan selalu berdoa untuk dia dan abang. Si abang masih lagi belajar di Universiti jadi dengan abang ni susah nak berjumpa sangat.

Walau hanya di sekolah melepaskan rindu , saya bersyukur sangat..daripada tak dapat berjumpa langsung boleh meroyan saya nanti dibuatnya. Sekurangnya waktu yang singkat ini dapat juga kami melepaskan rindu kami.