Face Of Zeeta 2018, Finale Face Of Zeeta 2018, Majlis Pelancaran Produk PIBF, pengasas produk Zeeta, PIBF (program insentif Business Founder), Puan Zaiti Noordin, Zeeta, Zeeta Serum Mawar

Sekitar Majlis Pelancaran Produk PIBF Dan Finale Face Of Zeeta 2018

Dunia perniagaan bukanlah satu bidang sembarangan yang mampu semua orang ceburi. Bermacam risiko yang kena di tempuhi untuk menjadikan sesuatu perniagaan itu berjaya. Kalau tak serius atau sekadar nak mencuba, lupakan sahaja niat tersebut, takut yang dikejar tak dapat, yang di kendong berciciran.

Apabila Puan Zaiti Noordin pengasas produk Zeeta dan mengeluarkan produk tersebut, ia dilihat sebagai satu risiko yang cukup tinggi yang mana beliau terpaksa berhadapan dengan persaingan yang cukup hebat dari jenama yang ternama dan telah lama bertapak di negara ini.

Face Of Zeeta 2018, Finale Face Of Zeeta 2018, Majlis Pelancaran Produk PIBF, pengasas produk Zeeta, PIBF (program insentif Business Founder), Puan Zaiti Noordin, Zeeta, Zeeta Serum Mawar

Puan Zaiti Noordin Pengasas Zeeta

Sekitar Majlis Pelancaran Produk PIBF Dan Finale Face Of Zeeta 2018

Tapi beliau telah persiapkan diri beliau untuk tempuh apa sahaja ujian yang datang,  beliau amat percaya akan diri beliau sendiri dan berpegang dengan prinsip “Buat Sampai Jadi” dan ini lah yang menjadikan beliau kini sebaris dengan usahawan-usahawan yang berjaya di Malaysia.

Kini sudah 10 tahun Puan Zaiti menerajui Zeeta di bawah syarikat pengurusan Richnine Resources Sdn Bhd yang diusahakan bersama suami tercinta beliau dan telah berjaya melebarkan sayapnya ke Indonesia selepas berjaya di Singapura. Matlamatnya sekarang adalah melebarkan sayapnya ke seluruh Asia Tenggara pula.

Zeeta kini gah berdiri dengan 9 rangkain produk iaitu :

  1. Serum muka
  2. Garam mandian
  3. Krim muka siang dan malam
  4. Pencuci muka
  5. Scrub badan
  6. Pati mandian
  7. Pencuci Miss-V wanita
  8. Pati mawar
  9. Wangian terapi

Pelancaran Produk PIBF Dan Finale Face Of Zeeta 2018

Produk signature Zeeta pula iaitu Rose Face Serum telah menguasai pasaran kerana keyakinan pengguna dengan formulasi baru yang berkesan dalam memudarkan parut, kaya dengan anti oksidan, Vitamin E dan C dan berasaskan 100% bahan organik.

Sekitar Pelancaran Produk PIBF Dan Finale Face Of Zeeta 2018

Pelancaran Produk PIBF Dan Finale Face Of Zeeta 2018

Founder-founder produk Pibf (Kredit Image : Ellie Toh)

Apa yang saya kagum dengan Puan Zaiti, beliau tidak hanya simpan ilmu keusahawanan yang beliau miliki, tapi beliau turut berkongsi dan menyumbangkan semula pengalaman beliau sehingga berjaya kepada usahawan wanita di luar sana yang masih tercari-cari bantuan dan bimbingan dari sudut pengalaman sebenar beliau yang bermula dari kosong, dari rumah, dengan modal yang terhad tapi punyai semangat yang kuat, tanpa sebarang rahsia dan selindung.

Maka beliau telah mengadakan satu program sokongan iaitu PIBF (program insentif Business Founder) kepada pembabitan wanita untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Kumpulan pertama program ini telah di hadiri oleh 15 orang peserta. Selepas program, para peserta terus dibimbing selama 3 bulan dan 5 orang peserta berjaya melancarkan jenama dan produk mereka hanya selepas 4 bulan.

Program yang telah diadakan ini di sokong penuh oleh :

  • Tekun
  • Jabatan Pembangunan Wanita
  • TV Wanita
  • Majalah Hijab Fesyen
  • ANcasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
  • Richnine Resourses Sdn Bhd

Saya berkesempatan bertemu dengan founder-founder baru (The Founder PIBF) dan melihat produk yang diusahakan oleh mereka yang telah menyertai program insentif busines founder sewaktu Majlis Pelancaran Produk PIBF Dan Finale Face Of Zeeta 2018.

Face Of Zeeta 2018, Finale Face Of Zeeta 2018, Majlis Pelancaran Produk PIBF, pengasas produk Zeeta, PIBF (program insentif Business Founder), Puan Zaiti Noordin, Zeeta, Zeeta Serum Mawar

5 Founder yang menyertai program pibf dan telah berjaya melancarkan produk sendiri iaitu :

  • Nida Hashim – Pengasas produk jenama LYPSYNC – merupakan lipbalm HOME MADE berasaskan bahan semulajadi.
  • Syamira Sabudin – Pengasas produk jenama BAMBALM. Terdapat 9 jenis balm – Happy Tummy, Bugs Off, Kids Chest Rub, Baby Chest Rub, Immunity Booster,
    Calming, Skin Rub, Focus Balm dan Sweet Sleep.
  • Reen Dzakrin –  Jenama Reen Dzakrin yang lebih menumpukan kepada pakaian tempahan custom-made dan rekaan khas yang eksklusif, untuk semua majlis dan acara.
  • Intan Nazirah –  Founder kepada jenama Pure Darling. Mengeluarkan produk sabun penjagaan kulit berasaskan madu kelulut, selamat & bebas bahan kimia berbahaya.
  • Nor Diana –  Pengasas produk jenama Ann Dee. Ann Dee Sugar Body scrub terdapat dalam 3 jenis iaitu: 1. Slimming , 2. Moisturizing, 3. Relaxing

Majlis Pelancaran Produk PIBF Dan Finale Face Of Zeeta 2018 diadakan dalam suasana yang ringkas dan ekslusif dan telah di adakan di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan nampak cukup menarik dengan bertemakan putih dan purple.

Face Of Zeeta 2018, Finale Face Of Zeeta 2018, Majlis Pelancaran Produk PIBF, pengasas produk Zeeta, PIBF (program insentif Business Founder), Puan Zaiti Noordin, Zeeta, Zeeta Serum Mawar

Bukan hanya melancarkan produk Pibf sahaja tapi turut diadakan pemilihan pemenang untuk pencarian Face Of Zeeta 2018.

Face Of  Zeeta 2018

Face Of Zeeta 2018, Finale Face Of Zeeta 2018, Majlis Pelancaran Produk PIBF, pengasas produk Zeeta, PIBF (program insentif Business Founder), Puan Zaiti Noordin, Zeeta, Zeeta Serum Mawar

Pertandingan ini merupakan pencarian serta mencungkil potensi diri gadis dan wanita yang layak menjadi ikon Zeeta dan idola wanita di luar sana.

Memang hebat-hebat dan cantik-cantik sungguh finalist yang dapat mara hingga ke akhir untuk merebut gelaran Face Of Zeeta 2018 ini. Bukan hanya cantik sahaja tetapi mereka juga mempunyai bakat yang belbagai serta bijak mengimbangi tugasan mereka dengan minat dan hobi.

Face Of Zeeta 2018, Finale Face Of Zeeta 2018, Majlis Pelancaran Produk PIBF, pengasas produk Zeeta, PIBF (program insentif Business Founder), Puan Zaiti Noordin, Zeeta, Zeeta Serum Mawar

Dari Kiri : Tempat Ketiga ( Amirah Mahirah) , Kanan Sekali : Tempat Kedua ( Nur Zubilah Atirah), Tengah : Juara ( Siti Nor Shayira)

Pejam celik dah 5 tahun pihak Zeeta menganjurkan Face Of Zeeta ini dan telah ramai bakat yang telah di cungkil dan di gilap potensi mereka, menjadikan pencarian ini bukan satu pencarian ikon yang biasa , tetapi sesuatu yang berprestij.

Tahniah daripada saya buat finalist yang telah berjaya mendapat gelaran Face Of Zeeta 2018 untuk tahun ini, juga buat mereka yang telah berjaya mengeluarkan produk sendiri.