Destinasi Percutian Yang Menarik Dan Sentiasa Menjadi Idaman Ramai | Salam semua. Sedang buat apa tu? Sedang bermalas-malasan? Eshh eshhh jangan lah bermalas-malasan selalu tau, nanti hidup jadi tak produktif. Kalau korang nak hilangkan malas tu senang aje, jom kita isi waktu-waktu kosong yang memboringkan tu dengan hal-hal yang bermanfaat atau sesuatu yang dapat memberi kesan positif buat kita misalnya berada dalam lingkungan yang positif supaya dapat memberi aura yang positif pada kita.

Berbincang ke mana pula nak bercuti kali ini

Berbincang ke mana pula nak bercuti kali ini

Macam saya, cara saya nak menghilangkan malas yang sesekali datang tu, saya akan berkumpul bersama member-member yang sekepala,  yang suka berjalan dan makan-makan. Bagi saya lah kan, dengan cara berkumpul dan borak-borak sambil makan-makan, gelak ketawa besama-sama, benda ni dapat menghilangkan stress dan ianya juga merupakan satu terapi yang paling seronok buat saya.

Actually, berkumpul dengan member yang sekepala ni, kita dapat releaskan tension kita dengan mendengar dan bertukar-tukar cerita-cerita yang menceriakan, membawang sesekali..hehehe. Kita pun boleh bertukar cerita-cerita terkini diri masing-masing. Seronok tau bila ada yang bercerita dah beli kereta baru, ada yang baru beli rumah lah, ada juga yang bercerita ada mamat di facebook nak berkenalan dengan dia lah..macam-macam kisah yang best kita dengar dari mulut masing-masing.

Apps Traveloka, Book cheap flight to London, Destinasi Percutian Yang Diidamkan, Emirates, Flight Booking, London, Malaysia, Menjadi Idaman Ramai, tiket flight murah, Traveloka, Website Traveloka, Travel

Seronok bila dapat berkumpul sesekali bersama rakan-rakan sambil makan-makan

Bila dah lama tak keluar sama-sama, baru-baru ni kita calling-calling each other dan sepakat dok berjumpa masa cuti. Niat hati nak menonton wayang bersama-sama, tapi cerita dipanggung tidak ada yang menarik minat kami semua..last-last kita lepak dan makan-makan aje le..itu pun dah kira pekara yang paling seronok buat kami yang kaki makan ni..hehehe.

Destinasi Percutian Yang Menjadi Idaman Ramai

Bila berjumpa, dari satu topik ke satu topik kami berbual, last-last keluar pula cerita yang kami dah lama tak travel bersama-sama, rindu pulak rasanya. So seorang member saya ni dok lah bagi cadangan untuk pergi travel ke London. Katanya dia dah lama teringin nak ke London. Asyik tengok kawan-kawan pergi ke London, dia jadi jelous. Nak pergi sendiri dia tak berani, sebab itulah dia cadangkan kami semua ke sana bersama-sama dan lakukan macam-macam aktiviti bersama-sama disana.

Berkali-kali juga lah kawan saya yang seorang ni pujuk kami semua untuk sama-sama travel ke London, dengan muka sedih, dia cakap dia teringin sangat nak masuk muzium patung lilin kat sana (Madame Tussauds), teringin nak pergi ke London Eye dan tengok pemandangan satu kota London, teringin nak bergambar kat Tower Bridge, teringin nak tengok dan bergambar kat Istana Buckingham, teringin…eshhh eshhh macam-macam teringin pulak member saya sorang ni tau, macam-macam cara dia nak pujuk kitaorang, sampai member yang lain dengar dah jadi excited dengan dia punya teringin dan cerita tu..hahaha. Pandai betul member saya seorang ni kan?

Bagi saya, idea untuk travel bersama-sama ke London tu bagus juga, sebab walaupun saya pernah ke London, tapi  punyalah lama gila saya ke sana, rasanya dekat 15 tahun kot, sampai saya dah banyak lupa tentang kota London ni…rasanya dah banyak perubahan jugak London sekarang ni. Memang kena repeat balik nampak gayanya!

Apps Traveloka, Book cheap flight to London, Destinasi Percutian Yang Diidamkan, Emirates, Flight Booking, London, Malaysia, Menjadi Idaman Ramai, tiket flight murah, Traveloka, Website Traveloka, Travel

Kredit : Google Image

Bincang punya bincang, akhirnya masing-masing setuju dengan cadangan member sorang ni, maka kami semua sepakat, destinasi percutian kali ini adalah ke Kota London. Maka kami semua sepakat untuk bahagikan tugas mencari segala informasi yang menarik dan terbaru pasal London. Kiranya masing-masing ada tugasan yang berbeza.

Korang tahu apa tugasan yang saya dapat? Umm macam biasalah, sebab mereka tahu saya ni suka buat research melalui internet, so saya ditugaskan mencari fligh tiket murah dan berbaloi baloi. Dalam kepala saya terus terfikir nak search kat website Traveloka untuk cari tiket flight murah lagi berbaloi.

Kenapa Traveloka? Ok, meh sini saya nak kongsikan pada korang, kalau korang nak tahu sebenarnya banyak benda best yang kita boleh dapat kalau kita buat booking melalui Traveloka. Antara benefit yang kita boleh dapat adalah “no hidden charge” yang dikenakan. Haaa…nampak tak, dari situlah kita boleh kurangkan sikit bajet kita.

Satu lagi yang perlu korang tahu sangat-sangat yang mana akan buat korang lagi cepat-cepat nak buat booking melalui Traveloka, korang boleh buat “monthly installment” melalui Maybank. Huhhh..monthly installment? Biar betul ni? Laa..saya cakap betul lah ni, saya tak kelentong punya tau. Kalau rasa-rasa terbeban nak bayar sekaligus, boleh lah bayar bulan-bulan. Best ke idok?

Traveloka "monthly installment"

Haa…inilah bukti yang korang boleh bayar ansuran..see..saya tak kelentong ok

So korang dah boleh lah buat planning yang terbaik punya untuk pergi kemana-mana destinasi percutian yang anda impikan mulai sekarang. Yes sekarang!

Bukan setakat itu sahaja tau, saya nak beritahu satu lagi pasal Traveloka yang confirm best gila dan buatkan korang tak senang duduk, sekarang Traveloka dah boleh “set price alert” melalui apps Traveloka. Kiranya kalau nak kesatu satu tempat tu tapi korang nak harga promo untuk ke sana, jangan risau, Traveloka boleh notify kalau-kalau tempat yang nak pergi tu ada buat promo time sekian-sekian tarikh dan masa.

So cam mana, dah boleh nampak tak betapa bestnya pakai Traveloka ni? Kalau dah nampak, apa tunggu lagi, cepat-cepatlah pergi download apps Traveloka sekarang. Lepas tu dah boleh le cari-cari apa-apa flight yang diinginkan, mana tahu rezeki korang dapat pulak harga yang berbaloi-baloi murah gila. Sebab tu lah saya kata jangan tunggu lama-lama sangat, nanti melepas.. nangis bucu katil pulak nanti..hehehe.

Berbalik pada tugasan yang diberikan untuk dapatkan tiket flight ke London tu, saya memang tak tunggu lama dah, terus search book cheap flights to London online. Memang bermacam-macam jenis flight keluar masa tu, kita kena betul-betul tengok harga tu berbaloi ke tidak, date dia, timing ok ke tidak dan macam-macam lagi le saya kena check. 

Saya ni kalau nak kemana-mana memang memilih sikit kalau bab-bab flight ni. Ya lah..manalah tahu, bila nak dapatkan harga murah tapi bila tengok balik, tak kena lah pulak dengan timing dan semua requirements yang kita inginkan, last-last nanti tak kena pulak dengan apa yang kita nak. Memang rugi sangat-sangat lah tiket flight yang kita dah beli.

So lepas saya survey dan tengok betul-betul, saya akhirnya pilih emirates Malaysia flight booking. Semuanya memang kena lah dengan apa yang saya dan member-member saya inginkan. Lepas sahaja berbincang dengan mereka semua, masing-masing setuju dan happy dengan apa yang saya pilih. Apa lagi, terus lah saya book flight tu sebelum terlepas.

Kapalterbang Emirates untuk penerbangan ke London

Kredit Image : Routes Online

Emirates untuk penerbangan ke destinasi idaman kami

Perghh…best sangat kan dalam kapalterbang Emirates ni! Sure tak boring untuk perjalanan jauh

Senang sangat kan? So apa tunggu lagi, saya dah buat booking, korang bila lagi? Cepat lah pi bukak website Traveloka, mana lah tahu rezeki korang macam saya dapat tiket murah gila dan flight yang best untuk ke destinasi percutian yang korang idamkan. Jangan tunggu lama-lama tau, nanti dikebas orang, berputih mata hitam tu nanti..hehehe.