Galeeveurs, Hub Inkubator, Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B, Konsep Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B Pertama Di Malaysia

Galeeveurs Menawarkan Konsep Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B Pertama Di Malaysia

Galeeveurs Menawarkan Konsep Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B Pertama Di Malaysia | Malaysia memang kaya dengan kepelbagaian jenis makanan yang melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Makanan tradisi bagi setiap kaum yang terdiri dari Melayu, India dan Cina mempamerkan budaya masing-masing serta mempunyai keunikkan perisa yang tersendiri.

Keunikkan pelbagai hidangan dari gabungan budaya di Malaysia ini jugalah yang menjadi faktor tarikan pelancong datang ke Malaysia. Tanpa kita sedar, industri makanan berpotensi tinggi untuk lebih maju dan juga mampu meningkatkan ekonomi negara Malaysia.

Di zaman yang serba moden ini, dilihat warisan makanan dan minuman traditional makin di lupakan. Oleh itu, demi menerajui keterusan makanan tradisi tempatan di kekalkan, Kumpulan Galeeveurs telah menawarkan servis khusus bagi industri makanan dan minuman di Malaysia untuk mengekalkan warisan makanan tempatan serta membina generasi F&B yang akan datang dengan menggunakan konsep Inkubaror Ekosistem Bersepadu F&B pertama di Malaysia.

Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B pertama di Malaysia.

Galeeveurs, Hub Inkubator, Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B, Konsep Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B Pertama Di Malaysia

Pada majlis pelancaran dan menandatangani perjanjian yang di adakan di New World Hotel, Dato’ Henry Lee iaitu pengasas dan Ketua pegawai Eksekutif Kumpulan Galeeveurs berkata,

Melalui servis yang di tawarkan, Galeeveurs ingin mewujudkan saluran yang betul membentuk generasi industri makanan dan minuman baru menggunakan konsep inkubator ekosistem bersepadu makanan dan minuman.

Dengan menempatkan diri kami sebagai Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B yang pertama, kami berharap warisan makanan dan minuman akan dapat di teruskan dengan ekosistem ini”, kata Dato’ Henry lagi.

Sebagai jenerasi ke empat pemilik salah satu jenama warisan, saya percaya makanan tempatan Malaysia mempunyai cara unik dalam menyatukan orang ramai, mengembalikan memori sewaktu kecil serta mempunyai potensi yang amat baik untuk di perkenalkan di peringkat global. Maka, ia merupakan perkara yang amat menyedihkan jika ia tidak lagi di nikmati oleh orang ramai.

Mensasarkan peniaga tempatan serta operator makanan dan minuman sebagai sasaran utama, Galeeveurs ingin mengekalkan ketulenan makanan tempatan, maka setiap jenama akan melalui proses bersama enam servis yang di tawarkan bagi mengoptimumkan potensi setiap jenama merangkumi :

  1. strategi penjenamaan dan pemasaran
  2. Servis pengurusan.
  3. Kilang produksi sentral.
  4. Pendidikan mengenai makanan dan minuman.
  5. Perkembangan IT.
  6. Bantuan kewangan.

Galeeveurs, Hub Inkubator, Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B, Konsep Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B Pertama Di Malaysia

Selaras dengan rancangan perkembangan, bagi mengumpulakan semua jenama di bawah satu bumbung, Galeeveurs bercadang untuk membina satu hab yang bukan sahaja berfungsi sebagai sistem inkubasi, malah ianya selaras dengan perkembangan jenama kumpulan.

Dengan itu, Galeeveurs amat mengalu-alukan pemilik perniagaan serta startup makanan dan minuman untuk berkembang di bawah satu bumbung kumpulan Galeeveurs. Hab ini akan menempatkan perkongsian tempat kerja yang di sertakan kemudahan dapur dan bar, ruang pelancaran dan pameran serta tempat bagi tujuan bengkel.

 

Antara jenama makanan dan minuman yang di uruskan oleh Galeeveurs termasuklah Kim Lian Kee, Ten Years dan Sunny Cha.

Semasa pengumuman, Galeeveurs melancarkan perkongsian mereka dengan pelbagai pertubuhan termasuk Golden Pencil, Marks Food Solution, Andamiro, Big Hub Education dan Culturology yang akan memainkan peranan dalam membina, menyokong dan mengekalkan ekosistem inkubator. Disamping itu, perkongsian ini akan memperkuatan pengembangan mereka dalam penargetan untuk lebih banyak jenama makanan dan minuman untuk menyertai mereka menjelang akhir tahun 2019.

Galeeveurs, Hub Inkubator, Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B, Konsep Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B Pertama Di Malaysiasia

Bagi mereka yang berminat untuk turut serta di bawah platform yang di sediakan dan ingin memastikan makanan traditional dan tempatan akan sentiasa kekal, dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai hub inkubator dan servis yang di tawarkan, bolehlah hubungi mereka di joinus@galeeveurs.com.