Fonterra, Fonterra Brands Malaysia, Hubungan Diplomatik Malaysia-New Zealand, Kiwi Venison Rendang Meat Pie dengan Kentang dan Cendawan, Roti Jala dengan New Zealand lamb Tandoori, 60 Tahun Persahabatan Malaysia-New Zealand, New Zealand, Malaysia, Produk Ternusu Terbaik

Fonterra Gabungkan Rasa Malaysia Dan New Zealand Sempena 60 Tahun Persahabatan

Sempena memperingati hubungan diplomatik Malaysia-New Zealand selama 60 tahun dan juga sempena Hari KeMerdekaan Malaysia, Fonterra Brands Malaysia telah menunjukkan demonstrasi masakan dua hidangan yang unik, gabungan dari dua negara, Roti Jala Jalur Gemilang dengan New Zealand lamb Tandoori dan Kiwi Venison Rendang Meat Pie dengan Kentang dan Cendawan, untuk mempamerkan rasa ikonik kedua-dua negara.

Fonterra, Fonterra Brands Malaysia, Hubungan Diplomatik Malaysia-New Zealand, Kiwi Venison Rendang Meat Pie dengan Kentang dan Cendawan, Roti Jala dengan New Zealand lamb Tandoori, 60 Tahun Persahabatan Malaysia-New Zealand, New Zealand, Malaysia, Produk Ternusu Terbaik

Nama hidangan pun dah buat kita rasa kagum, inikan pula perisa yang digabungkan diantara Malaysia dan New Zealand, lagilah bertambah unik hidangan tersebut. Kedua-dua hidangan tersebut telah disediakan oleh Chef Firuz dan Chef Alex dari bahagian perkhidmatan makanan Fonterra Anchor Food Professionals.

Fonterra, Fonterra Brands Malaysia, Hubungan Diplomatik Malaysia-New Zealand, Kiwi Venison Rendang Meat Pie dengan Kentang dan Cendawan, Roti Jala dengan New Zealand lamb Tandoori, 60 Tahun Persahabatan Malaysia-New Zealand, New Zealand, Malaysia, Produk Ternusu Terbaik

Chef Firuz dan Chef Alex dari bahagian perkhidmatan makanan Fonterra Anchor Food Professionals

Hidangan ini mewakili persahabatan yang harmoni dan yang telah lama terjalin di antara Malaysia dan New Zealand serta komitmen Fonterra dalam penyediaan pemakanan produk tenusu terbaik kepada rakyat Malaysia melalui jenama terkemuka seperti Anlene, Fernleaf, Anmum (Materna, Essential dan Lacta) dan Anchor.

Pencapaian Selama 60 Tahun Dan Peranan Fonterra Di Malaysia

Diam tak diam, jalinan persahabatan antara Malaysia Dan New Zealand sudah memasuki 60 tahun. Woww..lama jugak ya, saya pun masih belum ada lagi masa tu. Harap hubungan baik yang terjalin ini kekal selamanya.

Ketika majlis yang di anjurkan Fonterra untuk meraikan 60 tahun persahabatan Malaysia dan New Zelanad, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr John Subritzky turut berucap dan menekankan pentingnya pencapaian selama 60 tahun ini dan juga peranan Fonterra sebagai pembekal pemakanan tenusu terkemuka di Malaysia.

Fonterra, Fonterra Brands Malaysia, Hubungan Diplomatik Malaysia-New Zealand, Kiwi Venison Rendang Meat Pie dengan Kentang dan Cendawan, Roti Jala dengan New Zealand lamb Tandoori, 60 Tahun Persahabatan Malaysia-New Zealand, New Zealand, Malaysia, Produk Ternusu Terbaik

Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr John Subritzky .

“Malaysia adalah rakan kongsi utama bagi New Zealand, kami telah lama menjalinkan hubungan perdagangan yang kukuh, dan Fonterra merupakan pengeksport tenusu terbesar di dunia dan pelabur terbesar di New Zealand dan di Malaysia turut memainkan peranan penting dalam hubungan ini.

Semenjak penubuhannya di Malaysia lebih daripada 40 tahun yang lalu, Fonterra telah menumpukan pada menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dengan berkongsi kebaikan tenusu New Zealand secara tempatan,” kata Dr Subritzky.

Manakala Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia dan Singapura,  Encik Jose Miguel Porraz Lando turut menekankan pentingnya inovasi dalam memenuhi keperluan pengguna hari ini yang sentiasa berubah.

Fonterra, Fonterra Brands Malaysia, Hubungan Diplomatik Malaysia-New Zealand, Kiwi Venison Rendang Meat Pie dengan Kentang dan Cendawan, Roti Jala dengan New Zealand lamb Tandoori, 60 Tahun Persahabatan Malaysia-New Zealand, New Zealand, Malaysia, Produk Ternusu Terbaik

Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia dan Singapura,  Encik Jose Miguel Porraz Lando

“Tenusu telah terbukti menjadi sumber pemakanan yang hebat, dan kami bangga menyediakan rakyat Malaysia dengan pemakanan tenusu berkualiti tinggi dari New Zealand. “

Dengan mempamerkan kepelbagaian tenusu menerusi resipi dan demonstrasi kami, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada pengguna Malaysia untuk memasukkan lebih banyak tenusu dalam masakan dan kehidupan sehari-hari mereka, dan menikmati manfaat susu dalam pemakanan,” kata Encik Porraz Lando.

Beliau turut berkata “Rakyat Malaysia hari ini lebih bijak , sebab itulah kami terus berinovasi untuk mengukuhkan produk Anchor dan membantu pengguna mencipta semula makanan berkualiti restoran di rumah.”

Fonterra Gabungkan Rasa Malaysia Dan New Zealand Sempena 60 Tahun Persahabatan

Bersama-sama rakan media yang lain, kami cukup bertuah kerana telah di tunjukkan demonstrasi cara-cara memasak dan penyediaan dua hidangan unik dan istimewa tersebut. Kedua-dua hidangan itu dibuat dengan bahan-bahan dari New Zealand dan Malaysia serta produk Anchor dan Anlene.

Fonterra, Fonterra Brands Malaysia, Hubungan Diplomatik Malaysia-New Zealand, Kiwi Venison Rendang Meat Pie dengan Kentang dan Cendawan, Roti Jala dengan New Zealand lamb Tandoori, 60 Tahun Persahabatan Malaysia-New Zealand, New Zealand, Malaysia, Produk Ternusu Terbaik

Demonstrasi membuat roti jala.

Fonterra, Fonterra Brands Malaysia, Hubungan Diplomatik Malaysia-New Zealand, Kiwi Venison Rendang Meat Pie dengan Kentang dan Cendawan, Roti Jala dengan New Zealand lamb Tandoori, 60 Tahun Persahabatan Malaysia-New Zealand, New Zealand, Malaysia, Produk Ternusu Terbaik

Roti Jala Jalur Gemilang dengan New Zealand Lamb Tandoori

Roti Jala Jalur Gemilang dengan New Zealand Lamb Tandoori diubah dengan mengisi dan menggulung kepingan roti jala dengan tandoori kambing New Zealand yang telah diperap dan diasinkan dengan yoghurt biasa Anlene untuk mengekalkan jusnya.

Manakala resepi pai pula diilhamkan dari pai daging ikonik New Zealand. Kiwi Venison Rendang Meat Pie dengan Kentang dan Cendawan dibuat dengan pengisian Venison Rendang serta susu tenusu yang kaya dengan Anchor Extra Yield Cream, Anchor Unsalted Butter, Anchor Colby dan Cheddar cheeses dan Anchor Mozzarella Shredded Cheese.

Fonterra, Fonterra Brands Malaysia, Hubungan Diplomatik Malaysia-New Zealand, Kiwi Venison Rendang Meat Pie dengan Kentang dan Cendawan, Roti Jala dengan New Zealand lamb Tandoori, 60 Tahun Persahabatan Malaysia-New Zealand, New Zealand, Malaysia, Produk Ternusu Terbaik

Kiwi Venison Rendang Meat Pie dengan Kentang dan Cendawan

Apa yang menariknya, Tuan Yang Terutama Dr John Subritzky dan Encik Jose Miguel Porraz Lando telah di jemput kehadapan untuk membuat sendiri roti jala tersebut dari masukkan adunan roti jala ke dalam kuali hinggalah menggulung roti jala bersama bahan-bahan lain. Hasilnya memang menakjubkan walaupun kedua-duanya tidak pernah membuat roti jala.

Fonterra, Fonterra Brands Malaysia, Hubungan Diplomatik Malaysia-New Zealand, Kiwi Venison Rendang Meat Pie dengan Kentang dan Cendawan, Roti Jala dengan New Zealand lamb Tandoori, 60 Tahun Persahabatan Malaysia-New Zealand, New Zealand, Malaysia, Produk Ternusu Terbaik

Tuan Yang Terutama Dr John Subritzky dan Encik Jose Miguel Porraz Lando membuat sendiri roti jala.

Kemudian kami para media pula telah di beri cabaran membuat roti jala tersebut. Untuk cabaran ini setiap kumpulan terdiri daripada 5 peserta dan kami dari kumpulan 4. Nasib baiklah dalam kumpulan saya kesemua yang dah kenal, jadi tak adalah rasa kekok untuk beraksi memasak. Cuma kecut perut tu tetap ada jugaklah…sampai menggigil jugaklah tangan…hahaha.

Fonterra, Fonterra Brands Malaysia, Hubungan Diplomatik Malaysia-New Zealand, Kiwi Venison Rendang Meat Pie dengan Kentang dan Cendawan, Roti Jala dengan New Zealand lamb Tandoori, 60 Tahun Persahabatan Malaysia-New Zealand, New Zealand, Malaysia, Produk Ternusu Terbaik

Wahhh kusyuk sungguh membalut roti jala..hehehe

Fonterra, Fonterra Brands Malaysia, Hubungan Diplomatik Malaysia-New Zealand, Kiwi Venison Rendang Meat Pie dengan Kentang dan Cendawan, Roti Jala dengan New Zealand lamb Tandoori, 60 Tahun Persahabatan Malaysia-New Zealand, New Zealand, Malaysia, Produk Ternusu Terbaik

Kecut perut akak tau bila Encik Jose Miguel Porraz Lando tengok akak masak…hehehe

Fonterra, Fonterra Brands Malaysia, Hubungan Diplomatik Malaysia-New Zealand, Kiwi Venison Rendang Meat Pie dengan Kentang dan Cendawan, Roti Jala dengan New Zealand lamb Tandoori, 60 Tahun Persahabatan Malaysia-New Zealand, New Zealand, Malaysia, Produk Ternusu Terbaik

Inilah hasil roti jala yang kumpulan kami buat. Macam mana? Cantik tak? Hehehe

Bila dah berlima dalam kumpulan, memang kecoh dibuatnya. Masa melihat chef buat demonstrasi nampak senang aje, tapi bila sendiri yang buat baru tahu betapa susahnya, beberapa kali jugak tak jadi, ada yang terkoyak, yang tebal, ada yang digulung sampai terkeluar isi…hahaha, memang kelakar sungguh.

Malu jugak le dengan Dr John Subritzky dan Encik Jose Miguel Porraz Lando sebab depa buat hanya sekali percubaan aje tapi kami berkali kali.

Fonterra, Fonterra Brands Malaysia, Hubungan Diplomatik Malaysia-New Zealand, Kiwi Venison Rendang Meat Pie dengan Kentang dan Cendawan, Roti Jala dengan New Zealand lamb Tandoori, 60 Tahun Persahabatan Malaysia-New Zealand, New Zealand, Malaysia, Produk Ternusu Terbaik

Inilah pemenang untuk cabaran membuat Roti Jala Gabungan 2 Negara Malaysia Dan New Zeland. Tahniah diucapkan.

Fonterra, Fonterra Brands Malaysia, Hubungan Diplomatik Malaysia-New Zealand, Kiwi Venison Rendang Meat Pie dengan Kentang dan Cendawan, Roti Jala dengan New Zealand lamb Tandoori, 60 Tahun Persahabatan Malaysia-New Zealand, New Zealand, Malaysia, Produk Ternusu Terbaik

Akhirnya berjaya menghasilkan 3 keping roti jala..hehehe dalam masa 15min

Apa-apa pun dengan semangat berkumpulan makcik-makcik ni, akhirnya siap jugak Roti Jala Jalur Gemilang kami mengikut masa yang telah ditetapkan.

Walaupun kalah tapi kami tetap berpuashati kerana berpeluang menyediakan hidangan yang dicipta hasil gabungan rasa Malaysia-New Zealand dan mempelajari cara-cara penyediaan hidangan yang berkhasiat dan bernutrisi daripada produk-produk Fonterra.