Yippieeee…banyak sungguh Hadiah Buat Anak Kucing Comel yang diaorang dapat. Alhamdulillah murah sungguh rezeki mereka. Ada aje pemberian dari mereka-mereka yang menghantar kucing ke rumah saya ni.Actually banyak dah yang mereka dapat. Bermacam-macam jenis mainan dan makanan. Kadang-kadang dengan saya dan Aeysha pun dapat jugak hadiah.

Disini saya hanya masukkan gambar hadiah yang terbaru aje…nak kumpulkan yang lain-lain tak larat pulak saya..

Hadiah Buat Anak-Anak Kucing Comel, Hadiah Buat Kucing, Hadiah Buat Anak Kucing Comel

Hadiah dari US..terima kasih nadya atas pemberian ini. Baby, Tuty dan Comot suka sangat

Ada yang dari UK, US, Korea, Indonesia, India, China dan beberapa negara lagi yang mereka kunjungi, bila mereka balik pasti ada aja buah tangan untuk kami dirumah ini (Tuty’s Guest House).

Hadiah Buat Anak Kucing Comel

Hahaha…dengan Aeysha pun dapat hadiah dari US…tq auntie kat

Hadiah Buat Kucing Dari UK , Hadiah Buat Anak Kucing Comel

Hadiah dari UK

Saya tidak meminta dan kadang-kadang segan jugak pada mereka yang memberi kerana kemana mereka pergi pasti ada aje hadiah untuk kucing-kucing ini dibawa balik. Walau macam mana pun saya tetap terima dengan penuh kegembiraan.

Terima kasih banyak-banyak kerana berasa selesa dengan kami dan layanan kami terhadap kucing-kucing mereka yang di boarding di rumah ini.

Hadiah Buat Anak-Anak Kucing Comel

Comel kan hiasan ni!!!

Kalau kita ikhlas menjaga kucing-kucing ini dan menjaga kucing-kucing comel ini dengan baik, beri mereka kasih sayang pasti tuan mereka akan selesa dan tak risau nak tinggalkan kucing mereka dengan kita. Itulah yang saya titik beratkan bila saya membuka pusat jagaan kucing ini.

Alhamdulillah, setakat ini tidak ada lagi yang komplain tentang saya menjaga kucing-kucing mereka. Kebanyakkan yang hantar boarding disini dah menjadi pelanggan tetap saya. Ada yang kucing mereka dari baby sehinggalah kucing mereka dah besar-besar, masih lagi hantar boarding di Tuty’s Guest House ini.

Hadiah Buat Anak Kucing Comel ni, selagi saya boleh jaga saya akan jaga dengan baik..tetapi yang mana saya tak boleh selamatkan…adehhhh tak tahu nak cakap apa dah, paham-paham aje lah ya, diaorang ni kadang-kadang ganas sikit..hehehe

Kalau anda nak kemana-mana dan tak tahu nak hantar kucing comel anda dimana, boleh aja hantar kepada saya, jangan risau saya tak minta hadiah pun..hehehe. Boleh email saya di azhani_sn@yahoo.com