Baru-baru ni saya , anak dan cousin saya telah meghadirkan diri ke cawangan terbaru FISH & CO di The Main Place, USJ 21 atas jemputan dari Junee Yusoff. Untuk food review di Fish & Co kali ini kita dipelawa membawa anak sekali, itu yang best tu.

Restauran Fish & Co yang terkenal dengan hidangan “seafood in a pan“, baru-baru ini juga telah melancarkan product terbaru Kid’s Menu mereka iaitu Kid’s Bait, menu istimewa untuk anak-anak berumur 12 tahun kebawah. Sebab itulah anak-anak juga dijemput sekali untuk merasa hidangan terbaru ini.

FISH & CO di The Main Place, Fish & Co Restaurant

Seawal pukul 11 pagi akak dah terpacak didepan Fish & Co The Main Place ni, rasanya akak orang pertama datang kot…hahaha. Nampak sangat macam excited teramat-amat. Sampai-sampai aje si Junee gitau belum lagi masa, datang balik dalam 10min..hehehe. Oklah…jalan-jalan dalam The Main Place Mall ni syiok jugak, banyak benda yang menarik mata memandang…

Dalam 15 minit kami datang semula untuk register di Fish & Co, kelihatan beberapa para media dan blogger dah mula datang. Kami di layan mesra oleh Junee dan para pekerja Fish & Co.

FISH & CO di The Main Place, Fish & Co Malaysia, Review Fish & Co The Mian Place

Semasa pendaftaran

Sementara menunggu para jemputan lain datang, sempatlah saya melihat-lihat dan snap gambar beberapa hidangan yang bakal dihidangkan pada para media, blogger dan juga kanak-kanak.

10408508_742785619135525_9002355156895328212_n

Menu terbaru untuk kanak-kanak ” Kid’s Baits”

 

FISH & CO di The Main Place, Review di Fish & Co The Main Place

Sebahagian menu yang ada di Fish & Co

Hidangan seperti Feast Platter, Fish & Chips, Golden Coral , Captain Hook, Pirates Treasures, Seafood Platter dan banyak lagi makanan yang memang membuatkan selera saya terbuka luas….tiba-tiba aje rasa lapar gitu.

Hiasan yang terdapat di Restaurant ini juga menarik, hiasan di dinding dan meja juga sedap mata memandang, seolah-olah berada di restaurant tepi pandai. Suasana yang selesa dan santai pasti membuat kita enjoy menikmati hidangan.

Setelah puas bergambar-gambar tibalah masa kita mendengar ucapan kata-kata aluan dari Junee dan perasmian oleh Cik Charmaine.

FISH & CO di The Main Place

Selesai perasmian barulah kita dijemput menikmati makanan yang dihidangkan ala buffet. Anak-anak juga dipelawa menikmati permainan yang disediakan serta ibu bapa beramah mesra.

Makanan yang dihidangkan memang menepati selesa saya dan anak. Fish & Chip memang terbaik, calamari juga begitu sehingga saya ambik berkali-kali..hehehe. Hidangan yang lain juga menyelerakan kami sekeluarga.

FISH & CO di The Main Place

Bermacam hidangan di sediakan untuk kami yang hadir

 

FISH & CO di The Main Place

Kalau aktiviti macam ni suka sangat lah Aeysha

Memang hari itu kami dilayan dengan baik sekali. Anak-anak pun gembira dan berasa selesa. Mak-mak dan bapa-bapa apatah lagi. Saya juga sempat berkenal dan bergambar dengan beberapa blogger yang selama ini hanya mengenali di laman Facebook sahaja.

FISH & CO di The Main Place, Bersama Blogger Di Fish & Co The Main Place

Sempat lagi berselfie bersama sebahagian blogger yang hadir

Part yang best, kami semua mendapat cenderahati daripada pihak Fish & Co Malaysia, siap dapat “Pan” lagi tu, lepas ni bolehlah masak fish & chip menggunakan pan pemberian Fish & Co ini.

FISH & CO di The Main Place

Dapat doorgift yang best…yippppiiii

Akhir sekali terima kasih yang tak terhingga kepada pihak Fish & Co dan Junee kerana sudi menjemput saya sekeluarga menikmati hidangan di restaurant ini dan merasai pengalaman berada di cawangan baru Fish & Co di The Main Place ini.

Jika anda duduk dikawasan kejiranan The Main Place atau sesiapa sahaja yang ingin merasai kelazatan makanan di Fish & Co boleh lah datang ke sini.

Alamat | Fish & Co, The Main Place USJ 21, Lot No. LG-13, Lower Ground Floor, Jalan USJ 21/10, Persiaran
Kewajipan, 47630 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

Waktu operasi : 11.30 AM hingga 10 PM setiap hari.

For reservations or more
information, please call 03-80110082 or visit http://www.fish-co.com.my

 

 

Lazada Malaysia