Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Food Discovery Bersama Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)

Pada sabtu 11hb April 2018 merupakan hari yang tak akan saya lupakan dalam ingatan saya kerana buat pertama kalinya saya telah di undang Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) untuk menyertai Food Discovery bersama Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM).

Untuk makluman anda semua, ini merupakan kali pertama saya berpeluang memandu kenderaan Volkswagen dan berpeluang menguji kepintaran kenderaan tersebut. Teruja? Yes memang saya teruja sangat-sangat, selalu tengok aje dan berangan aje bawak kereta ni terutama Bettle…kali ni saya dapat merasa bawa dengan tangan saya sendiri, merasa duduk dalam kereta ni…perghh serius teruja teramat.

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Food Discovery Bersama Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) ini merupakan program yang dilakukan untuk memperkenalkan dan menguji ketahanan kereta Volkswagen dan mencari makanan tempatan yang berada si sekitar lembah klang.

Jika anda nak tahu detail lanjut tentang satu-satu kereta ni, saya tak pandai sanagt nak terangkan dengan lebih terperinci, so untuk kemudahan anda, saya ada bagi link satu-satu kereta yang saya bawa, anda boleh klik link tersebut untuk dapatkan info.

Food Discovery Bersama Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)

Disebabkan teruja sangat untuk sertai road trip ini, seawal pagi saya sudah berada di Volkswagen Sri Hartamas, Signature Suites, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Kiranya saya orang ke dua yang awal tiba di sana..hehehe.

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Sesi penerangan di Volkswagen Sri Hartamas, Signature Suites, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Sebelum perjalanan untuk Food Discovery Bersama Volkswagen bermula, saya bersama pengamal media tempatan yang lain telah diberi penerangan dan tips cara pemanduan dan penyelenggaraan keselamatan asas. Kami juga diberitahu akan memandu pelbagai kereta Volkswagen yang berbeza  serta lokasi yang seharusnya kami tuju untuk food discovery kami pada hari tersebut.

Selesai memberi penerangan, kami di bahagi kepada 2 orang untuk satu kereta. Saya di satukan bersama Ruby iaitu blogger dari ruby.my dari permulaan hingga ke pengakhiran road trip ini. Kami akan bergilir-gilir memandu dan turut bertukar kereta dengan team yang lain di pertengahan jalan ataupun di perhentian yang telah diberi.

Tanpa berlengah, saya dan Ruby terus mendapatkan anak kunci  dan terus kereta yang pertama harus kami bawa iaitu kereta Tiguan Highline. Melihat rekaan luar sahaja dah cukup buatkan kami terpukau dan teruja untuk memandunya di jalan raya.

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Aantara kereta-kereta Volkswagen yang kami pandu. Dari depan 1) Vento Highline 2) Golf Sportline 3) Passat Comfortline Plus 4) Tiguan Highline 5) Bettle

Terdapat 5 kereta keseluruhannya iaitu :

  1. Vento Highline
  2. Golf Sportline
  3. Passat Comfortline Plus
  4. Tiguan Highline
  5. Bettle 

Untuk kereta Tiguan ni, Ruby memandu dan saya menjadi penumpang sahaja. Kami convoy beramai-ramai, tak risau sangat kalau tersesat atau terpisah dari group convoy yang di dahului oleh team Leader sebab dalam setiap kereta di sediakan walkie talkie dan juga diberi phone untuk google maps.

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Tiguan Highline – Sesuai untuk mereka yang ada keluarga besar juga untuk mereka yang suka lakukan aktiviti lasak

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Bersama Ruby, rakan blogger untuk sesi pemanduan di jalanraya ketika program Food Discovery Bersama Volkswagen.

Sebaik enjin di hidupkan, saya bersama peserta Road Discovery Bersama Volkswagen, memulakan perjalanan menuju ke destinasi yang telah di tetapkan.

Tempat pertama yang kami tuju sudah semestinyalah tempat makan, kalau tak bukanlah namanya Food Discovery ya dak? So perhentian pertama untuk Food Discovery bersama Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) adalah di Nam Wah Kopitiam di Pekan Batu 18, Hulu Langat, Selangor.

  • Nam Wah Kopitiam (Perhentian Pertama)
Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Nam Wah Koitiam – Pitstop pertama

Sepanjang perjalanan ke Nam Wah Kopitiam, saya lihat Ruby kemain kusyuk dan seronok memandu Tiguan ni. Kemain bergaya sungguh akak seorang ni tau..hehehe. Memang secocok lah Ruby bawak kereta ni. Bolehlah rembat satu kan Ruby?..hehehe.

Saya sebagai penumpang, biasalah..mulalah tengok sana sini, walaupun duduk di bahagian depan penumpang, saya dapat rasakan keselesaan duduk di atas kusyen yang dimiliki model Tiguan Highline ini.

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Keluasan bahagian bonet Tiguan

Meninjau bahagian belakang tempat duduk penumpang, ianya kelihatan cukup luas, dan bonet kereta ni pun besar. Bolehlah simpan banyak barang di bonet dan beri keselesaan buat mereka yang ada keluarga besar.

Anda kalau nak tahu info lanjut dan lebih detail tentang kereta Tiguan Highline ni, bolehlah laju-laju layari : https://www.volkswagen.com.my/tiguan/highline

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai ke Nam Wah Kopitiam tanpa sebarang masalah dan kami berdua seronok menaiki Tiguan Highline ni.

Untuk makluman anda tentang Nam Wah Kopitiam ni pula, ia merupakan kopitiam yang sangat popular di kalangan mereka yang lakukan aktiviti berbasikal di Lembah Klang. Penduduk setempat tak kira bangsa juga sering di lihat minum kopi o atau makan nasi lemak bungkus di sini.

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Menikmati sarapan pagi di Nam Wah Kopitiam

Semasa kami pekena hidangan yang di sediakan untuk kami semua, sempat lagi kami di pertunjukkan cara-cara mereka membuat Kaya. Kaya yang di buat mengikut resepi keluarga dari zaman berzaman, sebab tu lah kesedapan kaya di sini lain dari yang lain. Memang sedap! Saya sempat bawa pulang 2 bekas kaya..~hehe~.

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Sempat melihat cara mereka membuat kaya di Nam Wah Kopitiam

Bukan itu aje, Nam Wah ini juga memang terkenal untuk toasts kaya dan butter, orang yang jauh dari Singapura pun turut singgah di sini untuk menikmati toas dengan hidangan yang lainnya termasuk kari ayam mereka, roti Hainan, telur ayam kampung separuh masak dan lain-lain lagi.

Kalau anda lalu atau berada di kawasan ni, jangan lupa singgah di Nam Wah tau! Tak menyesal kalau anda singgah di sini.

  • Elda’s Farmhouse di Semenyih (Pitstop Ke 2)
Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Bettle Idaman Kalbu

Keseronokkan terpancar di wajah dapat memandu uji kereta Bettle

Selesai  di Nam Wah Kopitiam, kami bertolak pula ke Elda’s Farmhouse di Semenyih iaitu perhentian ke 2 kami.  Kami bertukar kereta untuk ke sana. Kali ni team saya bertukar kepada kereta Bettle pula, dan yang penting, saya pula yang memandu kereta Bettle Sport ni.

Ikutkan hati nak je melompat bila dapat bawak kereta Bettle Sport tersebut, tapi segan pulak nak melompat depan Ruby..hahaha.

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Convoy bersama Volkswagen

Untuk ke Elda’s Farmhouse ini kami kena lalui jalan kampung. Jalan kampung ni sempit dan kena berhati-hati sedikit takut ada binatang lalu. Tapi dengan Bettle, pemanduan tak ada masalah. Janji kita kena berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Saya nak cerita tentang kereta ni memang tak pandai sangat, maklumlah orang perempuan ni kebiasaan tahu bawak aje, janji smooth, selesa, nampak bergaya dan tak ada masalah. Bagi saya, kereta ni amat sesuai dengan mereka yang punyai keluarga kecil, orang bujang atau yang baru khawin. Serius cantik sangat kereta ni luar dan dalam.

Untuk detail lanjut berkenaan kereta ni, anda boleh layari : https://www.volkswagen.com.my/beetle/new-beetle

Sebelum sampai ke Elda’s Farmhouse, kami berhenti di pertengahan jalan untuk bertukar kereta. Kami bertukar kepada kereta Vento Highline pula. Ruby pula mengambil alih pemanduan ke destinasi seterusnya.

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Info lanjut tentang Vento boleh layari >> https://www.volkswagen.com.my/vento/vento

Elda’s Farmhouse ini jauh dari hiruk piruk kota dengan suasana kampung yang santai. Nama Elda’s Farmhouse ini di beri sempena nama tuan rumah ini sendiri iaitu Elda.

Kedatangan kami di sambut dengan ramah mesra oleh Kak Elda dan anak-anaknya. Terasa macam balik kampung pulak..hehehe. Dahlah suasana rumah Kak Elda dikelilingi pokok-pokok yang merendang, terasa cukup mendamaikan.

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Kak Elda sempat masakkan makanan tengahari untuk kami. Kami di hidangkan dengan makanan tengahari dari lauk pauk kampung dari hasil tanaman ladang mereka sendiri, memang fresh dan yang penting kesemua lauk yang dihidangkan sedap.

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Menjamu hidangan tengahari yang di sediakan oleh Kak Elda

This slideshow requires JavaScript.

Part yang tak boleh dilupakan, Kak Elda sempat lagi ajar kami masak sambal udang dan bekalkan pada kami sambal udang tersebut. Terima kasih Kak Elda, nanti saya buat sambal udang ikut resepi kak Elda ya!

  • Hentian Ke 3 – Pandu uji kereta Volkswagen dan belajar membuat popiah Lee Wah 
Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Sesi pandu uji di litar

Seterusnya untuk aktiviti Food Discovery Bersama Volkswagen ini, kami bertolak ke MAEPS untuk aktiviti pandu uji kereta Volkswagen dan belajar membuat popia basah.

Kami di bahagi kepada 2 kumpulan yang mana, kumpulan pertama memandu uji kereta 3 jenis kereta Volkswagen di litar yang berada di sana, manakala kumpulan ke 2 pula belajar membuat popiah.

Dalam ujian pemanduan di litar, kami di beri peluang melakukan perbandingan antara kereta Passat, Tiguan dan Vento dengan kereta pesaing iaitu Vios, Honda dan Mazda.

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Sukar di percayai, kereta dari Volkswagen tetap unggul dari kereta pencabar. Pengalaman saya memandu uji ketiga-tiga kereta tersebut, jelas sekali kereta Volkswagen menawarkan corak kestabilan yang lebih baik dari kereta pesaing walaupun dipandu dalam keadaan laju dan break dalam keadaan mengejut. Dari segi kawalan stereng serta cengkaman roda, ianya cukup stabil dari kereta pesaing.

Selesai pandu uji kami terus pergi belajar buat popiah. Lee Wah Popiah ni merupakan perniagaan keluarga selama tiga generasi. Bahan-bahan segar yang digunakan dari sengkuang kepada kacang asas yang digunakan.

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Sesi belajar membuat popiah Lee Wah yang terkenal di daerah Tanjung Sepat

This slideshow requires JavaScript.

Rahsia kesedapan popiah Lee Wah adalah kulit popiah di buat sendiri, tekstur kulit yang kenyal dibandingkan dengan yang biasa dijual. Cili yang digunakan pun memang special, sedap sangat. Kalau anda nak rasa popiah sedap ni, ianya hanya boleh di dapati di rumah mereka di Tanjung Sepat! Dapatlah saya bawa balik popiah yang saya buat sendiri..hehehe.

  • Milky Whey Cheese – Hentian Ke 4
Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Golf Sportline

Dari Popiah making kami seterusnya ke hentian yang terakhir iaitu ke Milky Whey Cheese di Hartamas. Kali ni saya pula memandu kereta Golf. Mencuba membawa di highway dengan kelajuan 130KM tapi memang tak terasa goyang atau melayang walaupun saya bawa laju. Kereta golf ni saya rasa memang sesuai untuk orang-orang bujang.

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Untuk info kereta Golf boleh layari : https://www.volkswagen.com.my/the-new-golf/golf-1

Pertengahan jalan, sekali lagi kami berhenti untuk tukar kepada kereta yang terakir iaitu Passat. Ruby sekali lagi mengambil alih pemanduan. Perjalanan kami ke Sri Hartamas berjalan dengan lancar.

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Passat Comfortline Plus

Untk info Passat : https://www.volkswagen.com.my/passat/passat-plus

Sesampai sahaja kami semua ke Milky Whey, kami di sambut oleh tuan rumah dan pengasas Milky Whey iaitu Puan Anissa dengan penuh ramah mesra.

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Pengasas Milky Whey iaitu Puan Anissa memberi penerangan tentang cara-cara pembuatan Keju

Tanpa membuang masa kami di beri tunjuk ajar cara-cara membuat Mozzarella dan memberi kami peluang untuk mencuba membuat cheese tersebut dengan tangan kami sendiri.

Anissa Iwan turut memberitahu sejarah dunia pembuatan keju yang beliau usahakan hanya bermula pada tahun 2012, di rumah asalnya di Jakarta, Indonesia. Setelah mengembara secara meluas di Eropah, beliau kagum dengan rasa dan pelbagai keju yang terdapat di sana.

This slideshow requires JavaScript.

Dari situ, puan Anissa memutuskan untuk membuatnya sendiri. Hanya belajar melalui Internet dan membeli buku mengenai subjek itu. Tetapi pengetahuannya berkembang sepenuhnya apabila dia ke forum pembuat keju dalam talian.

Pada tahun 2014, suami puan Anissa berpindah ke Malaysia, di mana beliau meneruskan perniagaannya. Klien tetapnya adalah penduduk tempatan atau Asia, dan mereka pergi ke rumahnya untuk mendapatkan keju yang di buat.

Sejak menjual keju di bazar tempatan, Milky Whey telah meningkatkan perniagaannya dengan pesat. Dia juga turut mengajar membuat keju kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar.

Selesai sahaja membuat dan merasa keju yang terdapat di Milky Whea, maka berakhirlah road trip kami mencari makanan tempatan yang popular di Malaysia, kami peserta terus menuju ke tempat permulaan untuk penyerahan kunci kereta masing-masing.

Pengalaman Memandu Kereta Volkswagen

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Pengalaman saya menyertai Food Discovery Bersama Volkswagen memang satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Kereta ini terbukti sangat menyakinkan saya dalam pemanduan sepanjang perjalanan ke setiap destinasi yang di tuju.

Apa yang menarik perhatian saya juga, saya cukup tertarik dengan kehalusan prestasi enjin setiap kereta yang di kami cuba. Suasana dalam kereta terasa cukup senyap, tak dengar bising enjin.

Food Discovery Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sri Hartamas, Media Drive, Volkswagen Food Discovery, Nam Wah Kopitiam, Elda's Farmhouse, Lee Wah Popiah, Pandu Uji Volkswagen, Milky Whey Cheese

Ketika membawa kereta di laluan berbonggol atau berlubang, tidak terlalu dirasai impak hentakkan.

Berani saya katakan, kereta Volkswagen ini amat berbaloi untuk dimiliki oleh semua peringkat umur, tak kira yang tua ataupun muda. Ianya cukup lengkap di datangkan dalam pakej rekaan yang menarik serta prestasi yang terbaik.

Untuk info lanjut berkenaan kereta Volkswagen, anda boleh layari :

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM