CSR Program Asianic Bersama Reen Rahim

CSR Program Asianic Bersama Reen Rahim

Pengalaman turut serta dalam CSR Program Asianic Bersama Reen Rahim di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Chow Kit, merupakan pengalaman yang cukup berharga buat saya. Memberi kesedaran akan kepentingan pelajaran dan erti nilai kasih sayang.

Kanak-kanak seharusnya mendapat pendidikan dan kasih sayang yang sebaik-baiknya, tetapi tidak semua kanak-kanak di dunia ini bernasib baik, ada yang terpaksa melalui kehidupan yang paling sukar dan diluar jangkaan kita yang selalu kita terlepas pandang. Ada yang langsung tidak berpeluang untuk mengikuti alam persekolahan disebabkan kesusahan hidup atau atas sebab-sebab yang tidak membolehkan mereka masuk kesekolah seperti mana kanak-kanak lain.

CSR Program Asianic Bersama Reen Rahim, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Reen Rahim , Asianic

Bersama kanak-kanak yang bersekolah di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih…comel-comel kan!!!

Terbayang anak di rumah dan betapa beruntungnya mereka mendapat pendidikan yang terbaik dan mendapat kasih sayang yang secukupnya.

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih 

Sekolah yang ditubuhkan atas inisiatif Kementerian Pendidikan pada tahun 2011, telah memberi harapan dan sinar kepada anak-anak gelandangan, golongan miskin, anak yatim piatu dan mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri , berpeluang untuk menuntut ilmu seperti mana kanak-kanak sebaya mereka.

CSR Program Asianic Bersama Reen Rahim, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih m Reen Rahim, Asianic

Keceriaan diwajah kanak-kanak Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

Dengan latar belakang yang berbeza, kanak-kanak di sekolah ini juga memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada guru yang mengajar disana dan orang-orang disekitar mereka.

Menurut kata pengetua sekolah iaitu Encik Zulkernain, sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah yang menerima kanak-kanak yang berumur seawal 4 hingga 19 tahun. Mempunyai 4 sistem persekolah iaitu pre sekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan vokasional.

CSR Program Asianic Bersama Reen Rahim, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Reen Rahim, Asianic

Sekolah ini juga merupakan satu-satunya sekolah Kerajaan yang tidak memerlukan murid memakai baju sekolah dan semua muridnya dapat makanan percuma 4 kali sehari. Beroperasi mengikut waktu pejabat iaitu 8 pagi hingga 4,30 petang.

Konsep pembelajaran yang unik di mana kaedah pembelajaran multigred iaitu perbagai tahap umur di dalam satu kelas, tidak ada tahun satu, tahun dua dan seterusnya. Hanya satu kelas rendah dan satu kelas menengah.

Syarat Kemasukkan Sekolah

  1. Kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan yang mana ibu bapa adalah seorang warganegara atau salah seorang ibu atau bapa adalah warganegara.
  2. Murid yang tercicir dari sistem persekolahan harian kerana kemiskinan keluarga.
  3. Kanak-kanak yatim-piatu yang tinggal di pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  4. Kanak-kanak warganegara yang mempunyai masalah sosial tidak sihat atau menjadi mangsa gejala sosial.

CSR Program Asianic bersama Reen Rahim

Tiada nikmat yang paling membahagiakan dan menggembirakan bagi mereka yang berkemampuan selain dapat berkongsi rezeki yang diperoleh bersama-sama golongan yang lebih memerlukan.

CSR Program Asianic Bersama Reen Rahim, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

Barisan tenaga pengajar dan mereka yang terlibat dalam CSR Program Asianic Bersama Reen Rahim

Ini kerana, dalam agama Islam sendiri telah tertulis bahawa dalam setiap rezeki yang diperoleh terselit bahagian mereka yang memerlukan dan barang siapa yang berkongsi, maka mereka memperoleh ketenangan dan rezeki melimpah ruah.

Itu jaminan yang telah disediakan buat mereka yang memahami apa itu erti perkongsian, atas dasar itu juga pengasas Asianic menjadikan Program Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) iaitu CSR Program Asianic Bersama Reen Rahim sebagai platform untuk syarikatnya menyumbang dan berkongsi buat mereka yang memerlukan.

 

Reen Rahim yang merupakan jurucakap selebriti dan duta product Asianic turut sama-sama turun padang dan melayan kanak-kanak di sekolah tersebut.

Dapat dilihat keceriaan di wajah kanak-kanak tersebut ketika dapat bersama-sama selebriti tersebut dan lakukan aktiviti yang diadakan pada hari tersebut.

CSR Program Asianic Bersama Reen Rahim, Sekolah Bimbingan Kasih

Adik ni malu-malu nak menyanyi..bila dapat sokongan dari rakan-rakan dia baru lah dia beria-ia nyanyi..hehehe

CSR Program Asianic Bersama Reen Rahim, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

Menurut kata Pengarah Pemasaran Dan Perniagaan Wonderland Primary Sdn Bhd iaitu Puan Leny :

Syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd mengadakan program ini untuk memberi sokongan kepada Asianic terutama program CSR Bersama Reen Rahim yang pertama kali di adakan.Beliau berharap program sebegini akan selalu diadakan samada di sekolah tersebut atau di mana-mana tempat yang memerluka bukan sekadar material tetapi sokongan yang tidak berbelah bagi buat kanak-kanak yang kurang bernasib baik. 

Beliau juga menyeru agar sama-sama menghebahkan tentang Sekolah Jalinan Kasih ini kepada warga Malaysia agar sama-sama menbantu kanak-kanak di sekolah ini supaya nasib kanak-kanak ini mendapat pendidikan yang sewajarnya.” 

Sehubungan itu dalam acara CSR Program Asianic Bersama Reen Rahim, beliau juga telah menyerahkan cek bernilai RM5000 kepada pengetua sekolah, Encik Zulkernain dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada setiap kanak-kanak sekolah tersebut.

CSR Program Asianic Bersama Reen Rahim, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Reen Rahim, Asianic

CSR Program Asianic Bersama Reen Rahim, Sekolah Bimbingan Kasih

Latarbelakang Syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd

Keperihatinan Syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd ini harus dipuji. Harap banyak lagi syarikat-syarikat besar mengadakan program sebegini.

Syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pemasaran barangan penjagaan diri dan kesihatan diri serta kelengkapan peribadi bagi memenuhi keperluan semua peringkat umur untuk keluarga di Malaysia.

CSR Program Asianic Bersama Reen Rahim, Product Asianic Halal

Wonderland Primary Sdn Bhd mengetengahkan jenama Halal dibawah jenama Asianic yang telah dikilangkan oleh kumpulan syarikat yang berstatus ISO, disahkan memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice – GMP.

Bagi mendapatkan produk Asianic, anda bolehlah rujuk details di bawah:

 

WEBSITE:       www.wonderlanprimary.com

FACEBOOK:   Asianichalal

INSTAGRAMAsianichalal

ADDRESS:       No 17, Jln PJS 5/26, Taman Desaria, 46000 Petaling Jaya

CONTACT:      +603 7782 6308