Genting Coffee Festival 2018, Genting Coffee Festival, Resorts World Genting, Pesta Kopi, Yang Pertama Di Resorts World Genting, Nestle, Barista Guild Asia (BGA), Festival Kopi Malaysia, SkyAvenue mall, Genting Highlands

Pesta Kopi Yang Pertama Di Resorts World Genting – Genting Coffee Festival 2018

Sebagai pencinta kopi, seteguk air kopi sudah cukup memberi satu kenikmatan dan kepuasan yang tidak dapat diungkapkan. Keharuman bau kopi seakan memberi ketenangan yang tak terhingga, sebab itulah tanpa kopi tidak lengkap hari-hari saya.

Genting Coffee Festival 2018, Genting Coffee Festival, Resorts World Genting, Pesta Kopi, Yang Pertama Di Resorts World Genting, Nestle, Barista Guild Asia (BGA), Festival Kopi Malaysia, SkyAvenue mall, Genting Highlands

Baru-baru ini telah diadakan Genting Coffee Festival (Festival Kopi Malaysia) yang berlangsung selama 3 hari dari 19 -21hb Oktober 2018 di The Times Square, SkyAvenue mall Genting Highlands dengan pelbagai aktiviti menarik dan mencabar. Genting Coffee Festival ini dianjurkan dengan kerjasama Nestle dan Barista Guild Asia (BGA).

Genting Coffee Festival 

Sebagai seorang yang suka minum kopi, berpeluang hadir sempena Genting Coffee Festival memang satu peluang yang sangat menggembirakan. Pelbagai ilmu tentang kopi, cara membuat dan macam-macam lagi saya perolehi di sana.

Genting Coffee Festival 2018, Genting Coffee Festival, Resorts World Genting, Pesta Kopi, Yang Pertama Di Resorts World Genting, Nestle, Barista Guild Asia (BGA), Festival Kopi Malaysia, SkyAvenue mall, Genting Highlands

Baru sekarang saya memahami penggunaan susu dan susu bertekstur untuk minuman seperti latte, cappuccino dan lain-lain serta mengetahui cara bagaimana minuman ini dibuat.

Sekitar acara Genting Coffee Festival berlangsung, pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan pengunjung serta pakar pembuat kopi antaranya termasuklah :

  • Sensory Cupping Workshop
  • Latte Art Workshop
  • Latte Art Contest
  • National Standard Coffee Demonstration 
  • NESCAFÉ Milano Taste Bud Challenge 
  • Latte Art Throwdown 
  • Babycino Latte Art for Kids
  • Brewing Workshop
  • Barista Smackdow

Saya bersama beberapa rakan blogger sempat menyaksikan pertandingan Latte Art Throw Down yang mana para peserta bersaing dan mempamerkan bakat artistik mereka untuk mewujudkan seni latte yang menakjubkan.

Hasil seni di atas latte yang dibuat memang cantik dan kreatif sangat. Pening para juri nak buat pemilihan sebab kebanyakkan mereka berbakat. Pemenang akan membawa pulang wang tunai RM1,000. Ke 2 dan ke 3 akan mendapat RM300 dan RM200 tunai.

Genting Coffee Festival 2018, Genting Coffee Festival, Resorts World Genting, Pesta Kopi, Yang Pertama Di Resorts World Genting, Nestle, Barista Guild Asia (BGA), Festival Kopi Malaysia, SkyAvenue mall, Genting Highlands

Pemenang Latte Art Throwdown

Apa yang menarik lagi, kami turut menyaksikan anak-anak kecil bertanding membuat seni Latte. Comel-comel aje kesemua mereka untuk mempersembahkan seni diatas Latte. Akhirnya kesemua mereka merupakan pemenang..hehehe.

Genting Coffee Festival 2018, Genting Coffee Festival, Resorts World Genting, Pesta Kopi, Yang Pertama Di Resorts World Genting, Nestle, Barista Guild Asia (BGA), Festival Kopi Malaysia, SkyAvenue mall, Genting Highlands

Anak-anak kecil yang ikut serta dalam pertandingan Latte Art

Promosi lain yang pastinya menarik minat pengunjung dalam bulan Oktober 2018  sempena Genting Coffee Festival adalah seperti :

  • Resorts World Genting Coffee Festival Room Package – Penginapan 1 malam di First World Hotel dari RM219, termasuk a Le Festin High Tea Set di Cafés Richard di SkyAvenue. Stay period – 1- 31 Oktober 2018 ( Isnin – Khamis, tidak termasuk cuti umum)
  • Pendaftaran Genting Coffee Festival – daftar untuk festival antara 19 -21 Oktober 2018 dan menerima voucher kopi percuma di Cafés Richard atau Park Avenue Lounge di SkyAvenue.
  • Ganjaran 8 Genting Points sepanjang tempoh 1 -31 Oktober, boleh ditebus untuk 2 minuman percuma NESCAFE.

Tawaran berkaitan kopi dari Resorts World Genting merchant/penyewa dari 1 -31 Oktober termasuk :

  • Cafés Richard – Beli 1 Percuma 1, promosi pada kopi yang terpilih dari Isnin hingga Jumaat.
  • Cafés Richard – Sepotong Cheese Cake secara percuma dengan pembelian slow-drip coffee dari Isnin hingga Jumaat, eksklusif untuk ahli Genting Rewards.
  • Park Avenue Lounge – Beli 1 Percuma 1 pada kopi yang terpilih dari isnin hingga Jumaat.
  • Coffee Bean – RM10 untuk 12oz Hazelnut Americano (23% diskaun)
  • Coffee Bean – RM10 untuk Nitro Cold Brew (31% , sah untuk 21 Oktober 2018 sahaja).
  • DalKomm – 30% diskaun untuk pembelian minuman ke dua.
  • DC Comic Super Heroes Café – 30% diskaun untuk sebarang minuman kopi (kecuali espresso dan americano).
  • Morganfield’s – Chocolate Flawless Cake percuma untuk pembelian secawan coffee on the rock.
  • San Francisco Coffee –  Beli 1 Percuma 1 Ultimate Frappes (Mocha, Latte, Chocolate atau Vanilla)
  • Starbucks – Percuma fresh brewed coffee pembelian minimum RM50 dalam satu resit.

Untuk maklumat lanjut mengenai Festival Kopi ini, boleh layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 61011118.