Fonterra Brands Malaysia - Ramadan Nutrition Kitchen

Fonterra Brands Malaysia – Produk Yang Memberi Keseimbangan Nutrisi Ketika Ramadan

Bulan Ramadhan bulan yang penuh rahmat kini menjelma kembali. Perkara yang sering kita bayangkan dan fikirkan ketika Ramadan ini, nak masak apa untuk berbuka dan bersahur nanti, nak beli apa di pasar Ramadan, kuih muih apa yang sedap dan macam-macam makanan lain yang anda fikirkan. Betul tak?

Tapi pernah tak anda fikirkan, jika kita tidak jaga pemakanan, kebanyakkan makanan yang kita masak dan atau beli, tidak berapa berkhasiat untuk kita dan keluarga? Satu lagi ada juga antara kita ghairah nak berdiet di bulan Ramadan tetapi terlupa betapa pentingnya makan yang teratur dan cukup nutrien dalam badan.

Fonterra Brands Malaysia Berkongsi Tips Pemakanan Sihat Ketika Ramadan

Untuk memberi kesedaran kepada kita tentang pentingnya penjagaan makanan ketika di bulan Ramadan, pihak Fonterra Brands Malaysia telah mengadakan program dan berkongsi tips pemakanan sihat ketika Ramadan agar kita tidak tersasar jauh dalam pemilihan makanan sihat untuk keluarga dan diri kita. Semua sudah maklum Fonterra merupakan syarikat ternusu pemakanan terkemuka di dunia dari New Zealand juga pembekal ternusu terkemuka di Malaysia.

Fonterra Brands Malaysia, Keseimbangan Nutrisi Ketika Ramadan, Tips Pemakanan Sihat Ketika Ramadan, Penjagaan Makanan Dari Fonterra, Fonterra Halal, THOYIBAAN, Diet Yang Seimbang, Resepi Berbuka, Resepi Bersahur, Sihat Dan Bertenaga, Fonterra

Puan Manisya, pengerusi Jawatankuasa Halal Fonterra, memaklumkan bahawa semua produk Fonterra Brands Malaysia adalah disahkan Halal oleh Jabatan Islam Pembangunan Malaysia (JAKIM). Komitmen untuk piawaian HALAL bermula dari New Zealnad dengan proses yang begitu ketak di seluruh rantaian bekalan produk untuk memastikan semua produk memenuhi pawaian HALAL dan juga merangkumi THOYIBAAN.

 

Dari zaman dahulu lagi manfaat ternusu telah terbukti dapat memberi nutrien dan tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan sepanjang hari kita, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan, banyak tenaga yang kita perlukan sepanjang hari.

Perunding pakar pemakanan Fonterra, Puan Nurul Aziah berkata, bulan puasa merupakan masa yang baik untuk kita menumpukan perhatian pada pemakanan dan menjadikan makanan yang berkhasiat ke dalam badan kita agar boleh menyokong badan dan kesihatan kita dalam jangkamasa yang panjang.

Perancangan hidangan makanan adalah sangat penting bagi yang berpuasa, bagi mengekalkan tenaga dan kekal terhidrat sepanjang hari, oleh itu kita semua perlu mendapatkan diet yang seimbang yang kaya dengan nutrien dan cecair.

Fonterra Brands Malaysia, Keseimbangan Nutrisi Ketika Ramadan, Tips Pemakanan Sihat Ketika Ramadan, Penjagaan Makanan Dari Fonterra, Fonterra Halal, THOYIBAAN, Diet Yang Seimbang, Resepi Berbuka, Resepi Bersahur, Sihat Dan Bertenaga, Fonterra

Pada hari kunjungan saya ke Bengkel yang di buat oleh Fonterrra, Puan Manisya Ismail serta Puan Nurul Aziah(Fonterra Consultant Dietician)  telah sudi berkongsi resepi berbuka dan bersahur dan memberi demonstrasi menggunakan julat ternusu dari Fonterra yang boleh digunakan dalam makanan dan minuman harian kita termasuklah susu, mentega dan yogurt dari Anlene, Anchor, Fernleaf dan CalciYum.

Penyediaan resipi bersahur

Mengamalkan penggunaan air yang banyak sangat digalakkan untuk penyediaan berpuasa ke esokkan harinya. Antara menu yang di kongsi oleh Puan Nurul Aziah ialah “Kurma Overnight Oats“.

Fonterra Brands Malaysia, Keseimbangan Nutrisi Ketika Ramadan, Tips Pemakanan Sihat Ketika Ramadan, Penjagaan Makanan Dari Fonterra, Fonterra Halal, THOYIBAAN, Diet Yang Seimbang, Resepi Berbuka, Resepi Bersahur, Sihat Dan Bertenaga, Fonterra

Kurma Overnight Oats

Oats direndam semalaman dengan Anlene Concentrate dan Anlene Low Fat Yogurt, Chia Seed dan Kurma yang telah di cincang(ikut suka).

Resepi ini merupakan cara yang berkhasiat untuk memulakan hari anda yang mana oat membantu kita menahan diri dari rasa lapar yang lama, manakala susu, yogurt, kacang, dan kurma pula dapat membekalkan nutrien dan cecair kepada tubuh badan pada hari tersebut.

Manakala untuk perkongsian resepi berbuka pula beliau kongsikan masakan kegemaran tempatan iaitu Rendang Tok tanpa menggunakan santan tetapi menggunakan Anchor Cooking Cream.

Fonterra Brands Malaysia, Keseimbangan Nutrisi Ketika Ramadan, Tips Pemakanan Sihat Ketika Ramadan, Penjagaan Makanan Dari Fonterra, Fonterra Halal, THOYIBAAN, Diet Yang Seimbang, Resepi Berbuka, Resepi Bersahur, Sihat Dan Bertenaga, Fonterra

Menurut kata beliau, resepi ini juga baik untuk mereka yang mengalami tekanan gula dalam darah yang tinggi ,kolestrol tinggi dan tekanan darah tinggi kerana Anlene Heart-Plus formula terbaru diperkaya dengan omega 3 (DHA EPA), kalium dan sterol tumbuhan untuk membantu memerangi “3 High” (3 penyakit tekanan tinggi).

Penyediaan Resepi Berbuka Puasa

Ramadan merupakan masa yang terbaik untuk membuat perubahan untuk meningkatkan diet kita dan membentuk tabiat pemakanan yang sihat yang mana boleh bertahan dalam masa yang panjang.

Fonterra Brands Malaysia, Keseimbangan Nutrisi Ketika Ramadan, Tips Pemakanan Sihat Ketika Ramadan, Penjagaan Makanan Dari Fonterra, Fonterra Halal, THOYIBAAN, Diet Yang Seimbang, Resepi Berbuka, Resepi Bersahur, Sihat Dan Bertenaga, Fonterra

Puan Manisya Ismail juga turut berkongsi menu berbuka puasa dan cara penyediaan makanan kegemaran tempatan iaitu Chicken and Potatoes Mini Pizzas dengan menggabungkan hasil ternusu dan mentega Anchor dan keju serta Fernleaf Full Cream Milk Powder. Penggunaan tenusu dalam menu harian amat penting juga untuk anak-anak demi membantu mereka membina tulang yang sihat.

Fonterra Brands Malaysia, Keseimbangan Nutrisi Ketika Ramadan, Tips Pemakanan Sihat Ketika Ramadan, Penjagaan Makanan Dari Fonterra, Fonterra Halal, THOYIBAAN, Diet Yang Seimbang, Resepi Berbuka, Resepi Bersahur, Sihat Dan Bertenaga, Fonterra

Chicken and Potatoes Mini Pizzas

Fonterra Brands Malaysia, Keseimbangan Nutrisi Ketika Ramadan, Tips Pemakanan Sihat Ketika Ramadan, Penjagaan Makanan Dari Fonterra, Fonterra Halal, THOYIBAAN, Diet Yang Seimbang, Resepi Berbuka, Resepi Bersahur, Sihat Dan Bertenaga, Fonterra

Mango Tango Smoothies

Sebenarnya macam-macam resepi yang kita boleh buat menggunakan produk ternusu dari Fonterra ini, ikut kredibility kita nak buat macam mana dan mengikut selera kita. Nak sihat, nak bertenaga kenalah amalkan pemakanan yang seimbang supaya dapat memberi tenaga sepanjang bulan puasa ini.

Menurut kata Puan Nurul kita kena perbanyakkan minum air kosong sepanjang bulan Ramadan ini, makan makanan yang lebih senang dihadamkan seperti sayur-sayuran atau protin, perbanyakkan pengambilan serat, kalau boleh kurangkan penggambilan kopi dan perbanyakkan minum susu.

Fonterra Brands Malaysia, Keseimbangan Nutrisi Ketika Ramadan, Tips Pemakanan Sihat Ketika Ramadan, Penjagaan Makanan Dari Fonterra, Fonterra Halal, THOYIBAAN, Diet Yang Seimbang, Resepi Berbuka, Resepi Bersahur, Sihat Dan Bertenaga, Fonterra

Bulan puasa ini, tak perlulah kita nak cari makanan yang berat-berat, hanya amalkan pemakanan yang terbaik untuk badan kita menempuh puasa tanpa menjejaskan prestasi kita sepanjang hari.

Bila mendengar penerangan dari mereka, saya pun terus berazam untuk mengamalkan pengambilan makanan yang berkhasiat. Cewahh..harap-harap jangan tinggal azam ajelah..hehehe.

Akhir kata dari saya, Selamat Berpuasa dan mejalankan ibadah dengan sempurna!