Hari ni masuk hari kedua aku tinggal berdua aje dengan anak aku. Awal aku bangun dalam pukul 5.30am. Kena siapkan sarapan dan tunggu van sekolah dia sampai datang. Bila anak aku ke sekolah aku jadi hiba sangat, sunyi sangat aku di rumah sendirian. Aku tak boleh tidur balik sebab aku kena bersiap untuk ke court dalam pukul 8.30 nanti. Kalau aku tertidur sure tak terbangun nanti.

Dalam masa nak tunggu pukul 7.30 aku duduk lah depan tv dan computer. Layan diri sendiri yang kesepian ini. Kemas apa-apa yang patut baru lah aku mandi dan bersiap.
Dalam pukul 8.15 aku dah bertolak ke court. Kisahnya hari ni cuma sebutan sahaja dan tentukan tarikh untuk perbicaraan kes fasakh nanti. Dah selesai dan tahu bila tarikh fasakh aku pergi breakfast dengan Dorina. Bila nak balik aku hantar Dorina ke Bangsar sebab kereta dia accident.
debaran court ke hari ke 2

debaran court ke hari ke 2

Sampai di rumah tengok Whatsapp..ada message dari housemate aku. Happy aku dapat baca message dia. Aku reply tapi no respond, mungkin dia tidur sebab kat sana dah pagi. Perbezaan 6 jam belakang Malaysia. Aku tunggu anak aku balik sekolah sambil tu buat kerja apa yang patut. Kepala aku punya lah sakit sampai terpaksa aku telan panadol. Tertidur sekejap..Bangun tidur masih lagi sakit kepala.. Ahhh malas aku nak layan…
Aku sambung buat company profile dan buat surat yang Dorina suruh buat. Sampai lah anak aku balik baru lah aku berhenti untuk siapkan lunch dia. Dalam pukul dua lebih aku dapat phone call dari Paris. Housemate yg gi sana call..
Petang hantar anak aku ke Kumon dan ambik dia balik. Singgah beli burger untuk dia makan dinner nanti. Ahhhh dah nak malam..aduhhhhh takut nya aku bila malam menjelma ni…