Hai ,

You all pernah tak pergi ke SS2 Mall di Petaling Jaya? Saya memang dah banyak kali dah pergi ke sana sebab rumah memang dah dekat sangat dengan mall tu. Cuma rasa saya dalam tahun ni , ini baru saya jejak kaki semula kesana.

Saya kesana pun sebab kebetulan makan di Khanna Restauran yang berhampiran tempat tu. Malas rasanya nak kesana sebab last saya pergi dulu tak banyak kedai yang dibuka. Disebabkan dapat flyers Econsave dan ada promotion pulak saya pun pergi lah. Manalah tahu kot-kot dah banyak kedai dibuka , bolehlah cuci mata sekali.

Masuk-masuk aje dalam Mall tu , hurmmm… masih lagi berkeadaan yang sama macam saya pergi dulu , kosong. Hairan sungguh , macam mati aje tempat tu sedangkan tempat tu berada dalam kawasan perumahan. Mungkin kurang promotion kot. Kesian pulak tengok peniaga-peniaga disana , ada yang dah tutup business mereka.

EconSave , SS2 Mall , Petaling Jaya

EconSave SS2 Mall petaling Jaya

 

SS2 Mall , Econsave , Petaling Jaya , Shopping diEconsave

Suasana Dalam SS2 Mall

 

Beginilah suasana dalam SS2 Mall yang telah lama beroperasi. Masih banyak kedai-kedai kosong yang tak dihuni. Rasa saya inilah shopping mall yang kita boleh main kejar-kejar dalam tu tanpa berlanggar dengan orang.

Saya terus ke tempat tujuan saya iaitu Econsave , memang sedang ada promotion pada sesetengah barang , barang-barang dia pun boleh tahan jugak lah murah. Barangan segar pun boleh tahan segar. Ini pertama kali saya masuk ke Econsave dan saya rasa not bad jugak tempat dia.

Econsave , Promotion , SS2 Mall

Promotion di EconSave

Membeli di EconSave , Econsave, SS2 Mall , petaling Jaya

Aeysha memang seronok bab shopping ni

Sekarang Econsave dah termasuk dalam senarai tempat saya membeli belah barang-barang dapur. Nak jimat cermat , kenalah cari tempat yang murah-murah kan! Saya suka ke Tesco , NSK , Maidin , Giant dan sekarang Econsave..hehehe

Owh ya..sebelum tu saya nak bertanya lah kot-kot ada yang sudi menjawab. Sedang leka saya membeli barang dalam Econsave tu tetiba anak saya bawak satu benda…dia letak di mulut dia. Saya tak pernah pulak tengok benda tu dan tak tahu apa benda tu sebenarnya. Nama pun tak tahu so tak boleh le saya bertanya gan pakcik google..Dibawah ni gambar benda tu…

Berbelanja di Econsave , Econsave , SS2 Mall . Petaling jaya

Terjumpa dalam Econsave di bahagian sayur.Apakah Ini?

Berbelanja di Econsave

Sesiapa tahu apakah ini?

 

Pelik sungguh kan benda ni. Macam rupa kerbau pun ada , macam tanduk kerbau pun ia , macam misai pun boleh jugak..hahahaha