5 Rencah 5 Rasa, Asian Food Channel, Chef Selebriti, Chef Sherson, Chef Sherson Lian Di Restoran Chinoz On The Park, Chinoz On The Park, Demonstrasi Masakan Bersama Chef Sherson, Family Kitchen With Sherson, Nasi Dulang, Suria KLCC

Demonstrasi Masakan Secara Langsung Oleh Chef Sherson Di Svago, Suria KLCC

Mesti anda pernah menonton Chef Sherson dari rancangan Asian Food Channel untuk “Family Kitchen With Sherson“kan? Tak pun anda pernah menonton rancangan 5 Rencah 5 Rasa, pasti anda menggenali hos rancangan tersebut yang kacak dan bergaya ketika memasak untuk rancangan tersebut.

Sesiapa yang pernah menonton beliau bersama ibu beliau Ann Lian berkongsi resepi dan memasak bersama, mesti anda dapat melihat keakraban anak-beranak ini dalam rancangan masakan tersebut. Beliau berkata, minat memasak banyak di pengaruhi dari ibunya yang banyak mengajar beliau tentang asas untuk merasai rasa dan rempah bersama-sama.

5 Rencah 5 Rasa, Asian Food Channel, Chef Selebriti, Chef Sherson, Chef Sherson Lian Di Restoran Chinoz On The Park, Chinoz On The Park, Demonstrasi Masakan Bersama Chef Sherson, Family Kitchen With Sherson, Nasi Dulang, Suria KLCC

Kepandaian beliau berkata-kata semasa memasak juga membuatkan beliau menjadi salah seorang chef selebriti yang digemari ramai khususnya golongan melayu.

Demonstrasi Masakan Secara Langsung Oleh Chef Sherson

5 Rencah 5 Rasa, Asian Food Channel, Chef Selebriti, Chef Sherson, Chef Sherson Lian Di Restoran Chinoz On The Park, Chinoz On The Park, Demonstrasi Masakan Bersama Chef Sherson, Family Kitchen With Sherson, Nasi Dulang, Suria KLCC

Baru-baru ini saya berkesempatan mengikuti demonstrasi secara langsung yang di adakan di SVAGO, KLCC yang mana beliau telah memasak Red Snapper Masak Lemak Chili Api.

Mesti anda cakap, alaa…senang aje nak masak lemak cili api ni, memang betul senang, saya pun pandai jugak masak lemak cili api ni, tapi…haaaa…ada tapinya tau, cara masak lemak cili api dari chef Sherson ni lain dari yang pernah saya lihat dan masak tau, kiranya cara masakan beliau telah di modenkan sedikit..haa gitu.

Kalau nak lihat cara masakan beliau, anda tengoklah video yang sempat saya ambil ketika demonstrasi masakan yang di buat.

Sambil memasak sambil memberi petua, so tak adalah boring. Melihat masak lemak cili api yang kuning dan pekat buatkan kami terliur aje masa tu, dah lah tu..masa chef sedang tumis, saya sampai terbersin dibuatnya, orang tua-tua kata, kalau kita terbersin makna sedap lah makanan tu..hehehe, nasib baik puasa tau, kalau tak dah mintak sikit nak rasa.

Saya perhatikan, chef Sherson memang dia suka kalau orang bertanya soalan ketika dia masak, dia akan jawab dengan jujur, tidak kedekut ilmu.

Kalau anda nak merasa masak lemak cili api tersebut, anda boleh datang nikmati hidangan tersebut di SVAGO, KLCC.

5 Rencah 5 Rasa, Asian Food Channel, Chef Selebriti, Chef Sherson, Chef Sherson Lian Di Restoran Chinoz On The Park, Chinoz On The Park, Demonstrasi Masakan Bersama Chef Sherson, Family Kitchen With Sherson, Nasi Dulang, Suria KLCC

Berbuka Puasa Dengan Masakan Nasi Dulang Resepi Chef Sherson Lian Di Restoran Chinoz On The Park

Selesai sesi demonstrasi masakan dari Chef Sherson, sempat lagi saya bershopping raya di Suria KLCC. Masuk aje waktu berbuka kami semua di bawa ke Chinoz On The Park untuk menikmati nasi dulang iaitu hidangan berbuka kami di sana.

Lama betul tak masuk restoran ni, dulu pernah le makan-makan di sini, memang sedap juga hidangan yang di sediakan.

Berbuka Puasa Dengan Masakan Nasi Dulang Resepi Chef Sherson Lian Di Restoran Chinoz On The Park

Menikmati nasi dulung di Svago, Suria KLCC

Nasi dulang merupakan hidangan special dari Chef Sherson, yang di hidangkan di Chinoz sepanjang bulan Ramadan ini.

5 Rencah 5 Rasa, Asian Food Channel, Chef Selebriti, Chef Sherson, Chef Sherson Lian Di Restoran Chinoz On The Park, Chinoz On The Park, Demonstrasi Masakan Bersama Chef Sherson, Family Kitchen With Sherson, Nasi Dulang, Suria KLCC

Tertanya-tanya juga, macam mana lah rupanya nasi dulang ni, kami kena makan dalam dulang berramai-ramai ke? Tapi bila sampai..owhh barulah kami tahu, nasi dulang ni merupakan nasi yang di campur lauk pauk dalam satu dulang..tapi bukanlah dulang yang besar ya, dulang yang sedang-sedang aje..hehehe.

Serious memang sedap dan satu kelainan buat saya berbuka pada hari tersebut. Nasi yang di hidangkan bersama lauk kambing, telur puyuh, kangkung goreng tepung, kerabu sayur serta udang sambal. Habis sepinggan saya makan..hehehe.

Nasi dulang ini juga di datangkan dengan set kuih muih, kek, ice batu campur, biskut raya serta buah-buahan tempatan.

5 Rencah 5 Rasa, Asian Food Channel, Chef Selebriti, Chef Sherson, Chef Sherson Lian Di Restoran Chinoz On The Park, Chinoz On The Park, Demonstrasi Masakan Bersama Chef Sherson, Family Kitchen With Sherson, Nasi Dulang, Suria KLCC

Buat mereka yang masih bershopping raya di sekitar Suria KLCC dan masih belum pulang ke kampung, anda masih ada masa lagi tau untuk anda menikmati nasi dulang dari Chef Sherson ni, anda boleh terus ke Chinoz On The Park, Ground Floor Suria KLCC, atau anda boleh hubungi 03 21668277 untuk membuat tempahan.

Info lanjut anda boleh layari

WEBSITE | FACEBOOK