BYRON LIGHT HOUSE

Kali ni kita pergi ke BYRON LIGHT HOUSE…tempat ni memang jauh sikit dari surfers peradise..Kita drive ke sana..Tempat yang tak pernah kita pergi tapi kita redah aje..ikut map leee apa lagi..lagi pun sign board dia tak complicated sangat..Bertolak dalam pukul 10am..sampai sana lebih kurang tgh…Syok…sebab dlm perjalanan kita boleh tengok bermacam macam permandangan..

Tapi yang tak tahan sgt kat sini…sejukkkk….dah lah tu hujannnnn…tapi kalu tak kuar tengok pemandangan kat sini rugiii…sebab ini lah light house yg famous lah sesangat kat gold coast ni…

Dah selesai berposing posing kat sini…masa menyuruh kita bertolak ke tempat lain pulak…Sempat tengok town kat sini dan makan kebab yg sedapppp kat sini…Jommmm kitaaaa ke  SPRINGBROOK




    SPRING BROOK(x dpt tgkp gmbr byk sb camera dlm gelap lak x clear..buat perangai lak..ini je yg ada)
Dari BYRON ke SPRING BROOK ni ambik masa dalam 3 ke 4 jam jugak lah..sebab nye tempat ni dah menghala ke BRISBANE sedangkan BYRON ke arah SYDNEY…bermakna aku kena tempuh tempat duduk aku balik di surfers paradise kemudian terus ke sini…Tak kisah..semua ni mengajar kita cam ne nak wat planning yang baik lepas ni…

Tempat ni jalan dia aduhaiiii menakut kan…dah leh sempit..sepanjang jalan naik ke atas tu gaung tuuuu…kadang2 terjumpa jalan sehala…Dah le kena gi malam dgn jalan yang gelap…bila jumpa jalan sehala…tak tahu le apa yg ada kat depan kita….

Terawal sampai so kita dok singgah kedai yang satu2 nya bukak kat atas gunung ni…nasib baik tempat nia ada..kalu tak bersejuk kat dalam keta..

Sampai masanya kita nak menjelajahi GLOW WORMS..kita di beri seba sedikit penerangan oleh owner tempat tu..Aku memang respect lah gan diaorg…diaorg betul2 jalan benda2 mcm ni dan kehidupan semulajadi ini…Jangan ada benda2 yg boleh mencemarkan tempat ini…daun2 yg ada kat situ pun jgn nak main petik2 aje walau pun tempat tu hutan…(suka hati lah kalu aku nak peti….tp x bolehhhh…tempat ni mmg dijaga dn dlm perlindiungan…entah apa entah aku x ingat…)

Dalam kegelapan malam aku,anak aku dan dalam 8org yg join kita kat sini…berpandukan satu lampu suluh yg di bawa oleh guide ke tu…sampai lah kat tempat glow worm ni…Laaa kisah nya kat gaung…ada lah lampu yg kat pokok tu diaorg pasang kat situ, jadi tau lah tempat apa tu…Kita di kelilingi oleh tebing2 tanah yg tinggi..mula2 aku tak heran lah sb kat kg aku ada mcm ni…tapi bila dia tutup je lampu….MASHAALLAH….BETAPA BESARNYA NIKMAT TUHAN YG DIA ADA KAN DI MUKA BUMI INI….kita terasa macam berada di angkasa dan di kelilingi oleh bintang2 di langit…bintang2 itu lah GLOW WORMS..bercahaya di dlm gelap..

Tapi yg best nye glow worms ni hanya hidup sehari sahaja kerana dia tak ada hidung…so x ada lah tempat oksijen nak masuk n x leh makan le…Tapi di sebabkan diaorg leh membiak…jadi banyak lah benda ni…yg mati byk..yg hidup pun byk…Korang tengok gambar kat atas kan…macam lampu terjuntai2 tu kan…haaa itu lah glow worms…cantik sgt..

Memang sape2 yg gi Gold Coast harus gi tempat ni…sebab tempat lain benda ni mmg tak tau. Mcm klip2 berlambak lah…mana2 negara pun ada…gi je kat sungai2 sure ada nye…

Syok bercerita  pasal GLOW WORMS ni menjela jela aku tulis kat sini…Korang gi lah sendiri ya tempat ni…baru korang tahu mcm mana perasaan yg sebenarnya…