Lama sungguh tak update entry pasal Korea ni. Masih banyak lagi saya nak kongsikan tapi tergendala sebab banyak undangan berbuka dan review buffet Ramadhan. Ok..kali ni saya nak kongsi berkenaan Dongdaemun Market buat mereka yang suka bershopping.

Day 3 South Korea – Sebelum saya datang ke Korea ni , ramai yang suggestkan suruh saya pergi ke tempat ini. Kata mereka Dongdaemun Market merupakan syurga membeli belah.

Dongdaemun Market Buat Yang Suka Bershopping

Saya apa lagi, nak lah tengok apa hebatnya Dongdaemun Market ni. Bila saya dah ke sini, memang betul kata mereka,tempat ni memang kawasan membeli belah yang boleh membuat kita rambang mata..Owhhh ya, disini kalau kita mintak kurang memang diaorang tak akan layan kita sangat. Silap haribulan mereka akan ambik barang yang kita pegang dan letakkan balik kat tempat dia..lepas tu diaorang blah macam tu aje. Kita jadi termanggu-manggu dibuatnya.

Walau macam mana pun saya yang konon-konon tak terfikir nak bershopping sakan, umm..balik-balik penuh barang di tangan..hehehe.

Dongdaemun Market Buat Yang Suka Bershopping

Penuh dengan kasut, sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.

 

Dongdaemun Market Buat Yang Suka Bershopping , Dangdaemun Market Korea, Kawasan Shopping

Eshhh geram sungguh dengan kasut-kasut ni

 

Dongdaemun Market Buat Yang Suka Bershopping , Dangdaemun Market

Pilih-pilih kasut..terus beli dan terus pakai…hehehe. Memang selesa sangat.

Bagi sayalah kan, kalau ke Dongdaemun Market ni kita jangan masuk shopping mall yang besar-besar. Sebabnya harga dalam tu lebih mahal dari di luar, sedangkan kita boleh dapat barang yang sama di luar shopping mall dengan harga yang berkali ganda murah.

shopping mall Dangdaemun Market , Dangdaemun Market

Baju-baju dalam shopping mall ni memang mahal sikit dari di luar..tapi cantik-cantik, menyesal tak beli baju pink yang tergantung tu..huhuhu

 

Dangdaemun Market, Bershopping di Dangdaemun Market

T-shirt dan barang-barang souvenir murah-murah dekat sini

Di sini yang bestnya macam-macam ada. Dari kasut, handbeg, t-shirt, cenderahati, topi dan macam-macam lagi. Arghhh jadi tak keruan saya disini. Itu nak, ini nak..ummmm.

Bershopping Di Dangdaemun Market, Dangdaemun Market

Bershopping Di Dangdaemun Market, Dangdaemun Market

Yang bestnya dekat sini, kalau nak cari kasut…akan ada satu kawasan yang jual semua kasut aje, kalau nak cari handbeg…kena pulak pergi ke jalan yang menjual handbeg dan seterusnya.

Jadi kalau kita dah nampak apa yang kita berkenan tu, terus aje beli, jangan lah dok pikir nak jalan dulu nanti boleh beli kemudian..maknanya tak dapat lah beli apa yang kita dah berkenan sebab nak mencari tempat yang mula-mula tu boleh sesat dibuatnya.

Dongdaemun Market Buat Yang Suka Bershopping

Tak sah kalau lalu dekat Cheonggyecheon tak tangkap gambar disini. Sungai yang cukup popular dikalangan pelancung asing dan tempatan sana, sungai yang macam sungai kelang tapi disini sungai dia bersih, tak ada sampah sarap jadi orang ramai yang duduk melepak disungai tersebut boleh rendamkan kaki dalam sungai.  Sesuatu yang jarang kita tengok di sungai-sungai di bandar Kuala Lumpur.

Bershopping Di Dangdaemun Market, Dangdaemun Market Syurga membeli belah

1017451_743443342380929_8637096131685728460_n

Saya tidak sempat nak turun ke sungai tersebut, hanya tangkap gambar dari atas aja. Nak letakkan gambar berkeping-keping disini rasa saya semua sama aja gambarnya.

Dah penat berjalan dan membeli belah, tiba masa nak makan. Nasib baik dah print map ke grill fish lane, yang penuh dengan masakan ikan bakar. Sebelum saya ke sini saya dah survey di google dan ramai orang melayu kita suggestkan makan disini sebab disini hanya menjual ikan bakar sahaja.

Map Ke Grill Fish Sreet Dongdaemun Market, Grill Fish Street, Dongdaemun Market

Lalu aje di kedai No 2, ada seorang perempuan berumur (ajumma) dok tanya “Malaysia”? Apa lagi kita pun terus masuk kedai dia..senang cerita.

Kedai dia ni ada tingakat di atas so kita duduk di atas dan kena duduk di bawah, macam style jepun.

Grill Fish Di Dangdaemun Market, Dangdaemun Market

Grill Fish Street Di Dangdaemun Market, Dangdaemun Market

Berbagai jenis ikan yang di grill..sedapppp

 

Dongdaemun Market Buat Mereka Yang Suka Bershopping, Dangdaemun Market, Dangdaemun market kawasan membeli belah yang terkenal di Korea

Makan ikan bakar, kimchi dan nasi aje kita disini tapi ikan dia memang fuhhhh…sedap sangat. Sampai dah balik ke Malaysia saya asyik terbayang-bayang ikan bakar dia ni. Tak pernah saya rasa ikan bakar yang sesedap ini.

Jika anda datang ke Seoul Korea , saya memang cadangkan anda singgah dan cuba makan ikan bakar di Dongdaemun Market disini. Walau harga dia mahal sedikit tapi makanan dia memang sedap sangat. Layanan pun cepat dan mereka akan layan kita dengan mesra. Siap boleh sebut perkataan melayu sikit-sikit..hehehe. Menunjukan yang orang Malaysia ramai dok makan di sini.

Lepas makan ikan bakar ni, perut pun dah kenyang…nak jalan pun dah tak larat so kita pun pakat balik ke apartment kita. Memang puas hati jalan-jalan di dekat sini, dapat bershopping dan dapat makan ikan bakar sedap…hehehe.

Actually malam hari di Dongdaemun Market ni lagi happening. Time ni akan ada stall yang dibuka di tepi-tepi jalan dan menjual bermacam-macam barangan seperti kasut, handbeg yang berkualiti. Cuma mahal bagi saya.

Gambar di bawah ni ketika saya datang kali ke 2 ke Dongdaemun Market waktu malam. Nak melihat suasana malam hari di sini.

Malam Hari Di Dongdaemun Market, Dongdaemun Market

Malam hari di Dongdaemun Market

Nampak tak dalam gambar diatas sederet khemah berwarna kuning..haaa disana ada menjual barang-barang gred AAA, cuma saya tak membeli disana sebab mahal. Mereka tahu pelancung ramai yang datang jadi mereka tekan harga tinggi. Kalau nak beli pergi ke tempat-tempat jualan borong mereka disini, haaa…murah kau..hehehe.

Sebab tulah saya suka shopping di Korea ni, macam-macam boleh dapat. Rasa macam nak datang lagi ke sini.

 

Lazada Malaysia