Fashion And Styling Workshop With Influencers @ SkyAvenue, Resorts World Genting

Fashion And Styling Workshop With Influencers @ SkyAvenue, Resorts World Genting

Fashion And Styling Workshop With Influencers @ SkyAvenue, Resorts World Genting | Pada 28hb Oktober 2017, saya telah diundang ke fashion and styling workshop (bengkel tata hias diri dan fesyen) bersama influncers anjuran Resorts World Genting yang telah diadakan di Sky Avenue Mall.

Saya ni memang pantang kalau dengar bab makeup dan fesyen ni..jadi excited tak tentu pasal..hehehe, so bila di undang untuk ikuti workshop fashion and styling ni, memang tidak lah saya nak tolak lebih-lebih lagi bila dapat tahu workshop ini juga turut dianjurkan oleh Sephora, Esprit dan Thomas Sabo.

Rasa bertuah sangat-sangat apabila terpilih untuk ikuti workshop tersebut.  Ok jom ikuti saya ke bengkel tatarias dan fesyen oleh Sephora, Esprit dan Thomas Sabo yang saya hadiri baru-baru ini bersama rakan-rakan blogger di RWG.

Makeup Workshop Bersama Sephora

Resorts World Genting, SkyAvenue, Influencers, Makeup Workshop, Sephora, Esprit, Thomas Sabo, Bengkel, Tatahias Diri, Fesyen, Fashion And Styling, Workshop, Fashion Workshop

Buat peminat barangan kecantikan, mesti tahu dengan Sephora kan? Merupakan kedai yang menjual barang-barang kecantikan yang telah diasaskan di Perancis oleh Dominique Mandonnaud pada tahun 1970. Barangan yang di jual termasuklah alat solek, set penjagaan kulit dan penjagaan badan, wangian, set penjagaan kulit kepala dan produk jenama Sephora sendiri.

Saya tahu pasal Sephora dan barangan kecantikan pertama Sephora saya beli di kedai Sephora ketika saya ke Paris, waktu tu seronok betul saya bershopping barang-barang kecantikan disana, so bila Sephora masuk ke pasaran Malaysia, saya merupakan orang yang sangat gembira sebab saya dah ada kedai kegemaran untuk membeli belah barangan kecantikan di Kuala Lumpur.

Resorts World Genting, SkyAvenue, Influencers, Makeup Workshop, Sephora, Esprit, Thomas Sabo, Bengkel, Tatahias Diri, Fesyen, Fashion And Styling, Workshop, Fashion Workshop

Bila saya diberitahu akan diadakan sesi fashion and styling workshop di Sephora, awal betul saya dah sampai di kedai Sephora yang berada di Ting 2, SkyAvenue. Tak sabar nak di makeupkan dan belajar cara makeup dari makeup consultant Sephora yang berpengalaman.

Ini merupakan kali pertama saya masuk ke kedai Sephora yang berada di Sky Avenue, selalu saya pergi yang di KL sahaja. Apa yang saya perhatikan, persekitarannya kedai Sephora yang berada di sini sangat luas, unik dan terbuka. Rak-rak untuk barangan makeup yang dijual tersusun rapi dan amat mudah untuk kita cari barangan yang kita inginkan. Setiap brand terdapat rak mereka sendiri, senang dan memudahkan pembeli terus ke rak brand makeup yang diinginkan.

Resorts World Genting, SkyAvenue, Influencers, Makeup Workshop, Sephora, Esprit, Thomas Sabo, Bengkel, Tatahias Diri, Fesyen, Fashion And Styling, Workshop, Fashion Workshop

Resorts World Genting, SkyAvenue, Influencers, Makeup Workshop, Sephora, Esprit, Thomas Sabo, Bengkel, Tatahias Diri, Fesyen, Fashion And Styling, Workshop, Fashion Workshop

Yang bestnya, terdapat Beauty Studio yang mana anda boleh mendapatkan khidmat makeup daripada juru makeup yang berpengalaman di sana.

Saya turut tidak lepaskan peluang mencuba khidmat makeup dari MUA Sephora dengan menggunakan produk makeup disana. Ketika saya di mekupkan, MUA tersebut menerangkan yang produk yang digunakan merupakan produk Sephora dan makeup saya pula bertemakan  Halloween, sebab itu beliau banyak menggunakan warna merah terang di wajah saya. Kiranya makeup jadikan hantu cantik le ni..hehehe

Bila selesai makeup, terkejut saya dibuatnya. Serius saya rasa cantik sangat waktu itu, cara makeup yang dibuat memang bersesuaian dengan wajah saya dan produk yang digunakan pun memang kena dengan kulit saya. Memang puashati sangat. Nampak gaya saya kena beli jugak makeup ini..hehehe.

Fashion And Styling Workshop By ESPRIT

Resorts World Genting, SkyAvenue, Influencers, Makeup Workshop, Sephora, Esprit, Thomas Sabo, Bengkel, Tatahias Diri, Fesyen, Fashion And Styling, Workshop, Fashion Workshop

Selesai workshop Sephora dan selesai menikmati makan tengahari, kami seterusnya ke Genting International Convention Centre untuk sesi workshop bersama Esprit.

Esprit merupakan satu jenama yang memang saya kenali dari saya muda remaja lagi. Zaman-zaman badan slim melim memang saya banyak menggayakan fesyen dari Esprit ni.

Esprit adalah jenama fesyen antarabangsa yang mewakili gaya dan kualiti sejak tahun 1968. Diasaskan di San Francisco oleh Susie dan Doug Tompkins. Esprit menyediakan pelbagai pakaian yang berbeza-beza dari pakaian rajut, kardigan, baju kaos, baju renang, pakaian, rok, baju kaos, seluar, jins, sehingga melayani wanita, lelaki dan juga anak-anak.

Untuk sesi fashion workshop ini, beberapa orang blogger terpilih untuk memperagakan baju-baju terkini dan kami juga di ajar untuk mix and match baju-baju tersebut.

Selesai peragaan Esprit, tibalah masa Thomas Sabo memperkenalkan barang-barang perhiasan yang mereka miliki.

Fashion And Styling Workshop By Thomas Sabo

Memiliki jenama mewah dan dikenali memang menjadi impian setiap orang. Buat mereka yang berkemampuan sudah semestinya ingin memiliki jenama yang diminati sebagai koleksi peribadi mereka.

Bagi mereka yang meminati barang-barang perhiasan yang berjenama, pasti mengenali jenama THOMAS SABO iaitu jenama terkemuka yang menjual barang-barang kemas dan koleksi jam yang berkualiti dan memiliki pesonaliti tersendiri dari gaya yang feminin hinggalah ke gaya klasik yang pasti memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

Resorts World Genting, SkyAvenue, Influencers, Makeup Workshop, Sephora, Esprit, Thomas Sabo, Bengkel, Tatahias Diri, Fesyen, Fashion And Styling, Workshop, Fashion Workshop

Resorts World Genting, SkyAvenue, Influencers, Makeup Workshop, Sephora, Esprit, Thomas Sabo, Bengkel, Tatahias Diri, Fesyen, Fashion And Styling, Workshop, Fashion Workshop

Tidak terhad pada rekaan wanita sahaja, Thomas Sabo juga mempunyai rekaan untuk para lelaki mengikut trend terkini.

Saya sendiri begitu teruja dan tertarik melihat koleksi-koleksi terbaru barang kemas Thomas Sabo yang diperagakan, jadi rambang mata saya dibuatnya..hehehe.

Resorts World Genting, SkyAvenue, Influencers, Makeup Workshop, Sephora, Esprit, Thomas Sabo, Bengkel, Tatahias Diri, Fesyen, Fashion And Styling, Workshop, Fashion Workshop

Resorts World Genting, SkyAvenue, Influencers, Makeup Workshop, Sephora, Esprit, Thomas Sabo, Bengkel, Tatahias Diri, Fesyen, Fashion And Styling, Workshop, Fashion Workshop

Resorts World Genting, SkyAvenue, Influencers, Makeup Workshop, Sephora, Esprit, Thomas Sabo, Bengkel, Tatahias Diri, Fesyen, Fashion And Styling, Workshop, Fashion Workshop

Workdhop By Thomas Sabo, Thomas Sabo, Barang Perhiasan

Keseluruhannya kami para peserta Fashion And Styling Workshop With Influencers ini amat berpuashati dengan tunjuk ajar yang di beri ketika workshop daripada Sephora, Esprit dan Thomas Sabo. Terima kasih kepada RWG kerana memberi peluang kepada influencers, belajar cara-cara bermakeup dan bergaya dengan cara yang betul.

Buat mereka yang meminati barangan makeup dan fashion terkini, jangan lupa singgah ke Sephora, Esprit dan juga Thomas Sabo yang berada di SkyAvenue, Resorts World Genting. Terdapat banyak lagi produk kecantikan, pakaian terkini serta perhiasan diri terdapat di butik-butik yang ada di sana yang anda boleh pilih mengikut kehendak diri anda.