Farhat Skincare, Farhat Soothing Mist, Farhat Wellness, produk penjagaan kulit, produk penjagaan kulit terbaik, Dr. Farhat Ayaz, Penjagaan Kesihatan Kulit, Klinik Kulit Dr Farhat Ayaz, Bahaya Hidrokuinon, Farhat Laboratoires, memulihkan masalah jerawat, Produk Terbaik Untuk Kulit Bermasalah

Farhat Laboratoires Perkenalkan Produk Membantu Masalah Kulit Wajah

Memiliki kulit wajah yang sempurna, berseri, cerah dan bebas dari jeragat, jerawat ataupun berminyak adalah idaman setiap individu tak kira perempuan ataupun lelaki. Wajah tanpa sebarang masalah mampu memberikan keyakinan tinggi pada diri seseorang.

Namun tak semua beruntung memiliki kulit wajah yang sempurna. Masalah kulit wajah yang bermasalah selalunya memberi kesan yang mendalam pada diri seseorang sehingga mengikis rasa keyakinan diri dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat disebabkan masalah tersebut.

Bukan mudah ya untuk mendapatkan kulit wajah yang sempurna, dengan lambakan pelbagai pilihan produk buatkan kebanyakkan kita tidak peka samada produk tersebut mengandungi ramuan terlarang atau tidak.

Farhat Skincare, Farhat Soothing Mist, Farhat Wellness, produk penjagaan kulit, produk penjagaan kulit terbaik, Dr. Farhat Ayaz, Penjagaan Kesihatan Kulit, Klinik Kulit Dr Farhat Ayaz, Bahaya Hidrokuinon, memulihkan masalah jerawat, Produk Terbaik Untuk Kulit Bermasalah

Keterujaan untuk memiliki wajah mulus, maka ramai tergoda dan percaya dengan kata-kata manis pengusaha yang berlumba-lumba menampilkan produk yang mendapatkan hasil yang cepat, maka pengguna sanggup menggunakan apa sahaja produk yang menjanjikan hasil yang cepat tanpa menyedari produk tersebut mampu merosakkan kulit wajah dalam jangka pendek mahupun panjang.

Untuk pengetahuan dan kefahaman anda semua (bagi saya kita semua kena ambik tahu pasal ini), kandungan logam berat seperti merkuri, plumbum atau bahan beracun seperti hidrokinon, tretinoin, paraben, antibiotik dan kortikosteroid seringkali menjadi pilihan penggeluar yang tidak bertanggungjawab dalam menghasilkan rangkaian produk kosmetik dan penjagaan kulit yang mampu memberi kesan negatif pada kulit dan kesihatan.

  • Merkuri

Mampu memberikan kemudaratan pada kesihatan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan saraf. Boleh mengganggu otak bayi dalam kandungan serta pada kanak-kanak apabila diserap kedalam kulit. Mengakibatkan ruam, kerengsaan dan perubahan pada tona kulit.

  • Hidrokuinon

Biasanya ditambah ke dalam produk pemutih kulit bagi mendapatkan kulit yang cerah atau merawat masalah pigmentasi. Sungguhpun demikian ianya mampu  menjadikan kulit kemerah-merahan, perubahan warna kulit dan hipersensitif, mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinaran UV yang merbahaya dan menigkatkan risiko kanser kulit. Menjadikan kulit tidak selesa, pedih dan mengelupas serta sensitif pada matahari.

  • Krim Kortikosteroid

Dikaitkan dengan masalah penipisan kulit, peningkatan kanser kulit serta kulit yang semakin gelap. Memberi kesan negatif pada kulit termasuk jerawat, jeragat, kegatalan dan keadaan yang sensitif.

produk penjagaan kulit terbaik untuk masalah kulit wajah

Dulu, saya juga pernah mengalami masalah kulit yang teruk. Pernah menggunakan produk tanpa ambil peduli bahan yang terkandung di dalam produk tersebut. Bila ramai yang kata bagus, saya pun cuba lah. Mula-mula pakai memang hasilnya cepat dan wajah saya makin cerah dan licin, tapi lama kelamaan wajah saya makin nipis dan gatal-gatal. Bila keluar rumah dan kena matahari, wajah saya akan jadi merah dan perit.

Paling teruk bila wajah saya mula naik jerawat halus-halus. Terus saya berhenti menggunakan produk tersebut. Memang lepas tu saya dah tak berani lagi gunakan sebarangan produk tanpa mengetahui kandungan yang ada dalam produk tersebut, memang dah serik sangat.

Untuk memulihkan wajah bukan mengambil masa yang sekejap, duit pun banyak yang keluar untuk merawat masalah kulit saya. Sebab itu, kalau boleh belilah produk yang benar-benar terjamin selamat dan tiada barang terlarang.

Farhat Laboratoires Perkenalkan Soothing Mist

Menyedari kepentingan penjagaan kulit wajah yang baik, Farhat Laboratoires telah memperkenalkan Soothing Mist iaitu semburan bagi membantu menangani masalah penggunaan produk yang tidak sesuai pada kulit wajah.

Menurut pengasas Farhat Laboratoires, Dr. Farhat Ayaz, rangkaian terbaharu yang dikeluarkan mampu menenangkan kerengsaan kulit dan seterusnya menggelakkannya daripada kekal teruk serta bermasalah.

Dr. Farhat Ayaz menerangkan permasalahan kulit disebabkan penggunaan produk terlarang

Farhat Soothing Mist diformulasikan istimewa daripada sumber alam dengan ekstrak bunga-bungaan dan daun menjadi ramuan utama dalam meminimumkan stress pada kulit wajah.

Tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan bahan terlarang, produk terbaharu ini mambantu mengatasi masalah kulit pengguna secara semulajadi. Ianya juga mengandungi ramuan seperti daun Hamamelis Virginia atau lebih dikenali sebagai daun witch hazel yang membantu mengurangkan keradangan, sekali gus memberikan kesan yang lembut pada kulit.

Selain itu, bunga mawar Damsyik (Rosa damascena) dan bunga kamomil (Chamomilla Recutita) bukan sahaja dikenali dengan sifat wangian semulajadi tetapi juga ciri-ciri farmakologikal termasuk antibakteria, antitusif dan kesan yang membantu menenangkan keradangan kulit.

Perlindungan antioksida yang terdapat pada bunga-bunga ini juga mampu menenangkan dan memberi kelembapan kulit. Daun aloe vera (Aloe Barbadenesis) pula bersifat memulih dan antikeradangan yang mengurangkan kerengsaan kulit. Kandungan giberellin dalam tumbuhan ini berperanan sebagai hormon pembesaran yang merangsang pembentukkan sel-sel baharu. Ini seterusnya membenarkan keadaan kulit bertambah baik dengan lebih pantas serta meminimumkan kesan parut.

Kehadiran herba Centella Asiatica seperti pegaga yang mengandungi sebatian aktif termasuk madecassoside berperanan sebagai antioksida pada kulit. Kandungan yang kaya dengan asid amino juga memberi kelembapan yang baik dan menenangkan kulit yang bermasalah atau rosak. Ia juga mengurangkan kesan kerosakan kulit akibat sinaran cahaya matahari serta meningkatkan keupayaan perlindungan kulit.

Farhat Soothing Mist juga mengandungi sebatian magnesium sulfat yang membantu dalam memastikan kulit sentiasa segar, sihat dan kelihatan muda dengan membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah serta mengatasi masalah jerawat dan jeragat.

Farhat Soothing Mist produk penjagaan kulit terbaik untuk masalah kulit wajah

Manakala sodium hyaluronate mampu meresap ke bahagian dalam kulit wajah, memastikan kelembapan kulit yang berpanjangan. Ia juga tidak toksik, tidak memberi kerosakan atau merengsa kulit.

Ramuan itu turut membantu menggantikan kehilangan asid hialuronik serta menghalang mikroorganisma penyerang dalam sebatian beracun, seterusnya menghasilkan kulit yang lebih sihat, berseri dan cerah. Tocopheryl acetate atau Vitamin E merupakan nutrien penting dengan sifat-sifat antikeradangan. Ia membantu menyokong sistem imun, fungsi sel dan penjagaan kesihatan kulit. Ia juga bersifat antioksida dan berkesan membantu menangani kesan radikal bebas di persekitaran.

Tocopheryl acetate juga memberi manfaat perlindungan daripada kesan sinaran UV, menggalakkan proses penyembuhan kulit, mempertingkatkan fungsi rintangan kulit serta mengurangkan kehilangan air pada kulit.

Dr. Farhat Ayaz

Dr. Farhat Ayaz Berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang penjagaan kesihatan kulit

Berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang penjagaan kesihatan kulit, saya ketahui pencegahan adalah penting dalam memastikan kesihatan yang berpanjangan.

“Namun solusi pada masalah yang dialami juga penting dan Farhat Soothing Mist membantu mengatasi keadaan kulit yang terkesan daripada penggunaan kosmetik dan rangkaian penjagaan kulit yang tidak sesuai dengan keadaan kulit pengguna,” tambah Dr. Farhat Ayaz.

Ujurnya, Farhat Laboratoires sentiasa memberi tumpuan pada produk penjagaan dan kecantikan kulit terutamanya kulit wajah dengan menyediakan rangkaian produk berkualiti tinggi yang sesuai dengan segenap keperluan kulit.

“Rangkaian produk Farhat juga memperoleh kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia,”maklum beliau.

Farhat Soothing Mist kini ditawarkan pada harga RM150.00 sebotol 100ml dan boleh didapati di Klinik Kulit Dr Farhat Ayaz, Farhat Laboratoires & Farhat Wellness.

Selain Soothing Mist, terdapat juga beberapa produk lain antaranya :

  • Blossom Beauty Soap – RM50
  • My Secret Weapon – RM120
  • Sleeping Mask – RM150
  • Recovery Serum – RM120

 produk penjagaan kulit wajah terbaik menyelesaikan masalah kulit wajah

Bagi anda yang ada masalah kulit wajah, ingin memulihkan masalah jerawat ataupun muka bermasalah disebabkan dengan penggunaan produk yang mengandungi bahan terlarang, boleh lah datang ke Klinik Kulit Dr Farhat Ayaz, Farhat Laboratoires & Farhat Wellness yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Dengan produk Farhat Skincare, anda tidak perlu risau dan bimbang kerana ramuan yang terdapat dalam produk tersebut hanya menggunakan bahan yang terbaik. Tiada merkuri, hydroquinone atau bahan-bahan berbahaya!

Maklumat Lanjut boleh layari :

Email : farhatlaboratoirla@gmail.com

Facebook 1 | Facebook 2

Instagram 1 | Instagram 2

Alamat : No.29-G, Jalan PJU 5/20A
The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor

Talian untuk dihubungi  : +6019 616 7505