Dorm Melati, Filem Seram Dorm Melati, MIG Online, Blog Retis, Kisah Benar Dorm Melati

Filem Seram Dorm Melati Berdasarkan Kisah Benar

Filem Seram Dorm Melati Berdasarkan Kisah Benar | Siapa kat sini peminat filem seram? Saya memang peminat gila filem seram, tak kiralah filem seram melayu ke, cina ke, korea ke..semua saya suka, janji cerita seram.

Bila Bro Framestone buat contest untuk filem Dorm Melati ni dan bila saya tonton triller cerita dia, cepat-cepat saya join contest tersebut. Alhamdulilllah saya antara yang terpilih untuk menghadiri tayangan perdana Dorm Melati, perghhh memang seronok tak terkata gitu.

Filem Seram Dorm Melati, Dorm Melati Kisah Benar, Dorm Melati, Mig Picture, Blog Retis

Memang tak rugi saya pergi tonton filem ni, memang seram dan buat saya terjerit-jerit dalam panggung. Rasa saya, selama saya tonton filem seram tempatan, filem Dorm Melati ni lah yang buat saya beberapa kali menjerit sekuat alam dalam panggung..nasib baik orang kiri kanan tak lepuk saya sebab terkejut dengan jeritan saya..kihkihkih.

Filem Seram Dorm Melati Berdasarkan Kisah Benar

Pembuka tirai 2017 pihak MIG muncul dengan filem seram terbaru mereka iaitu Dorm Melati, so memang masa yang terbaik juga buat saya untuk membuka tirai 2017 dengan menonton filem seram.

Mengikut kata, Filem Seram Dorm Melati Berdasarkan Kisah Benar yang terjadi di sebuah pusat pengajian tinggi di sebuah negeri. Uoll pernah tak dengar kisah Dorm Melati ni? Kalau belum dengar anda kenalah tonton Filem Dorm Melati ni di pawangam sebab idea serta konsep asal jalan cerita masih dikekalkan. Eyra Rahman selaku pengarah filem ini hanya membuat beberapa olahan komersial dan memberi sentuhan seram yang lain agar ia dapat diterima peminat filem tempatan.

Filem Seram Dorm Melati Berdasarkan Kisah Benar

Kredit Image : khirkhalid.com

Barisan pelakon pula merupakan bakat-bakat muda yang makin menonjol dalam industri hiburan tanahair serta turut dikuatkan lagi dengan barisan pelakon yang cukup berpengalaman dalam memberikan yang terbaik untuk filem ini.

Sinopsis Filem Dorm Melati

 

Filem yang mengisahkan 5 sahabat baik Adam (Aedy Ashraf), Zafira (Nadia Aqilah), Eddy (Aizat Hassan) Raihana (Ardell Aryana) dan Carol (Syaa Nasir) memutuskan untuk melakukan aktiviti Summer Camp untuk meraikan tamatnya STPM serta zaman persekolahan mereka.

Adam salah seorang pelajar tersebut yang sukakan aktiviti extreme, sering mendengar tentang cerita seram dan gangguan keatas pelancong serta pelajar yang menginap di Dorm Melati. Mereka yang berada disana sering di ganggu oleh hantu Melati yang tidak diketahui punca kematiannya hingga kini.

Oleh sebab keterujaan Adam untuk mengetahui kisah Dorm Melati dan ingin berjumpa sendiri dengan Melati, buatkan beliau memutusakan untuk menginap di sana. Walaupun 4 orang rakannya tidak berapa setuju tetapi mereka akur juga dengan keputusan Adam.

Sesampai sahaja di kawasan Dorm Melati, mereka telah di beri peringatan oleh penjaga rumah penginapan tersebut, “Jangan buang masa cari tempat lain, takut diri sendiri tak terjumpa“, tetapi mereka tetap berdegil untuk menginap juga di Dorm Melati.

Bila mereka berada di Dorm Melati, seorang demi seorang telah di ganggu oleh hantu Melati sehingga ada yang mengalami kecederaan.

Oleh kerana Adam tertekan dengan gangguan tersebut, beliau telah mencabar kewujudan roh Melati untuk munculkan diri. Adakah roh Melati betul-betul munculkan diri? Siapakah sebenarnya Melati? Terungkaikah kisah kematian Melati seperti mana yang di mahukan oleh Adam dan dapatkah mereka semua keluar dari Dorm Melati tersebut?

Jom Tonton Filem Dorm Melati

Filem Seram Dorm Melati, Dorm Melati Kisah Benar, Dorm Melati

Jika anda nak tahu kesudahan jalan cerita Filem Dorm Melati ini, anda nak tahu seram atau tidak, jom tonton Filem Dorm Melati ini di pawagam berhampiran anda mulai 12 Jan 2017.

Bagi saya tentang filem Dorm Melati ini, walaupun permulaan cerita sedikit slow serta penceritaan banyak buatkan kita berfikir tapi ianya tetap menyeramkan. Merupakan filem seram yang terbaik 2017 sebab dapat membuatkan saya terkejut kejut dan menjerit dalam panggung. Buatkan orang sebelah menyebelah saya turut terkejut dengan jeritan saya..hahaha.

Tahniah dari saya buat pihak Metrowealth serta pelakon-pelakon yang telah menjayakan filem ini sehingga menjadikan filem seram terbaik 2017 dan berbaloi untuk di tonton.